Darulilmi

Home » Articles posted by salmanmaskuri

Author Archives: salmanmaskuri

Hukum cium kaki manusia yang mulia disisi Islam seperti ibu bapa dan ulama

Hukum cium kaki manusia yang mulia disisi Islam seperti ibu bapa dan ulama

Hadis-hadis yang menyebut para sahabat mencium kaki Nabi saw

Hadis pertama:

عَنْ صَفْوَانَ بْنِ عَسَّالٍ رضي الله عنه قَالَ : ( قَالَ يَهُودِيٌّ لِصَاحِبِهِ : اذْهَبْ بِنَا إِلَى هَذَا النَّبِيِّ ، فَقَالَ صَاحِبُهُ : لَا تَقُلْ نَبِيٌّ ، إِنَّهُ لَوْ سَمِعَكَ كَانَ لَهُ أَرْبَعَةُ أَعْيُنٍ ، فَأَتَيَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَاهُ عَنْ تِسْعِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ فَقَالَ لَهُمْ : (لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا ، وَلَا تَسْرِقُوا ، وَلَا تَزْنُوا ، وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ، وَلَا تَمْشُوا بِبَرِيءٍ إِلَى ذِي سُلْطَانٍ لِيَقْتُلَهُ ، وَلَا تَسْحَرُوا ، وَلَا تَأْكُلُوا الرِّبَا ، وَلَا تَقْذِفُوا مُحْصَنَةً ، وَلَا تُوَلُّوا الْفِرَارَ يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَعَلَيْكُمْ خَاصَّةً الْيَهُودَ أَنْ لَا تَعْتَدُوا فِي السَّبْتِ) قَالَ : فَقَبَّلُوا يَدَهُ وَرِجْلَهُ ، فَقَالَا : نَشْهَدُ أَنَّكَ نَبِيٌّ

Dari safwan bin Assal ra berkata: Seorang Yahudi berkata kepada temannya “ Jom kita jumpa Nabi saw .” Temannya berkata “ Jangan kata dia Nabi lagi, kalau dia dengar cakap kau dia ada 4 mata. Keduanya bertemu dengan Nabi saw dan mereka berdua bertanya Nabi saw pasal 9 ayat yang jelas. Nabi saw menjawab “ Jangan syirikkan Allah dgn sesuatu,jangan mencuri, jangan berzina, jangan membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dgn haknya. Jangan berjalan dgn orang yang tidak bersalah kepada orang yang kuat untuk membunuhnya,jangan buat sihir,jangan makan riba, jangan tuduh zina kepada orang tidak bersalah, jangan lari dari perang , untuk orang yahudi sahaja jangan melampau (menangkap ikan) pada hari sabtu.” Lalu mereka mencium tangan dan kaki Nabi saw dan berkata “ Kami saksikan kamu adalah Nabi.”

Hadis ini riwayat Imam Tirmizi (2733) dan Ibnu Majah

Diantara yang menghukum sahih hadis ini ialah imam Nawawi dalam kitab Majmuk, Ibnu Hajar dalam kitab at-Talkhisul Khabir dan Ibnu Mulaqqin dalam kitab al-Badrul MUnir

Namun ada ulama yang menghukum hadis ini lemah seperti syeikh Syuaib al-Arnaut semasa mentahqiq kitab Sunan at-Tirmizi tetapi beliau menghukum hadis ini حسن مع الشواهد kategori baik kerana adanya riwayat-riwayat yang lain (sunan Abi Daud 7/513 cetakan risalah ilmiah)

Hadis kedua

عن أُمّ أَبَانَ بِنْتِ الْوَازِعِ بْنِ زَارِعٍ عَنْ جَدِّهَا زَارِعٍ – وَكَانَ فِي وَفْدِ عَبْدِ الْقَيْسِ – قَالَ : لَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَجَعَلْنَا نَتَبَادَرُ مِنْ رَوَاحِلِنَا فَنُقَبِّلُ يَدَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، وَرِجْلَهُ

Dari Ummu Aban bintul Wazie bin Zarie daripada datuknya Zarie –merupakan salah seorang delegasi Abdul Qais berkata “Apabila kami sampai ke Madinah kami segera dalam perjalanan kami lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi saw.” 

hADis ini dihukum hasan lighairih oleh Syeikh Syuaib Arnaut (sunan Abi Daud 7/513 cetakan risalah ilmiah), dihukum jayyid (baik) oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab FathulBari dan juga Albani dalam kitab sahih Abu Daud.

