Darulilmi

Home » FEKAH KORBAN ATAU AKIKAH

Category Archives: FEKAH KORBAN ATAU AKIKAH

hukum dan dalil 12 isu-isu hukum korban

  1. Apa hukum korban?

Jumhur ulama (Syafie Maliki dan Hambali) mengatakan ianya sunat berdasarkan hadis:

حديث أم سلمة : ( إذا دخلت العشر وأراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره وبشره شيئا )

“ Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda “ Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw menggunakan perkataan “hendak” menunjukkan ianya bukan wajib.

Imam Syarbini berkata:

“التضحية سنة مؤكدة في حقِّنا، أما في حقه -صلَّى الله عليه وسلم- فواجبة

“ Korban itu sunat muakkad bagi kita dan wajib bagi Nabi Muhammad saw.”

  1. Apakah binatang yang paling afdal untuk dikorbankan?

Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan yang paling baik adalah unta berdasarkan hadis Nabi saw:

من اغتسل يوم الجمعة غسل الجنابة ثم راح، فكأنما قرب بدنة، ومن راح في الساعة الثانية، فكأنما قرب بقرة، ومن راح في الثالثة، فكأنما قرب كبشا أقرن..

“ Siapa yang mandi janabah pada hari jumaat kemudian pergi solat jumaat di awal pagi mendapat pahala seperti orang yang mengurbankan unta, siapa yang pergi jam yang kedua seperti mengurbankan lembu betina , siapa pergi jam yang ketiga keperti mengurbankan biri-bir bertanduk.”

Hadis sahih Bukhari.

  1. Apakah warna binatang yang paling afdal untuk kita pilih dalam korban?

Imam Syarbini berkata:

فالأبيض أفضل، ثم الصفراء، ثم العفراء (وهي التي لا يصفو بياضها)، ثم الحمراء، ثم البلقاء، ثم السوداء

“ Yang afdal ialah warna putih, kemudian kuning, kemudian tidak berapa nak putih, kemudian merah , kemudian campur hitam dan putih dan yang akhir ialah hitam.”

Nabi saw bersabda:

دم عفراء أحب إلى الله من دم سوداوين

“ Darah korban dari binatang yang warna putih yang kurang lebih baik dari hitam.”

Hadis riwayat al-Baihaqi

  1. Apa hukum berkongsi satu binatang tetapi pelbagai niat?

Unta dan lembu boleh dikongsi 7 orang berdasarkan hadis Nabi saw:

نحرنا مع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عام الحديبية البدنة عن سبعة والبقرة عن سبعة

“ Kami buat korban pada tahun hudaibiyah bersama Rasulullah saw tujuh bahagian untuk unta dan tujuh bahagian untuk kambing”

Hadis riwayat Muslim.

Imam Syarbini berkata:

وسواء اتفقوا في نوع القربة أم اختلفوا، كما إذا قصد بعضهم التضحية وبعضهم الهدي، وكذا لو أراد بعضهم اللحم وبعضهم الأضحية

“ Pengharusan 7 bahagian untuk lembu atau unta ini samaada sama tujuan ibadah atau pun berlainan. Seperti mana sebahagian untuk korban dan sebahagian untuk al-Hady (daging yang dibawa ke tanah haram untuk disedekahkan). Demikian juga boleh sebahgian daging untuk dimakan biasa dan sebahagiannya utnuk korban.”

Hujjahnya ialah satu bahagian umpama satu ekor kambing (Imam Syarbini).

  1. Apa hukum orang yang hendak berkorban dia memotong kuku?

Hukumnya makruh dalam mazhab Syafie. Ini berdasarkan hadis Nabi saw:

حديث أم سلمة : ( إذا دخلت العشر وأراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره وبشره شيئا )

“ Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda “ Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.”

Hadis sahih Muslim

Imam as-Syirazi berkata dalam kitab al-Muhazzab:

ومن دخلت عليه عشر ذي الحجة، وأراد أن يضحي، فالمستحب أن لا يحلق شعره ولا يقلم أظفاره حتى يضحي

“ apabila masuk bulan zul Hijjah dan sesorang itu hendak berkorban sunat dia tidak mencukur bulu atau rambutnya dan tidak mengerat kukunya sehinggalah dia buat korban.”

