Darulilmi

Home » fekah isu semasa

Category Archives: fekah isu semasa

HUKUM DIAM BERTAFAKUR SEBENTAR UTK MENGHORMATI JENAZAH

Hukum diam bertafakur  untuk menghormati jenazah tertentu

Pu salman menjawab:

Ulama berbeza pendapat kepada dua:

Pendapat pertama :

Haram kerana Nabi saw tidak melakukannya dan mereka mengatakan budaya ini diambil dari orang kafir sedangkan Nabi saw bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“ Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari kaum tersebut.”

Hr Abu daud

(Fatwa ulama kerajaan Saudi)

Pendapat kedua:

Harus selagi mana tidak ada ritual keagamaan.

Antara hujjah mereka:

  1. Islam menggalakkan ketika berdiri kepada orang yang mulia yg datang:

قوموا إلى سيدكم

“ Berdirilah untuk pemimpin kamu”

Hadis sahih Bukhari.

Berdiri sebentar untk kematian juga adalah tanda menghormatinya.

  1. Nabi saw berdiri utk jenazah:

مرت به جنازة فقام فقيل له إنها جنازة يهودي فقال أليست نفسا

“ Lalu satu jenazah pada Nabi saw lalu Nabi saw berdiri. Kemudian dikatakan “ itu jenazah yahudi.” Nabi saw menjawab “ bukankah ia satu jiwa (perlu dihormati).”

Hadis sahih Bukhari.

Hadis ini menunjukkan berdiri menghormati mayat adalah dituntut.

3.Adapun berkenaan larangan meniru orang kafir ialah tidak semua perkara yang dari orang kafir itu dilarang.

Ibnu Najim alhanafi berkata dalam kitab البحر الرائق شرح كنز الدقائق

اعلم أن التشبيه بأهل الكتاب لا يكره في كل شيء وإنا نأكل ونشرب كما يفعلون إنما الحرام هو التشبه فيما كان مذموما وفيما يقصد به التشبيه

 

“ Ketahuilah sesungguhnya menyerupai ahli kitab bukanlah dilarang pada semua perkara. Sesungguhnya kita makan, minum seperti mereka. Perkara yang haram ialah menyerupai perkara yang tercela dlm Islam dan dengan niat untuk meniru mereka.”

Contohnya ialah makan pakai sudu, pakai tali leher, selagi mana ia tidak dicela dan tidak niat tiru maka ia diharuskan.

(Fatwa ulama kerajaan Mesir).

Perkara ini ialah diantara perkara yang menjadi masaalah khilafiah yang tidak perlu kita berbalah. Hormatilah pandangan yang lain. Utk jemputan ceramah pu salman (013 3533 248)

 

Apakah status tentera Islam terkorban melawan penentang Islam(البغاة)

Apakah status tentera Islam terkorban melawan penentang Islam(البغاة)

Banyak timbul kemusykilan tentang status tentera malaysia yang mati semasa melawan penceroboh di lahad datu sabah.

Salman maskuri almisri menjawab dan menulis:

ULama telah berselisih pendapat terhadap status tentera Islam yang melawan penentang Islam adakah mereka syahid di dunia ini dengan tidak dimandikan dan tidak disolatkan kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Mereka mendapat status syahid di dunia ini seperti orang yang berperang menentang orang kafir harbi. Ini pendapat mazhab Hanafi, Hambali dan satu pendapat dalam mazhab Syafie. (Lihat kitab majmuk , alhawi, al-Mughni dan Hasyiah Raddul Mukhtar)

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1- قول عمار بن ياسر -رضي الله عنهما-: «ادفنوني في ثيابي فإني مخاصم».

Ammar bin Yasir berkata: “Kafankan aku bersama pakaianku, sesungguhnya aku orang yang melawan.” (belaiu dibunuh semasa perang siffin bersama Ali menentang tentera Islam muawiyah)

Hadis Mauquf ini dikeluarkan oleh imam Baihaqi dalam Sunanul Kubra di hukum Sahih oleh Ibnu Sakn.

Zaid bin Sauhan Ra berkata:

2- قول زيد بن صوحان رضي الله عنه: «لا تغسلو عني دمًا، ولا تنزعوا عني ثوبًا إلا الخفين…».

“ Jangan basuh darahku dan jangan tanggalkan pakaianku kecuali dua kasut khufku.”

Hadis mauquf ini dikeluarkan oleh imam Baihaqi dalam As-Sunanul Kubra dan di hukum sahih oleh Imam Ibnu Abdul Bar dalam kitab At-Tamhid.