Hadis ini juga diriwayat oleh Imam Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra.

Hadis ketiga:

أن رجلاً أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرني شيئاً أزدد به يقيناً، فقال: اذهب إلى تلك الشجرة فادعها، فذهب إليها فقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعوك، فجاءت حتى سلمت على النبي صلى الله عليه، ثم قال لها: “ارجعي” فرجعت، قال: ثم أذن له فقبل رأسه ورجليه

“ Sesungguhnya lelaki berjumpa dengan Nabi saw dan berkata “ Ya Rasulullah tunjukkan aku sesuatu yang menambahkan keyakinanku.” Nabi saw bersabda “ pergilah engkau ke pokok itu dan panggil dia.” Lelaki itu pun pergi kearahnya dan berkata “ Sesungguhnya Rasulullah saw memanggil mu.” Pokok itu pun datang menyerah diri pada Nabi saw. Kemudian baginda berkata kepada pokok itu “ Kembali ke tempat asal mu.” Lalu pokok itu balik semula. Nabi saw mengizinkan mereka ,lalu mereka mencium  kepala dan kaki baginda.”

Hadis diriwayat oleh Imam Hakim dalam kitab Mustadraknya tetapi Imam Zahabi mengatakan hadis ini daif disebabkan Solih bin Hayyan dihukum matruk (disepakati lemahnya) ada dalam sanad hadis ini.

Cerita – cerita salafus soleh mencium kaki

Cerita pertama:

Ali mencium tangan dan kaki Abbas

عنْ صُهَيْبٍ قَالَ: ” رَأَيْتُ عَلِيًّا يُقَبِّلُ يَدَ الْعَبَّاسِ وَرِجْلَيْهِ

Suhaib berkata “ Aku melihat Ali mencium tangan dan kedua kaki Abbas.”

Hadis ini diriwayat oleh imam Bukhari dalam kitab al-Adabul Mufrad dengan hadis sanad yang daif kerana tidak dikenali  Suhaib perawi hadis ini.

Cerita kedua :

Imam Muslim hendak mencium kaki Imam Bukhari

ففي “تاريخ بغداد” (13/102) عن أحمد بن حمدون القصار قال : سمعت مسلم بن الحجاج وجاء إلى محمد بن إسماعيل البخاري فقبَّل بين عينيه ، وقال : دعني حتى أقبِّل رجليك ، يا أستاذ الأستاذين ، وسيد المحدثين ، وطبيب الحديث في علله

Dalam kitab Tarikh Baghdad dari Ahmad bin Hamdun al-Qassar berkata “ Aku mendengar Muslim bin Hajjaj pergi berjumpa Muhammad bin Ismail al-Bukhari dan mencium kepalanya. Imam Muslim berkata “ Biar aku cium kedua kaki engkau wahai Guru segala guru, penghulu ulama hadis dan doctor hadis yang mengetahui cacat-cacat hadis.

Hafiz AL-IrAqi berkata cerita ini lemah sanadnya tetapi dibantah oleh Imam Ibnu Hajar yang mengesahkan cerita ini.

PANDANGAN ULAMA TERHADAP HUKUM MENCIUM KAKI

Imam Nawawi berkata dalam kitab majmuknya:

وتقبيل رأسه ورِجله : كيَده

Hukum cium kepala dan kaki adalah seperti cium tangan iaitu harus.

Syeikh Mubarakfuri dalamkitabnya Tuhfatul Ahwazi (7/556 cetakan dar ihya turath arabi) berkata:

والحديث يدل على جواز تقبيل اليد والرِّجْل 

Dan hadis menunjukkan kepada harusnya mencium tangan dan kaki.

Syeikh Uthaimin (ulama Saudi) berkata:

الحاصل : أن هذين الرجلين قبَّلا يدَ النبي صلى الله عليه وسلم ، ورِجْله ، فأقرهما على ذلك ، وفي هذا : جواز تقبيل اليد ، والرِّجْل ، للإنسان الكبير الشرَف والعلم

Kesimpulannya dua lelaki ini (hadis dari safwan diatas) mencium tangan dan kaki Nabi saw dan baginda mengakui keduanya . Ini menunjukkan harusnya menunjukkan harusnya cium manusia yang mulia kedudukannya disisi Islam dan orang yang berilmu.

