Darulilmi

Home » Uncategorized (Page 2)

Category Archives: Uncategorized

HUKUM MUSAFIR UNTUK ZIARAH KUBUR NABI DAN PARA ULAMA

Bermusafir untuk menziarahi Kubur Nabi dan orang soleh

Ulama dahulu dan kini bersepakat menziarahi kubur adalah sunat yang digalakkan berdasarkan hadis:

زوروا القبور فإنها تذكركم الآخرة

Ziarahlah kubur , sesungguhnya ia mengingatkan kamu kepada akhirat. (Hr Muslim)

Ulama berselilisih pendapat berkenaan dengan pendapat terhadap hukum bermusafir dengan tujuan menziarahi gubur nabi dan orang soleh.

Pendapat pertama: Ibnu taimiah, ibnul qyyim (anak muridnya), Muhammad bin abdul wahab (wahabi dinisbahkan kepadanya) dan beberapa ulama lain seperti bin bazz.

MEREKA MENGATAKAN HARAM BERMUSAFIR DENGAN TUJUAN HANYA UNTUK MENZIARAHI KUBUR NABI DAN ORANG-ORANG SOLEH LAIN.

DALIL MEREKA:

( لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد : المسجد الحرام ومسجدي هذا والمسجد الأقصى

“Tidak boleh bersungguh untuk bermusafir melainkan kepada tiga masjid 1. masjid haram, 2. masjid ku ini 3. masjid aqsa. (hadis sahih bukhari dan muslim)

Pendapat kedua: Kebanyakan ulama2 empat mazhab. Dikalanagan ulama semasa termasuklah syeikh atiah saqr. TIDAK HARAM BERMUSAFIR UNTUK MENZIARAHI QUBUR NABI DAN LAIN-LAIN.

Dalam sahih bukhari (1193) Nabi saw pergi masjid Quba setiap sabtu berjalan kaki dan menunggang kenderaan. Ibnu Umar juga melakukannya perkara yang sama.

Imam Ibnu hajar alaasqalani berkata:

Ini menunjukkan tegahan bermusafir selain dari masjid yang tiga itu bukanlah tegahan haram.

Imam Nawawi berkata:

Pendapat yg sahih disisi ulama kami dan juga dipilih oleh imam haramain ialah tidak haram musafir selain 3 masjid ini dan tidak makruh. Mereka berkata: Maksud hadis ini adalah kelebihan sempurna hanya diperolehi bagi yg menziarahi ketiga-tiga masjid ini sahaja.

Imam Muhammad bin quddamah almaqdasi (pengarang kitab mughni) berkata:

Pendapat yg sahih adalah harus bermusafir (ke kubur Nabi dan orang soleh) dan harus melakukan solat qasar kerana Nabi saw pergi ke quba untuk menziarahi kubur dalam keadaan berjalan kaki dan menunggang kenderaan. Dan juga nabi bersabda “ziarahilah kubur.” Adapun hadis “Tidak boleh bermusafir melainkan tiga masjid .” ditafsirkan kepada kurangnya kelebihan (bermusafir selain tiga masjid ini)  dan bukannya haram.  Adanya kelebihan pada tempat yang dituju bukanlah syarat pada pengharusan qasar solat.”

Fatwa dari Pusat Fatwa Mesir oleh syeikh Atiah Saqr pd tahun 1997:

أما الذهاب لزيارة الصالحين أحياء أو أمواتاً فلا بأس من شد الرحال والسفر إليها

Adapun pergi ziarah orang soleh samada hidup atau mati adalah harus untuk bermusafir kepadanya.

PENDAPAT SAYA PEGANG IALAH PENDAPAT KEDUA TANPA MEMBURUKKAN PENDAPAT PERTAMA. SAYA DAN PELAJAR DARUL ILMI INSYAALLAH AKAN BERMUSAFR BERTEMU ORANG SOLEH YANG HIDUP DAN YANG MENZIARAHI  KUBUR ORANG SOLEH DI KEDAH PD HARI JUMAAT INI. JAGALAH ADAB BERKHILAF DAN JANGAN MEROSAKKAN HUBUNGAN UKHUWAH ISLAMIAH.