Beliau syahid dalam perang jamal bersama dgn saidina Ali menentang tentera Islam dibawah Saidatina Aisyah ra .

3- أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دفن في ثيابه بدمائه ولم يغُسل.

Usman bin Affan dikafankan dalam bajunya yang berdarah dan tidak dimandikan.

Dalam kitab Ziadat almusnad oleh Abdullah bin Ahmad bin Hambal dan dihukum sahih oleh as-saati.

Usman dibunuh oleh penentang2 Islam yang tidak berpuashati dgnnya.

Imam Kasani dalam kitab Badaius Sanaie’ berkata (diringkaskan):

Ini kerana mereka dibunuh dalam peperangan mempertahankan kebenaran dan mempertahankan agama. Pembunuhnya adalah dalam kesalahan dan membunuhnya adalah kezaliman tanpa hak.

PENDAPAT KEDUA: Mereka tidak dianggap syahid didunia dan hanya boleh dianggap syahid akhirat. Ini pendapat utama dalam mazhab Syafie , mazhab Maliki , satu pendapat dalam mazhab Hamabali dan pendapat utama mazhab az-Zahiri.

DALIL PENDAPAT KEDUA:

 عن ابن أبي مليكة قال: «دخلت على أسماء بنت أبي بكر الصديق بعد قتل عبد الله بن الزبير، قال: وجاء كتاب عبد الملك أن يدفع إلى أهله، فأتيت به أسماء من الخشبة، فغسلته وكفنته وحنطته ثم دفنته». ولم ينكر عليها أحد.

Ibnu abi mulaikah berkata “ Aku berjumpa Asma binti Abu Bakr as-siddiq selepas pembunuhan Abdullah bin Zubair. Telah tiba surat dr Abdul Malik (bin marwan khalifah) untuk diserahkan pd keluarganya. Aku membawa surat itu kepada asma. Asma memandikan Abdullah, mengkafankannya, mewangikannya kemudian mengkebumikannya.” Tidak ada sesiapa yang mengingkari perkara ini.

Riwayat Baihaqi : Ibnu Hajar kata sahih.

Abdullah Zubair dibunuh oleh Hajjaj bin Yusuf gabenor zalim di Masjid Haram.

PENDAPAT KUAT:

Kedua2 pendapat adalah kuat tetapi pendapat pertama yang pertama lebih kuat kerana menentang penentang (bughah) adalah kewajipan pemerintah sepeti yg disuruh Allah dalam ayat berikut:

: ﴿وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ﴾ [الحجرات: 9].

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Imam Qurtubi mengulas daripada ayat ini bahawa wajib memerangi golongan penentang bughah ini.

Imam Sun’ani ulama mazhab hanafi mendefinasikan jihad sebagai:

«بذل الجهد في قتال الكفار أو البغاة».
“Memberi sepenuh komitmen untk memerangi orang kafir atau penentang bughah.”

Apapun kedua2 pendapat ini adalah diterima dan setiap pendapat mesti menghormati yang lain sebagai adab berkhilaf.

Hukum meminta jawatan atau kepimpinan

Ulama berselisih pendapat tentang hukum meminta jawatan kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Haram meminta jawatan.
DALIL HARAM MEIMNTA JAWATAN:

Dalil 1:

عَنْ عَبدِالرَّحمنِ بنِ سَمرةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ ِلي رسولُ الله؟: «يَا عبدَالرّحمنِ ابنَ سَمرةَ، لا تسْأل الإِمارةَ، فإنْ أُعطيتَها عَن مسْألةٍ وُكِلتَ إليهَا، وإنْ أُعطيتَها عَنْ غيِر مسْألةٍ أُعنتَ علَيها». متفق عليه

Dari Abdurrahman bin Samurah ra berkata: Rasulullah saw bersabda “ Hai Abdur Rahman bin Samurah janganlah kamu meminta jawatan , sekiranya kamu diberi jawatan dengan memintanya Allah akan menyerahkannya untukmu menguruskannya (tanpa bantuan Allah), sekiranya engkau memperolehinya dengan tanpa memintanya Allah akan membantunya.” Hadis sahih Bukhari 6248 dan Muslim.

Dalil 2:

إِنَّا لا نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَألَهُ، وَلا مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ». متفق عليه

Sesungguhnya Kami tidak melantik sesiapa yang meminta jawatan dan sesiapa yang tamak dengannya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

PENDAPAT KEDUA: hAruS meminta jawatan.