  1. Apa hukum makan daging korban sunat?

Sunat makan sebahagian daging korban yang sunat berdasarkan firman Allah swt:

فَكُلُوا مِنْهَا

“ Makanlah sebahagian dari daging korban.”

Ayat 28 surah al-Hajj.

  1. hukum memberi penyembelih sebahgian daging atau kulit sebagai upah?

Haram dalam mazhab Syafie menjadikan kulit atau daging sebagai upah kepada penyembelih berdasarkan hadis dari Ali ra:

أمرني النبي صلى الله عليه وسلم- أن أقوم على البدن، ولا أعطي عليها شيئا في جزارته

“ Nabi saw menyuruhku agar menguruskan korban unta dan agar aku tidak diberikan sebahagian dari unta tadi sebagai upah penyembelihannya.”

Hadis sahih Bukhari.

Imam Nawawi berkata:

ولا يجوز جعل الجلد وغيره أجرة للجزار

“ Haram memberi kulit atau lainnya sebagai upah kepada penyembelih.”

Boleh bagi sekiranya tidak disyaratkan sebagai hadiah atau sedekah. Imam al-Bahuti berkata:

ويجوز أن يهدي له أو يتصدق عليه منها

“ Dan harus menghadiah kepada penyembelih atau bersedekah kepadanya.”

  1. Apabila kita membuat korban apakah pembahgian terbaik untuk kita ambil daging dan agihkannya?

Menurut mazhab Syafie , Hambali dan Hanafi pembahagian terbaik ialah dengan membahaginya kepada tiga bahagian 1. Sendiri. 2. Hadiah kepada yang berkemampuan. 3. Sedekah kepada yang susah. Dalam hadis dari Ibnu Abbas:

ويطعمأهلبيتهالثلث،ويطعمفقـراءجيرانـهالثلـث،ويتصدقعلىالسؤالبالثلث

“ Nabi saw memberikan kepada ahli keluarganya 1/3, memberi kepada jiran yang miskin 1/3 dan bersedekah kepada yang meminta 1/3.”

Hadis hasan riwayat al-Asfahani.

Ibnu Umar berkata:

“ Korban dan Hadiah dibahagi tiga 1. Untuk mu . 2. Keluarga mu . 3. Orang miskin.”

  1. Hukum menyimpan daging korban lebih 3 hari?

Harus hukumnya. Memang ada hadis yang melarang menyimpan daging korban lebih tiga hari tetapi dimansukhkan dengan hadis yang membenarkannya. Jabir ra berkata:

أنهنهىعنأكللحومالأضاحيبعدثلاث،ثمقالبعدذلك :” كلواوتزودواوادخروا

“ Sesungguhnya Nabi saw menegah dari makan daging korban lebih tiga hari. Namun selepas itu Nabi saw membenarkannya dengan berkata “ Makanlah, berbekalllah dan simpanlah (tanpa ada had masa).”

Hadis sahih Muslim.

10. Hukum memberi makan daging korban kepada orang kafir?

Ada hadis yang melarang diberi daging korban kepada orang kafir tetapi hadis ini lemah iaiatu:

لاتطعمواالمشركينمنلحومضحاياكم

“ Jangan bagi makan daging korban kepada orang kafir.”

Hadis riwayat ibnu Adi.

Oleh itu harus memberi daging korban kepada orang kafir seperti mana kebaikan yang lain. Firman Allah swt:

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

“Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan menghalau kamu dari negeri kamu . Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil.”

Ayat 8 surah al-Mumtahanah.

Ini pendapat mazhab Hambali , Abu Hanifah, Abu Thaur , imam nawawi dan Hasan al-Basri.

11. Hukum menjual kulit dan daging korban?

Kebanyakan ulama (syafie , Maliki dan hambali) berpendapat kata haram menjual daging , kulit atau apa saja dari binatang korban. Nabi saw bersabda:

من باع جلد أضحيته فلا أضحية له

“ Siapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tiada pahala korban baginya.”

Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi.

Imam Nawawi berkata dalam kitab majmuk:

“ Disepakai oleh imam syafie dan ulama2nya bahawa haram menjual sesuatu dari al-hady (sembelihan dalam ibadah haji) dan korban samada yg nazar atau yg sunat, samada daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan lain2.