KESIMPULAN

WALAUPUN MENCIUM KAKI INI AGAK MELAMPAU MENURUT PEMIKIRAN SEBAHGIAN MANUSIA TAPI CUBA KITA FIKIR KALAU SEORANG SUAMI MENCIUM KAKI ISTERI ATAU SEBALIKNYA MASA HUBUNGAN KELAMIN ATAUPUN KITA CIUM BADAN BAYI TERMASUK KAKINYA INI DIANGGAP BIASA DAN DITERIMA OLEH AKAL KITA.BEGITU JUGA CIUM KAKI ULAMA DENGAN PENUH KASIH PADANYA BUKAN DENGAN PENUH RASA HINA. KALAU CIUM KAKI DENGAN RASA HINA DAN MENGAGUNGKAN ORANG TERSEBUT MAKA INI DILARANG KERANA INILAH SEBAB DIHARAMKAN SUJUD KEPADA MANA2 MANUSIA BAGI SYARIAT NABI MUHAMMAD SAW . SEELOKNYA KITA TIDAK MELAKUKAN PERKARA INI JIKA IA MENYEBABKAN TOHMAHAN MASYARAKAT YANG MASIH BELUM FAHAM. DARI SAYA PU SALMAN PENYAMPAI AMANAH ILMU. UTK PERKONGSIAN ILMU 013 3533 248

Apa hukum pegang najis seperti anjing dan air kencing tanpa ada keperluan?

PENTING

Ni cite hukum pegang najis tanpa keperluan, bukannya adakah perlu basuh atau tidak. Ulama sepakat kena basuh najis. Satu lagi ni juga pasal pegang najis tanpa keperluan, adapun kalau pegang najis bila ada keperluan seperti basuh najis semasa buang air pun itupun ulama sepakat membenarkan.

ADA DUA PENDAPAT

PENDAPAT PERTAMA

Jumhur ulama terdiri dari mazhab Syafie dan hanafi mengatakan haram hukumnya pegang najis tanpa ada keperluan seperti pegang anjing ,tahi dan sebagainya.

Syeikh Ibnu Hajar al-Haithami (mazhab Syafie) berkata:

حُرِّمَ التَّضَمُّخُ بِالنَّجَاسَةِ

“ Haram melumurkan diri dengan najis.”

Pengarang Hasyiah Ibnu Abidin (mazhab Hanafi) berkata:

أَفْتَى بَعْضُ الشَّافِعِيَّةِ بِحُرْمَةِ جِمَاعِ مَنْ تَنَجَّسَ ذَكَرُهُ قَبْلَ غَسْلِهِ إلَّا إذَا كَانَ بِهِ سَلَسٌ فَيَحِلُّ كَوَطْءِ الْمُسْتَحَاضَةِ مَعَ الْجَرَيَانِ ؛ وَيَظْهَرُ أَنَّهُ عِنْدَنَا كَذَلِكَ لِمَا فِيهِ مِنْ التَّضَمُّخِ بِالنَّجَاسَةِ بِلَا ضَرُورَةٍ لِإِمْكَانِ غَسْلِهِ

Sebahgian ulama Syafie mengatakan haram jimak sesiapa yang bernajis zakarnya sebelum dia membasuhnya kecuali seseorang yang penyakit sentiasa keluar najis barulah harus seperti seseorang yang berjimak dengan wanita yang beristihadah (lebih dari had darah haid) dalam keadaan darah masih keluar. Nyata disisi kami (mazhab hanafi) hukumnya haram juga ( jimak sesiapa yang bernajis zakarnya) kerana ia termasuk dalam hukum berlumur dengan najis tanpa ada keperluan sedangkan dia mampu untuk membasuhnya.

DALIL PENGHARAMAN

Nabi saw bersabda:

تنزهوا من البول، فإن عامة عذاب القبر منه

“ Bersihkan dari kencing sesungguhnya kebanyakan azab kubur darinya.” (kitab aljamius Saghir)

Hadis ini sahih

Imam Munawi dalam kitab faidul qadir dalam menerangkan hadis ini berkata:

فيستدل به على حرمة التضمخ بالبول بلا حاجة، لمنافاته للتنزه عنه

Hadis ini diambil sebagai dalil pengharaman berlumuran dengan najis tanpa ada keperluan kerana ternafi dari suruhan Nabi saw untuk membersihkan dari air kencing.