DALIL HARUS MEMINTA JAWATAN:

dAlil 1: Firman Allah swt:

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. 55 surah Yusof
Imam al-Qurtubi berkata:

ودلت الآية أيضا على جواز أن يخطب الإنسان عملا يكون له أهلا

Ayat ini menunjukkan harus seorang manusia itu meminta kerja atau jawatan yang dia berkelayakan.

DALIL KE2: hAdis Usman bin As ra:

حديث عثمان بن أبي العاص- رضي الله عنه- حين قال للنبي صلى الله عليه وسلم: اجعلني إمام قومي، قال: “أنت إمامهم،

Usman bin Abil As berkata kepada Nabi saw: Lantiklah aku sebagai imam kepada kaumku. Nabi saw bersabda “engkau menjadi Imam mereka.” Sunan Abi Daud sahih (531)

PENDAPAT KETIGA: HUKUMNYA TERPERINCI. sEkiranya dia meminta itu adalah untuk menyelamatkat ummah dengan al-Quran dan Sunnah dan dia layak dari segi pengetahuan agamanya, ilmu terhadap skop jawatannya yang merangkumi hukum hakam dan ilmu dunia dan kekuatan amanahnya maka dia boleh meminta jawatan itu. Jika tidak haram dia memintanya. Pendapat ini menggabungkan dalil2 pendapat yang mengharuskan dan mengharamkan.

KESIMPULAN

Pendapat ketiga lebih kuat dan diterima. Namun seorang mukmin tidak boleh ada rasa cinta atau inginkan kepimpinan , ini kerana ianya adalah sifat mazmumah. Dia tidak meminta atau menjawat jawatan melainkan diberi kepercayaan oleh teman2 atau pemimpin yang beriman yang yakin dengan kebolehannya. Ia satu tanggung jawab yang besar dan berat. Umar berkata:

لو أن بغلة عثرت بالعراق لسألني ربي عنها : لم لم تسو لها الطريق يا عمر

Kalau baghal (campuran kuda dan keldai) jatuh tergelincir di irak tuhan akan bertanya pada ku “kenapa engkau tidak meratakan jalan hai umar.”

Abu bakar as-sidiq berkata:

والله ما كنت حريصا على الإمارة يوما ولا ليلة قط ولا راغبا فيها ولا سألتها الله في سر ولا علانية ولكني أشفقت من الفتنة

Demi Allah aku tidak tamak rasa terhadap kepimpinan siang atau malam dan tidak teringin padanya. Aku juga tidak pernah memohon pd Allah utk meminta jawatan samada depan orang ramai atau sorang2, tetapi aku amat takut sangat dgn ujian kepimpinan.

Hukum Pertandingan yang menawarkan hadiah dari bayaran peserta

قد سألني صديقي الكريم الشيخ أمين الدين عبد الرحيم عضو مجلس الفتوى بمحافظة قدح ومساعد في KUIN  – عندما أزوره يوم الثلاثاء – عن أقوال العلماء في حكم المسابقة بالعوض من المتسابقين فيسرني أن أجيبه كما يلي

TERJEMAHAN: Sahabatku syeikh aminuddin abdul rahim ahli majlis fatwa kedah dan juga tutor di Insaniah – semasa aku menziarahinya pada hari selasa –bertanya tentang pandangan para ulama tentang hukum pertandingan dengan hadiah dari peserta, maka aku menjawabnya seperti berikut:-

ULAMA BERSEPAKAT HARUSNYA HADIAH SEKIRANYA DARI PIHAK YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PERTANDINGAN

Khilaf Ulama: Ulama berselisih pendapat pada hukum pertandingan yang mana hadiah dari setiap peserta yang bertanding. Ada empat pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus pertandingan yg ada hadiah dari duit peserta sekiranya ada muhallil (peserta yang tidak membayar duit tetapi mendapat hadiah yg sama sekiranya dia menang). Ini pendapat Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali.

Dalil mereka:

مَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ يَعْنِي وَهُوَ لَا يُؤْمَنُ أَنْ يَسْبِقَ فَلَيْسَ بِقِمَارٍ ، وَمَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ وَقَدْ أُمِنَ أَنْ يَسْبِقَ فَهُوَ قِمَارٌ

Siapa bertanding kuda yang mana salah satu peserta tadi tidak membayar tidak dianggap sebagai pertaruhan dengan syarat peserta yang tidak membayar itu mampu untuk menandingi peserta lain. Sekiranya peserta dan kudanya lemah dan tidak mampu menandingi peserta lain itu dianggap pertaruhan.