BOLEH EMAILKAN KPD salman_almisri@yahoo.com utk sebarang pertanyaan. Kami akan merungkai segalah isu dan masalah berpandukan Quran dan Hadis serta pendapat ulama muktabar.

BOLEHKAH SOLAT SUNAT SEMASA KHUTBAH

uLAMA TERBAHAGI KEPADA DUA PENDAPAT:

pERTAMA: SUNAT MELAKUKAN SOLAT TAHIYATUL MASJID SEMASA KHUTBAH. iNI PENDAPAT IMAM SYAFIE , AHMAD DAN FUQAHAUL MUHADDISIN.

DALIL MEREKA:

روى مسلم أن سليكا الغطفانى جاء يوم الجمعة ورسول اللَّه صلى الله عليه وسلم يخطب ، فجلس ، فقال له ” يا سليك ، قم فاركع ركعتين وتجوز فيهما ” ثم قال ” إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والإمام يخطب فليركع ركعتين وليتجوز فيهما ” وفيه عدة روايات .

Sulaik ra datang hari jumaat ketika Nabi sa berkhutbah dan terus duduk. Nabi bersabda “Hai sulaik bangun solat dua rakaat dan ringkaskan.” Kemudian Nabi saw bersabda “ Apabila seseorang datang pd hari jumaat ketika imam berkhutbah hendaklah bangin solat dua rakaat dan ringkaskan.”

قول النووى فى شرح صحيح مسلم “ج 6 ص 164 “: هذه الأحاديث كلها صريحة فى الدلالة لمذهب الشافعى وأحمد وإسحاق وفقهاء المحدثين أنه إذا دخل الجامع يوم الجمعة والإِمام يخطب ، استحب له أن يصلى ركعتين تحية المسجد، ويكره الجلوس قبل أن يصليهما ، وأنه يستحب أن يتجوز فيهما ليسمع بعدها الخطبة، وحكى هذا المذهب أيضا عن الحسن البصرى وغيره من المتقدمين

Kedua: TIDAK PERLU SOLAT. INI PENDAPAT MAZHAB MALIKI DAN HANAFI SERTA KEBANYAKAN ULAMA SAHABAT DAN TABIIEN.

قال القاضى : وقال مالك والليث وأبو حنيفة والثورى وجمهور السلف من الصحابة والتابعين : لا يصليهما . وهو مروى عن عمر وعثمان وعلى رضى اللَّه عنهم ، وحجتهم الأمر بالإِنصات للإِمام ، وتأولوا هذه الأحاديث على أنه -يعنى سليكا – كان عريانا فأمره النبى صلى الله عليه وسلم بالقيام ليراه الناس ويتصدقوا عليه .

DALIL MEREKA: MEREKA MENTAFSIRKAN HADIS DIATAS DENGAN MENGATAKAN SULAIK DALAM KEADAAN TELANJANG, LALU NABI SURUH BERDIRI SUPAYA MANUSIA LAIN MELIHATNYA DAN BERSEDEKAH KEPADANYA.

PENDAPAT KUAT

SYEIKH ATIAH SAQR BERKATA:

هذا تأويل باطل يرده صريح قوله صلى الله عليه وسلم ” إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والإِمام يخطب فليركع ركعتين وليتجوز فيهما ” وهذا نص لا يتطرق إليه أى تأويل لأنه عام لا يخص سليكا وحده ولا أظن عالما يبلغه هذا اللفظ صحيحا فيخالفه .

INI (HUJJAH PENDAPAT KEDUA) ADALAH TAFSIRAN YANG SALAH DAN DITOLAK OLEH HADIS:

“ Apabila seseorang datang pd hari jumaat ketika imam berkhutbah hendaklah bangin solat dua rakaat dan ringkaskan.”