12. Hukum buat korban untuk orang yang dah mati?

Kebanyakan ulama (Mazhab Hambali dan Hanafi) membenarkan korban untuk si mati dengan dalilnya hadis:

أنّ امْرَأةً قَالَتْ: يَا رَسُولَ الله إنّ أُمّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا، وَلَمْ تُوصِ وأراها لو تَكَلَّمَتْ تصَدَّقَتْ، أفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ فَتَصَدّقِي عَنْهَا

“Daripada Aisyah ra beliau berkata: Seorang wanita bertanya “ Ya rasulullah sesungguhnya ibuku terbunuh dan tidak mewasiatkan apa2. Aku rasa kalau dia boleh berkata dia akan bersedekah. Adakah aku boleh bersedekah bagi pihaknya? Nabi saw menjawab “ Ya, sedekahlah untuknya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Seperti mana disunatkan sedekah untuk simati sunat juga korban untuk si mati.

Ibnu Taimiah berkata:

التضحية عن الميت أفضل ويعمل بها كأضحية الحي

“ Korban untuk si mati adalah sangat baik dan diamalkan seperti mana korban untuk orang hidup.”

Adapun dalam mazhab Syafie disyaratkan ada wasiat korban.

Imam Ramli berkata dalam Nihayatul Muhtaj:

ولا تجوز ولا تقع أضحية عن ميت إذا لم يوص بها

Tidak boleh dan tidak sah korban untuk orang mati sekiranya dia tidak mewasiatkannya.

Hukum memotong kuku dan rambut bagi orang yg hendak berkorban

Lepas ceramah saya di sebuah masjid/ surau ada yg bgtau seorang ustaz selebirity tv kata boleh potong kuku dan rambut bagi yg nak berkorban, jadi saya dah bgtau dia secara ringkas jawapan dan dalilnya, ni yg lengkap

Ulama telah berselisih pendapat tentang perkara kepada 3 pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus memotong kuku dan mengerat rambut dan bulu.

Ini pendapat Mazhab Hanafi.
Imam Tohawi berkata:

لا بأس بقص الأظافر والشعر في أيـــام الـعـشــر لمن عزم على أن يضحي, ولمن لــم يعزم على ذلك, وهو قول الإمام أبي حنيفة وصاحبيه.

Tidak mengapa memotong kuku dan rambut pada hari sepuluh yg pertama zulhijjah bagi yg berazam untuk korban dan juga bagi yang tidak berazam. Ini pendapat Abu hanifah dan dua sahabatnya (abu yusuf dan alhasan)

Dalil pendapat ini hadis aisyah:

   كان رسول الله يُهدي من المدينة, فأفتل قلائدَ هديه, ثم لا يجتنب شيئاً مما يجتنبه المُحْرِم
 

“Rasulullah saw menerima binatang di madinah sebagai pemberian untuk disembelih di mekah. Maka aku memintal2 kalung binatang itu dan Nabi saw tidak melarang sedikit pun apa yang dilarang bagi orang yang berihram.” Hadis Sahih bukhari dan Muslim
Ulasan Ulama terhadap bentuk pendalilan hadis ini:

PENDAPAT KEDUA: Makruh memotong kuku dan mengerat rambut dan bulu bagi sesiapa yang hendak berkorban dan sudah masuk 1 zulhijjah.

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya majmuk:

مذهبنا أن إزالة الشعر والظفر في العشر لمن أراد التضحية مكروه كراهة تنزيه حتى يضحي

Mazhab kami berpendapat Makruh menghilangkan rambut dan kuku pada 10 awal zulhijjah bagi sesiapa yang hendak berkorban sehinggalah selesai binatang tadi disembelih.

Dalil pendapat ini hadis dr ummu salamah:

إذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا”

Apabila kamu masuk bulan zulhijjah dan hendak berkorban maka hendaklah dia tidak memotong rambut dan kulitnya. Hadis sahih Muslim

Ulama ini mengatakan hanya sunat tidak memotong kuku dan rambut kerana menggabungkan hadis ummu salamah ini dan hadis aisyah diatas.