Hadis riwayat Abu Daud (2579)

PENDAPAT KEDUA: hARAm pertandingan yang mana peserta-pesertanya membayar duit hadiah samada ada muhallil atau tidak. Ini Mazhab Maliki

Dalilnya adalah ini adalah termasuk pertaruhan dan perjudian yang diharamkan tuhan dalam ayat 90 surah al-Maidah:

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

PENDAPAT KETIGA: hARam pertandingan yang mana hadiahnya dari peserta kecuali pertandingan sahaja berdasarkan hadis Abu Daud yang telah lepas. Ini pendapat Ibnu Hazm Az-Zahiri.

PENDAPAT KEEMPAT: harus pertandingan dengan adanya hadiah yang datang dari peserta. Ini pendapat Ibnul Qayyim dan Ibnu Taimiah.

Dalilnya:

حديث أبي لبيد : أتينا أنس بن مالك فقلنا : أكنتم تراهنون على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : نعم لقد راهن رسول الله صلى الله عليه وسلم على فرس يقال لها : سبحة جاءت سابقة ، فبهش لذلك ، وأعجبه

Hadis dari Abu Labid: Kami berjumpa dengan Anas bin Malik dan bertanya “ Adakah kamu bertaruh di zaman Rasulullah saw? Anas menjawab “ Ya, sesungguhnya Rasulullah saw bertaruh terhadap kuda yang dinamakan yang bernama sabhah. Kuda itu mendahului yang menyebabkan baginda gembira dan kagum dengannya.”

Hadis riwayat imam Ahmad (12564) Haithami berkata perawi2nya semuanya dipercayai.

KESIMPULAN

PENDAPAT JUMHUR YANG MENGHARAMKAN PERTANDINGAN YANG ADA HADIAH DARI BAYARAN SEMUA PESERTA ADALAH DIHARAMKAN. ADAPUN HADIS YANG DIGUNAKAN OLEH PENDAPAT KEEMPAT IALAH QIMAR YANG BERMAKSUD PERLUMBAAN DAN BUKANNYA PERTARUHAN.

إن شاء الله ساقوم بإلقاء الدورة الكثفة عن الأربعين النووية مع إجازة السند في KUIS  بدأ من التاسعة صباحا يوم السبت إلى الساعة الحادية عشر ليلا يوم الأحد. للمعلومات افتح موقع Face book pusat pengajian darul ilmi

Insyaallah saya akan menyampaikan pengajian intensif hadis 40 beserta sanad di kolej university Islam Selangor bermula 9 pagi sabtu 22/12 sehingga ahad 11 malam. Utk maklumat berkaitan sila buka facebook pusat pengajian darul ilmi.

HUKUM MENGHADIAHKAN AMALAN KEPADA SIMATI

Ulama bersepakat bergunanya doa untu simati. Ini berdasarkan firman Allah swt:

وَٱلَّذِينَ جَآءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِّلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

” Dan orang-orang yang datang selepas mereka berkata ” Wahai tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara2 kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah kamu jadikan kedengkian kepada orang2 beriman wahai tuhan kami sesungguhnya kamu adalah maha beri pengampunan dan maha penyayang.”
Begitu juga ulama sepakat dengan sampainya sedekah harta kepada simati. Ini berdasarkan hadis berikut:

يا رسول الله إن أمي ماتت، فينفعها إن تصدقت عنها؟ قال: ((نعم)) رواه أبو داود

” Ya Rasulullah sesungguhnya ibuku mati adakah dia dapat manfaat sekiranya aku sedekahkan kepadanya.” HR Abu Daud

Begitu juga ulama sepakat dengan sampainya haji. Ini berdasarkan hadis:

وجاءت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: يا رسول الله إن فريضة الله في الحج أدركت أبي شيخاً كبيراً لا يستطيع أن يثبت على الراحلة، أفأحج عنه؟ قال: ((أرأيت لو كان على أبيك دين أكنت قاضيته؟)) قالت: نعم، قال: ((فدين الله أحق أن يُقضى))

Datang seorang wanita  kpd Nabi saw dan bertanya ” Ya Rasulullah sesungguhnya kefarduan haji telah diwajibkan kepada ayahku dan beliau tidak mampu untuk menunggang kenderaan, apakah boleh aku menunaikan haji untuknya?” Nabi saw menjawab ” Apa pandangan mu sekiranya ayahmu ada hutang harta adakah engkau membayarnya (sekiranya dia sudah mati) ? wanita tadi menjawab “Ya” Nabi pun membalas ” Hutang Allah lebih patut dibayar.”