HADIS INI JELAS TIDAK PERLU DITAKWILKAN KERANA IANYA UMUM , BUKANNYA UTK SULAIK SAHAJA. AKU RASA TIDAK ADA ULAMA YANG SALAH FAHAM TERHADAP NAS HADIS INI.

OLEH ITU PENDAPAT PERTAMA LEBIH KUAT TETAPI TIDAK PERLU DIPERDEBATKAN KERANA MASAALAH KHILAFIYAH INI.

LARANGAN MENGUTIP DERMA SEMASA KHUTBAH

Larangan mengutip derma semasa khutbah

Syeikh Atiah Saqr (bekas ketua lajnah fatwa azhar) berkata:

ولما كان حامل صندوق التبرعات منصرفا عن الاستماع ومشوشا على غيره بصوت النقود المعدنية التى تقرع قاع الصندوق ، وبمشيه بين الصفوف الذى قد يكون معه تخطً للرقاب وهو منهى عنه نهيا شديدا، وقد يشغل المتبرع بإخراج النقود فينصرف عن سماع الخطبة-لما كان ذلك كان جمع التبرعات بهذه الطريقة منافيا لواجب الاستماع إلى الخطبة، وليست هذه حالة ضرورة حتى يباح لها المحظور، فإن جمع التبرعات ممكن بعد الانتهاء من الصلاة .

Oleh kerana orang yang membawa peti derma tidak mendengar khutbah, menganggu orang lain dengan bunyi duit syiling dan berjalan dicelah2 saf yang menyebabkan dia melangkah bahu manusia sedangkan ianya sangat dilarang. Penderma juga sibuk mengeluarkan duit sehingga terlalai dari mendengar khutbah. Ini menghalang dari kewajipan mendengar khutbah sedangkan ini bukan yang sgt darurat sehingga mengharuskan perkara yang dilarang, maka hendaklah mengutip duit selepas habis solat.

Dr Nasr farid (mantan ketua lajnah fatwa alazhar):

وعلي هذا فإن جمع التبرعات بالصندوق أثناء الخطبة حرام

Dalilnya:

وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Sesiapa yang memegang batu maka habis pahalanya (hadis sahih muslim)

Imam nawawi mengulas hadis ini:

فيه النهي عن مس الحصا وغيره من أنواع العبث في حالة الخطبة ، وفيه إشارة إلى إقبال القلب والجوارح على الخطبة ، والمراد باللغو هنا الباطل المذموم المردود

“HADIS INI MELARANG MAIN BATU DAN LAIN2 YANG DIANGGAP MAIN2 SEMASA KHUTBAH. INI MENUNJUKKAN PERLUNYA FOKUS DENGAN HATI DAN JUGA ANGGOTA TERHADAP KHUTBAH. MAKSUD LAGHA DISINI IALAH YANG DICELA DAN DITOLAK

Salah seorang anggota Kesatuan Dunia bagi ulama Islam juga berfatwa:

فضيلة الشيخ ياسر محمد عبد الرحمن عضو الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين

الإنصات للخطيب يوم الجمعة واجب لقوله- صلى الله عليه وسلم-: “إذا قلت لصاحبك: أنصت يوم الجمعة والإمام يخطب فقد لغوت”  صحيح البخاري،وقال صلى الله عليه وسلم قال: “ومن مس الحصا فقد لغا”. رواه مسلم.

فإذا كان تحريك الحصي من اللغو فكيف بتقليب النقود للتبرع بها أثناء الخطبة.Kalau lah menggerakkan batu dianggap lagha bagaimana pulamenggerakkan duit utk didermakan ketika khutbah

ولذا لا يجوز جمع التبرعات أثناء خطبة الجمعةOleh itu haram mengutip derma semasa khutbah  jumaat  ، لما يستوجبه من الحركة وعدم الإنصات والتشويش على الناس،والانتظار لحين الانتهاء من الصلاة لجمع التبرعات داخل المسجد أو على الأبواب .

والله أعلم

PENDAPAT INI DISOKONG OLEH SYEIKH ABDUL KHALIQ (ULAMA IKHWAN ) DAN SYEIKH SOLEH MUNAJJAD .