Darulilmi

Home » Fekah sedekah dan zakat

Category Archives: Fekah sedekah dan zakat

Hukum mempercepatkan mengeluarkan zakat harta sebelum cukup haul

INTRO
Seorang muslim itu tidak wajib mengeluarkan zakat harta sehinggalah sampai cukup setahun qamariah (tahun hijrah). Adakah sah kepadanya membayar zakat sebelum cukup setahun. Inilah yg menjadi perselisihan pendapat dikalangan ulama.

KHILAF ULAMA
Ulama telah berselisih pendapat tentang hukum mempercepatkan bayaran zakat kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus mengeluarkan zakat sebelum sampai cukup haul. Ini pendapat kebanyakan ulama seperti mazhab Syafie, Hanafi, Hambali, Said bin Jubair, azzuhri, Hasan albasri dan lain-lain.

DALIL PENGHARUSAN MEMPERCEPAT BAYAR ZAKAT:
Dalil 1:

أن العباس بن عبد المطلب عم رسول الله صلى الله عليه وسلم ، سأل الرسول عليه الصلاة والسلام في تعجيل صدقته قبل أن تحلَّ ، فرخص له في ذلك ) رواه الترمذي وأبو داود وغيرهما . وقال الإمام النووي: ” وإسناده حسن ” المجموع 6/145

“ Sesungguhnya Abbas bin Abdul Muttalib Pakcik Rasulullah saw bertanya kepada baginda saw tentang hukum mempercepatkan zakat sebelum tiba waktunya. Baginda saw membenarkannya.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi dgn sanad yg dinyatakan oleh Imam Nawawi sebagai “Hasan”

Dalil 2: Nabi saw berkata kepada Umar bin Khattab:

إنا أخذنا زكاة العباس عام الأول للعام ) رواه أبو داود والترمذي

“ Sesungguhnya Kami telah mengambil zakat Abbas setahun lebih awal.”
Hadis hasan Sahih riwayat Abu Daud Dan Tirmizi.

KAEDAH FEKAH:

لله تبارك وتعالى حق على العباد في أنفسهم وأموالهم: فالحق الذي في أموالهم إذا قدَّموه قبل محلّه: أجزأهم

Allah swt mempunyai hak yg wajib ditunaikan oleh hamba2nya pada diri dan harta mereka. Hak harta yang mereka tunaikan sebelum sampai masanya adalah sah.

Kaedah ini diambil dari ayat yang membenarkan bayar mut’ah penceraian sebelum cerai dan hadis yg membenarkan bayar kafarah sebelum langgar. Ayat dan hadis adalah seperti berikut:

Ayat 29 surah al-ahzab:

فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

“Marilah kubayar mut’ah dan ceraikan kamu dengan cara yang baik.”

مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ ، فَرَأَى غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا ، فَلْيَأْتِهَا وَلْيُكَفِّرْ عَنْ يَمِينِهِ

“Sesiapa yang bersumpah tetapi dia berpandangan melanggar sumpah lebih baik hendaklah dia Bayarl kaffarah dan buatlah yang lebih baik yang melanggar sumpah itu.” 1650 sahih Muslim

PENDAPAT KEDUA: Tidak sah membayar zakat harta sebelum sampai masanya. Ini pendapat mazhab Maliki, Daud , Hasan dan ibnu Munzir.

DALIL PENDAPAT KEDUA:

Hadis berikut:

لا زكاة على مال حتى يحول عليه الحول

“Tidak wajib zakat pada harta sehinggalah berlalunya setahun” Hr Abu Daud , Ahmad dan Baihaqi.

Ulama maliki mentafsirkan hadis ini dgn tidah sah zakat adapun ulama lain mentafsirkan dengan tidak wajib bukannya tak sah.

KESIMPULAN

pEndapat kebanyakan ulama yang mengatakan sah zakat yang dikeluarkan sebelum cukup setahun adalah pendapat yg lebih kuat.

Hukum memberi zakat kepada saudara mara

ZAKAT KEPADA IBU BAPA, ANAK-ANAK DAN ISTERI

Ulama telah bersepakat mengatakan tidak sah zakat kepada ibu bapa. Ibnu dan isteri. Ini adalah pendapat ULAMA EMPAT MAZHAB.

Imam ibnul munzir berkata dalam kitabnya al-Ijmak:

وأجمعوا على أن الزكاة لا يجوز دفعها إلى الوالدين، والولد في الحال التي يجبر الدافع إليهم على النفقة عليهم

Ulama bersepakat bahawa zakat tidak boleh dibayar kepada ibu ayah, anak dalam keadaan pembayar diperintahkan untuk member nafakah kepada mereka.