PENDAPAT KEDUA

Mazhab maliki mengatakan makruh . dalam kitab hasyiah Dusuqi (mazhab Maliki) disebut:

التَّلَطُّخُ بِالنَّجَاسَةِ وهو مَكْرُوهٌ على الْمُعْتَمَدِ

Berlumur dengan najis adalah makruh mengikut pendapat yang kuat.

KESIMPULAN

Islam adalah agama kebersihan . Firman Allah swt:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

222 surah al-Baqarah

Oleh itu pendapat yang haram adalah lebih kuat dan lebih ramai ulamak yang berpegang.

Saya nukilkan fatwa dari laman web islamweb.net versi arab no 188892 yang mana ada orang bertanya tentang hukum membasuh anjing yang dipelihara kerana untuk tujuan keselamatan.

وننبهك إلى أن ما تقومين به من تنظيف للكلب لا يجوز، لأن ملامسة النجاسة لغير حاجة منهي عنها شرعاً،

“ Kami member peringatan kepada kamu bahwa perbuatan kamu membasuh najis adalah haram kerana pegang najis tanpa keperluan adalah dilarang dari sudut syara’

PUASA ARAFAH: IKUT TARIKH 9 ZULHIJJAH ATAU WUKUF DI SAUDI? PENDAPAT DAN DALIL

Perbezaan permulaan zulhijjah dengan arab Saudi: puasa sunat arafah mengikut 9 zulhijjah Malaysia atau ibadah wukuf di arafah. Pandangan ulama dan hujjahnya.

Ulama berbeza pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: hendaklah puasa hari arafah itu mengikut berlakunya wukuf arafah di Saudi bukan 9 zulhijjah di Malaysia.

Antara yang mengeluarkan fatwa ini adalah Lajnah Fatwa Mesir, Lajnah Fatwa Saudi , Syeikh Faisal Maului, Syeikh Husamuddin Afanah dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL:

  1. Nabi saw bersabda:

وعرفة يوم تعرفون

“ Dan Hari Arafah adalah hari manusia mengerjakan wukuf di Arafah.”

Hadis riwayat Baihaqi dan ini hadis Mursal (Daif)

  1. Nabi saw menyandarkan puasa dengan perkataan arafah dalam hadis berikut:

صيام يوم عرفة

“ Puasa hari Arafah.”

Hadis sahih Muslim.

Hadis ini Nabi saw tidak menyandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah tetapi dengan wukuf di arafah.

PENDAPAT KEDUA: Puasa hari Arafah mengikut tarikh 9 zulhijjah di Negara orang yang berpuasa walaupun bertentangan dengan berlakunya wukuf di Arab Saudi.

Ini pendapat sebahgian ulama seperti Syeikh Dr Ahmad alhajji aalkurdi, syeikh Uthaimin, Syeikh Dr Khalid Musyaikih dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL

  1. Hadis

حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال، فقال: متى رأيتم الهلال؟ فقلت: رأيناه يوم الجمعة، فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم، ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت، فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت: فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Hadis kuraib hamba ibnu Abbas: Ummul Fadl binti Haris menghantarnya ke Syam bertemu Muawiyah di atas satu urusan. Kuraib berkata “ Bila aku sampai Syam dan menunaikan urusannya telah masuk bulan Ramadan. Aku melihat anak bulan malam jumaat. Aku telah sampai ke Madinah di hujong bulan Ramadan. Abdullah Ibnu Abbas bertanya padaku “ Bila engkau lihat anak bulan (Ramadan)? Aku menjawab “ Hari JUmaat.” Ibnu Abbas bertanya “ Engkau yg tengok?” Aku menjawab “ Ya, manusia lain pun melihatnya dan mereka berpuasa, Mu’awiyah pun puasa.” Ibnu Abbas berkata “ Tapi kami lihat pada malam sabtu, dan kami terus berpuasa sampai cukup 30 hari atau Nampak anak bulan Syawal.Aku bertanya:” Adakah tidak cukup berpegang dengan anak bulan yang dilihat oleh Muawiyah serta puasanya?” Ibnu Abbas menjawab “ Tidak , inilah yang Rasulullah saw perintahkan.”

Hadis riwayat Muslim. Sahih

Hadis ini menunjukkan setiap Negara berpuasa mengikut rukyah dan perkiraan negeri masing-masing dan tidak perlu mengikut negeri lain.