PENDAPAT KETIGA: Haram memotong kuku dan rambut bulu bagi sesiapa yang hendak berkorban dan sudah masuk 1 zulhijjah.
Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalil pendapat ini:

Mereka berpegang dengan hadis ummu salamah dan mengatakan hadis ini mengkhususkan umumnya hadis aisyah.

KESIMPULAN
Pendapat kedua lebih kuat dan menggabungkan dua dalil yg sahih dari Nabi saw.

Untuk mengetahui lebih tentang banyak lagi isu2 korban sila lihat di kategori fekah korban dan akikah

HUkUM MEBERI DAGING KORBAN UNTUK ORANG KAFIR

Hukum memberi daging korban kepada orang kafir

Soal jawab ringkas di tweeter bersama saya : salman_maskuri

Ulama bersepakat mengatakan haram member daging korban yg wajib kepada orang kafir dan berselisih pendapat tentang daging korban yg sunat kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA

Haram memberi daging korban yang sunat kepada orang kafir.
Ini pendapat mazhab Syafie kecuali imam nawawi .

PENDAPAT KEDUA

Harus memberinya kepada orang kafir YANG tidak memerangi orang Islam.
Ini pendapat mazhab Hambali , Abu Hanifah, Abu Thaur , imam nawawi dan Hasan al-Basri.

DALIL PENDAPAT MEREKA ADALAH UMUMNYA NAS YG MEMBENARKAN KITA BERBUAT BAIK DGN MEREKA

Firman Allah swt:

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan menghalau kamu dari negeri kamu . Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil. Ayat 8 surah al-Mumtahanah

إِنَّ أُمِّي قَدِمَتْ عَلَيَّ وَهِيَ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُهَا ؟ قَالَ : ” نَعَمْ صِلِي أُمَّكِ “

Sesungguhnya Ibuku (yang musyrik) datang dan dan dia suka , adakah aku boleh menyambung talian silatur rahim dengannya?” Nabi saw menjawab : “Ya silakanlah”
Sahih bukhari dan muslim.

KESIMPULAN

Pendapat kedua lebih kuat dan lebih baik utk tujuan dakwah.

HUKUM KORBAN UNTUK ORANG YANG SUDAH MATI

HUKUM KORBAN UNTUK ORANG YG DAH MATI

ULama berselisih pendapat terhadap masalah ini kepada tiga pendapat:

PERTAMA: Tidak sah korban untuk orang yang mati melainkan dia telah mewasiatkannya sebelum mati.

Ini mazhab Syafie. Imam Ramli berkata dalam Nihayatul Muhtaj:

ولا تجوز ولا تقع أضحية عن ميت إذا لم يوص بها

Tidak boleh dan tidak sah korban untuk orang mati sekiranya dia tidak mewasiatkannya.

KEDUA: mAkruh jika tidak ada wasiat dr si mati.

Ini mazhab Maliki. Imam Malik berkata:

ولا يعجبني أن يضحي عن أبويه الميتين، قال: وإنما كره أن يضحى عن الميت لأنه لم يرد عن

النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن أحد من السلف، وأيضاً فإن المقصود بذلك غالباً المباهاة والمفاخرة.

“Aku tidak suka korban untuk ibu bapa yg sudah mati. Ianya makruh kerana tiada dalil dari Nabi saw dan juga para salafus soleh. Ia juga kerana tujuannya ialah untuk berbangga-bangga.”

KETIGA: hARus.

InI Adalah pendapat mazhab Hambali dan Hanafi. Dalil mereka:

عن عائشة رضي الله عنها: أنّ امْرَأةً قَالَتْ: يَا رَسُولَ الله إنّ أُمّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا، وَلَمْ تُوصِ وأراها لو تَكَلَّمَتْ تصَدَّقَتْ، أفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ فَتَصَدّقِي عَنْهَا.

Daripada Aisyah ra beliau berkata: Seorang wanita bertanya “ Ya rasulullah sesungguhnya ibuku terbunuh dan tidak mewasiatkan apa2. Aku rasa kalau dia boleh berkata dia akan bersedekah. Adakah aku boleh bersedekah bagi pihaknya? Nabi saw menjawab “ Ya, sedekahlah untuknya.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Ini dalil umum dimana diqiaskan korban dengan ibadah sedekah .