Hr Ahmad dan Nasaie

begitu juga ulama bersepakat sampainya puasa kepada simati berdsarkan hadis, dimana seorang wanita berkata:

إن أمي ماتت وعليها صوم شهر أفأصوم عنها؟ قال: ((نعم))

Sesungguhnya ibuku mati dalam keadaan berhutang puasa selama sebulan, adakah aku boleh berpuasa bagi pihaknya? Nabi saw menjawab ” Ya”

Imam Ibnu Quddamah berkata:

وهذه أحاديث صحاح، وفيها دلالة على انتفاع الميت بسائر القُرب؛ لأنَّ الصوم، والحج، والدعاء، والاستغفار عبادات بدنية، وقد أوصل الله نفعها إلى الميت، فكذلك ما سواها

Ini semua adalah hadis sahih dan ia menunjukkan mayat mendapat manfaat dari semua amalan ibadah yg dihadiahkan oleh yg hidup kerana puasa, haji, doa, istigfar adalah ibadat badan , sesungguhnya Allah menyampaikannya kepada mayat, begitu juga dengan amalan lain.”

ULAM BERSELISIH PENDAPAT TERHADAP SAMPAINYA BACAAN AL-QURAN DAN SOLAT KEPADA SIMATI KEPADA DUA PENDAPAT:-

PERTAMA: Sampai bacaan quran kepada simati, Ini pendapat kebanyakan ulama iaitu Mazhab Hanafi , Hambali dan ulama mutaakhirin (terakhir) dalam mazhab syafie dan Maliki. Ini juga pendapat ibnu Taimiah.

Ibnu taimiah berkata:

((الصحيحُ أنَّه ينتفع الميت بجميع العبادات البدنية: من الصلاة، والصوم، والقراءة، كما ينتفع بالعبادات المالية: من الصدقة، والعتق، ونحوها باتفاق الأئمة…))

Pendapat sahih sesungguhnya mayat menerima manfaat dari semua amalan badan yang disedekahkan seperti solat, puasa, bacaan seperti mendapat manfaat dari amalan harta yg disedekahkan seperti sedekah, membebaskan hamba dan sebagainya mengikut kesepakatan ulama.”

Dalil mereka adalah hadis Abi said alkhudri apabila beliau menggunakan fatihah untuk mengubat penghulu yang kena sengatan. Apabila Nabi saw ditanya tentang perkara tersebut , baginda menjawab:

وما يدريك أنها رقية ثم قال قد أصبتم اقسموا واضربوا لي معكم سهما فضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم

” Mana kamu tahu alfatihah adalah satu jampi ” Kemudian baginda berkata ” Betullah apa yg kamu buat berilah aku bahagian dari upah dari jampian itu (Nabi hanya melawak)” lalu baginda ketawa.

Imam assubki berkata:وإذا كان تفعت الحي بالقصد كان نفع الميت بهت أولى

kAlaulah orang hidup mendapat manfaat dari bacaan tersebut maka orang mati lebih patut.”

KEDUA: Tidak sampai amalan bacaan alQuran yg dihadiahkan kepada simati. Ini pendapat ulama mutaqaddimin (terawal ) dari mazhab Syafie dan Maliki. Ini juga dipegang oleh ulama saudi.

KESIMPULAN: SAYA MEMILIH PENDAPAT JUMHUR YG PERTAMA YG MENGATAKAN SAMPAINYA AMALAN BACAAN KEPADA SI MATI. NAMUN TIDAK PERLU KITA MEMPERDEBAT DAN MEMBESARKAN PERKARA KHILAFIYAH INI.

apa2 soalan yg berkaitan dgn tajuk atau tidak (soalan agama) boleh diajukan di komen atau email salman_almisri@yahoo.com

HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA)

HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA DAN MEMBIARKAN YANG LAIN).

Definasi qaza seperti kata Imam Nawawi:

القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح

Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala.

Hukum Qaza’

ULAMA TELAH BERSEPAKAT MENYATAKAN MAKRUH QAZA’

Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):

وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه

Sepakat ulama bahawa makruh QAza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)

PENDAPAT EMPAT MAZHAB

MAZHAB HAMBALI

Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:

ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب

Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.

MAZHAB MALIKI

An-Nafrawi berkata:

يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه

Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.

MAZHAB HANAFI

Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:

ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”

MAZHAB SYAFIE

Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:

كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

DALIL MAKRUH

ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع

Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]

عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].

Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”

PENTING

1. ULama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
2. Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
4. Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)

SEGALA PERTANYAAN HUKUM BOLEH POST DLM KOMEN