  1. Sebahagian isteri Nabi saw telah meriwayatkan:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة

“ Rasulullah saw telah berpuasa pada 9 zulhijjah.”

Hr Abu Daud – Sahih

Dalam hadis ini disandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah menunjukkan berpuasa mengikut tarikh bukannya berlakunya wukuf di Arafah.

  1. Dua orang lelaki (salah seorangnya Masruq seorang Tabiien) berkata kepada Aisyah yang berpuasa arafah:

“ Adakah kamu berpuasa ? kemungkinan hari ini adalah hari korban? Aisyah menjawab:

إنما النحر إذا نحر الإمام

“ Hanyasanya hari korban adalah apabila imam melakukan korban.”

Hr Baihaqi dgn Sanad yg jayyid.

Hadis ini menunjukkan perkiraan puasa arafah ialah hari sebelum Imam melakukan korban. Di Malaysia kita buat korban hari Ahad jadi pasti hari Arafah pada hari sebelumnya iaitu Sabtu.

KESIMPULAN

Apapun ini adalah perkara khilafiah yang mana keduanya memiliki hujjah dan dalil masing-masing. Kita tidak perlu bertelagah dan kita hormati pandangan yg lain. Seeloknya kita berpuasa pada hari jumaat dan sabtu untuk meraikan dua pendapat ini. Namun kalau nak pilih salah satu saya cenderung hari sabtu berdasarkan dalil2 diatas dan apa yang disebut oleh Syeikh Qardhawi:

” فإذا أصدرت السلطة الشرعية المسؤولة عن إثبات الهلال في بلد إسلامي ـ المحكمة العليا، أو دار الإفتاء، أو رئاسة الشؤون الدينية، أو غيرها ـ قرارها بالصوم أو بالإفطار، فعلى مسلمي ذلك البلد الطاعة والالتزام ؛ لأنها طاعة في المعروف، وإن كان ذلك مخالفا لما ثبت في بلد آخر،

“ Apabila bihak berkuasa agama yang dipertanggung jawabkan untuk penetapan anak bulan dalam Negara Islam, mahkamah tinggi, majlis fatwa, menteri hal ehwal agama menetapkan untuk puasa atau tidak, hendaklah penduduk Muslim di situ mentaatinya kerana ia termasuk dalam taat pada perkara yang baik, sekalipun menyalahi dengan Negara lain.

SELAMAT BERPUASA HARI ARAFAH DARI PU SALMAN

IKLAN: KELAS DEWASA (BERKITAB) ISNIN , RABU DAN AHAD (9.45 – 11 PM) SEBULAN RM160. PENGAJIAN SEPENUH MASA (UMUR 10 THN KEATAS) UTK MAHIR BAHASA ARAB, BACA KITAB DAN HUKUM2 . (RM350 SEBULAN). CALL PU SALMAN 013 3533 248

hukum dan dalil 12 isu-isu hukum korban

  1. Apa hukum korban?

Jumhur ulama (Syafie Maliki dan Hambali) mengatakan ianya sunat berdasarkan hadis:

حديث أم سلمة : ( إذا دخلت العشر وأراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره وبشره شيئا )

“ Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda “ Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw menggunakan perkataan “hendak” menunjukkan ianya bukan wajib.

Imam Syarbini berkata:

“التضحية سنة مؤكدة في حقِّنا، أما في حقه -صلَّى الله عليه وسلم- فواجبة

“ Korban itu sunat muakkad bagi kita dan wajib bagi Nabi Muhammad saw.”

  1. Apakah binatang yang paling afdal untuk dikorbankan?

Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan yang paling baik adalah unta berdasarkan hadis Nabi saw:

من اغتسل يوم الجمعة غسل الجنابة ثم راح، فكأنما قرب بدنة، ومن راح في الساعة الثانية، فكأنما قرب بقرة، ومن راح في الثالثة، فكأنما قرب كبشا أقرن..

“ Siapa yang mandi janabah pada hari jumaat kemudian pergi solat jumaat di awal pagi mendapat pahala seperti orang yang mengurbankan unta, siapa yang pergi jam yang kedua seperti mengurbankan lembu betina , siapa pergi jam yang ketiga keperti mengurbankan biri-bir bertanduk.”

Hadis sahih Bukhari.