KESIMPULAN
Ini adalah masalah khilafiyah furu’. Mana2 pendapat pun kuat dengan dalil masing2. Ulama yg menegah berkata tidak ada dalil khusus dan ulama yg membenarkan qias dgn amalan sedekah.

APA2 SOALAN AGAMA BOLEH DIKEMUKAN PD EMAIL salman_almisri@yahoo.com atau komen post walau soalan bukan berkait dgn tajuk

HUKUM MENJUAL KULIT ATAU DAGING KORBAN DAN AKIKAH

HUKUM MENJUAL KULIT ATAU DAGING KORBAN DAN AKIKAH

Ulama berselisih pendapat tentang ini kepada dua bahagian:

PERTAMA: HARAM MENJUAL KULIT ATAU APA SAHAJA DARI BINATANG KORBAN INI.
Ini pendapat Mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan abi yusuf (anak murid imam abu hanifah.

HARAM JUGA MENJUAL BAHAGIAN BINATANG AKIKAH BAGI MAZHAB SYAFIE DAN MALIKI DAN DIBENARKAN BAGI MAZHAB HAMBALI UNTUK MENJUAL KEPALA, KULIT DAN BAHAGIAN GUGUR (BUKAN DAGING) SERTA HENDAKLAH DISEDEKAHKAN HASIL JUALAN ITU.

DALIL PENDAPAT MEREKA

1. Hadis Nabi saw:
من باع جلد أضحيته فلا أضحية له

Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tiada pahala korbannya.” Hadis hasan riwayat Imam Hakim dan Baihaqi.

2. Hadis Qatadah bin NU’man:

حديث قتادة بن النّعمان :«ولا تبيعوا لحوم الهدي والأضاحيّ فكلوا وتصدّقوا واستمتعوا بجلودها». أخرجه أحمد.

“ Janganlah kamu menjual daging sembelihan untuk haji dan daging korban,
makanlah, bersedekahlah dan nikmati kulitnya.”

Imam nawawi berkata dalam kitab majmuknya:

واتفقت نصوص الشافعي والأصحاب على أنه لا يجوز بيع شئ من الهدي والأضحية نذراً كان أو تطوعا سواء في ذلك اللحم والشحم والجلد والقرن والصوف وغيره ولا يجوز جعل الجلد وغيره أجرة للجزار

“ Disepakai oleh imam syafie dan ulama2nya bahawa haram menjual sesuatu dari al-hady (sembelihan dalam ibadah haji) dan korban samada yg nazar atau yg sunat, samada daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan lain2. HARAM JUGA MENJADIKAN KULIT ATAU BAHAGIAN LAIN SEBAGAI UPAH KEPADA PENYEMBELIH.

Dalilnya:

عن علي رضي الله عنه قال:”أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أقوم على بُدنه فأقسم جلالها وجلودها، وأمرني أن لا أعطي الجازر منها شيئا، وقال: نحن نعطيه ما عندنا”

PENDAPAT KEDUA: HARUS MENJUAL DAGING KORBAN.
Ini pendapat imam abu hanifah, abu thaur , nakhaie dan auzaie.

DALIL PENDAPAT MEREKA

Ibnu battal berkata:

وأما من أجاز بيع جلودها، فإنما قال ذلك والله أعلم قياسًا على إباحة الله الأكل منها، فكان بيع الجلد والانتفاع به تبعًا للأكل “.

“ Adapun pendapat yang mengharuskan menjualnya , mereka menqiaskan harus jual dengan harus memakannya. Makan menjual dan memanfaatkan daging tersebut adalah mengikut hukum makan.

KESIMPULAN

Pendapat yang kuat adalah pendapat jumhur ulama yg mengharamkan menjualnya berdasarkan hadis yg baik sanadnya. Namun disana ada pendapat harus menjualnya sekiranya ditakuti ianya terbiar dan menyebabkan pembaziran seperti yg di fatwakan oleh beberapa ulama kotemperari seperti syeikh ahmad alkhalili (ahli fatwa oman) dan dr ahmad zaid (ulama azhar) dan juga ini pendapat ibnu qayyim.