(وأجمعوا على أن الرجل لا يعطي زوجته من الزكاة؛ لأن نفقتها عليه وهي غنية بغناه

Ulama telah bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh member zakat kepada isterinya kerana lelaki tersebut wajib membayar nafakah kepada isterinya dan wanita tadi sudah cukup dengan kekayaan suaminya.

DALIL DAN HUJJAHNYA

Mereka melarang membayar zakat kepada anak, ibu, bapa dan isteri sudah menjadi kewajipan kepada pembayar zakat menanggungnya.
IBNU ABBAS BERKATA:

إذا كان ذووا قرابة فأعطهم من زكاة مالك وإن كنت تعولهم فلا تعطهم ولا تجعلها لمن تعول

Berilah zakat kepada kaum kerabatmu dan jangan bagi zakat kepada kerabat yang wajib kamu tanggung mereka. Jangan bagi zakat kepada orang yang wajib kamu tanggung.

SEBAHGIAN ULAMA MEMBENARKAN BAYAR ZAKAT KEPADA MEREKA ATAS SEKIRANYA MEREKA ADALAH ASNAF SELAIN FAKIR DAN MISKIN
Mazhab Maliki dan syafie mengharuskan bayar zakat kepada anak, ibu dan bapa sekiranya mereka adalah termasuk asnaf selain dari fakir dan miskin
Imam Nawawi berkata dalam kitab majmuk:

قال أصحابنا ويجوز أن يدفع إلى ولده ووالده من سهم العاملين والمكاتبين والغارمين والغزاة ، إذا كان بهذه الصفة

“Ulama2 kami (mazhab Syafie) berkata harus member zakat kepada anak dan ayah dari asnaf amil zakat, hamba mukatib, orang yang berhutang dan orang yang pergi berjihad sekiranya mereka benar bersifat dgn sifat ini.”
Namun seeloknya kita tidak membayar kepada mereka kerana ada ulama yang melarangnya iaitu mazhab Hambali dan Hanafi.

KHILAF TERHUDUP HUKUM MEMBERI ZAKAT kepada SUAMI

Ulama berselisih pendapat tentang hukum seorang wanita member zakat kepada suaminya yang miskin kepada dua pendapat:
PENDAPAT PERTAMA: Harus memberi zakat kepada suami yang miskin. Ini pendapat mazhab Syafie, dua anak murid imam abu hanifah dan sebahagian ulama hambali dan maliki dan imam as-thauri.

DALIL PENDAPAT INI:

Hadis Nabi saw kepada zainab isteri ibnu Mas’ud:

صدق ابن مسعود، زوجك وولدك أحق من تصدقت به عليهم

“ Betullah kata-kata ibnu mas’ud, suami dan anakmu lebih berhak untuk kamu berikan sedekah kepada mereka.”Hadis sahih Bukhari
Ulama mentafsirkan sedekah disini sebagai zakat.

PENDAPAT KEDUA: Tidak boleh bayar zakat kepada suami. Ini pendapat mazhab Hanafi , sebahagian ulama hanafi dan sebahagian ulama maliki.

ZAKAT KEPADA SAUDARA SELAIN DARI BAPA, IBU, ANAK DAN ISTERI

Kebanyakan ulama membenarkan zakat kepada selain dari ibu , bapa, anak dan isteri sekiranya mereka layak untuk menerima zakat.
Disebut dalam fatwa al-Azhar:

يجوز للمزكي أن يدفع زكاته إلى أخوته وأقاربه – عدا أصله وفرعه – ما لم يكن ملزما بنفقتهم

Harus bagi pembayar zakat untuk membayar zakat kepada adik beradiknya atau saudara maranya –kecuali bapa ibu dan anaknya – selagi mana mereka tidak diwajibkan member nafakah kepada mereka.
Malahan ini lebih baik dari member kepada yang lain disebabkan dua pahala iaiu pahala zakat dan silatur rahim. Nabi saw bersabda:

وإنها على ذي الرحم اثنتان صدقة وصلة

“ Sedekah kepada manusia yang mempunyai hubungan persaudaraan mendapat pahala sedekah dan silaturrahim.” Hr Thabrani

Kesimpulan

Hendaklah tidak helah apabila membayar zakat kepada suami dan sedara mara untuk dikembalikan harta tersebut kepada pembayar zakat. Helah dalam syariah adalah dosa besar seperti helah yahudi dalam hukum hari sabtu dan pengharaman lemak