  1. Apakah warna binatang yang paling afdal untuk kita pilih dalam korban?

Imam Syarbini berkata:

فالأبيض أفضل، ثم الصفراء، ثم العفراء (وهي التي لا يصفو بياضها)، ثم الحمراء، ثم البلقاء، ثم السوداء

“ Yang afdal ialah warna putih, kemudian kuning, kemudian tidak berapa nak putih, kemudian merah , kemudian campur hitam dan putih dan yang akhir ialah hitam.”

Nabi saw bersabda:

دم عفراء أحب إلى الله من دم سوداوين

“ Darah korban dari binatang yang warna putih yang kurang lebih baik dari hitam.”

Hadis riwayat al-Baihaqi

  1. Apa hukum berkongsi satu binatang tetapi pelbagai niat?

Unta dan lembu boleh dikongsi 7 orang berdasarkan hadis Nabi saw:

نحرنا مع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عام الحديبية البدنة عن سبعة والبقرة عن سبعة

“ Kami buat korban pada tahun hudaibiyah bersama Rasulullah saw tujuh bahagian untuk unta dan tujuh bahagian untuk kambing”

Hadis riwayat Muslim.

Imam Syarbini berkata:

وسواء اتفقوا في نوع القربة أم اختلفوا، كما إذا قصد بعضهم التضحية وبعضهم الهدي، وكذا لو أراد بعضهم اللحم وبعضهم الأضحية

“ Pengharusan 7 bahagian untuk lembu atau unta ini samaada sama tujuan ibadah atau pun berlainan. Seperti mana sebahagian untuk korban dan sebahagian untuk al-Hady (daging yang dibawa ke tanah haram untuk disedekahkan). Demikian juga boleh sebahgian daging untuk dimakan biasa dan sebahagiannya utnuk korban.”

Hujjahnya ialah satu bahagian umpama satu ekor kambing (Imam Syarbini).

  1. Apa hukum orang yang hendak berkorban dia memotong kuku?

Hukumnya makruh dalam mazhab Syafie. Ini berdasarkan hadis Nabi saw:

حديث أم سلمة : ( إذا دخلت العشر وأراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره وبشره شيئا )

“ Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda “ Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.”

Hadis sahih Muslim

Imam as-Syirazi berkata dalam kitab al-Muhazzab:

ومن دخلت عليه عشر ذي الحجة، وأراد أن يضحي، فالمستحب أن لا يحلق شعره ولا يقلم أظفاره حتى يضحي

“ apabila masuk bulan zul Hijjah dan sesorang itu hendak berkorban sunat dia tidak mencukur bulu atau rambutnya dan tidak mengerat kukunya sehinggalah dia buat korban.”

  1. Apa hukum makan daging korban sunat?

Sunat makan sebahagian daging korban yang sunat berdasarkan firman Allah swt:

فَكُلُوا مِنْهَا

“ Makanlah sebahagian dari daging korban.”

Ayat 28 surah al-Hajj.

  1. hukum memberi penyembelih sebahgian daging atau kulit sebagai upah?

Haram dalam mazhab Syafie menjadikan kulit atau daging sebagai upah kepada penyembelih berdasarkan hadis dari Ali ra:

أمرني النبي صلى الله عليه وسلم- أن أقوم على البدن، ولا أعطي عليها شيئا في جزارته

“ Nabi saw menyuruhku agar menguruskan korban unta dan agar aku tidak diberikan sebahagian dari unta tadi sebagai upah penyembelihannya.”

Hadis sahih Bukhari.

Imam Nawawi berkata:

ولا يجوز جعل الجلد وغيره أجرة للجزار

“ Haram memberi kulit atau lainnya sebagai upah kepada penyembelih.”

Boleh bagi sekiranya tidak disyaratkan sebagai hadiah atau sedekah. Imam al-Bahuti berkata:

ويجوز أن يهدي له أو يتصدق عليه منها

“ Dan harus menghadiah kepada penyembelih atau bersedekah kepadanya.”

  1. Apabila kita membuat korban apakah pembahgian terbaik untuk kita ambil daging dan agihkannya?

Menurut mazhab Syafie , Hambali dan Hanafi pembahagian terbaik ialah dengan membahaginya kepada tiga bahagian 1. Sendiri. 2. Hadiah kepada yang berkemampuan. 3. Sedekah kepada yang susah. Dalam hadis dari Ibnu Abbas:

ويطعمأهلبيتهالثلث،ويطعمفقـراءجيرانـهالثلـث،ويتصدقعلىالسؤالبالثلث

“ Nabi saw memberikan kepada ahli keluarganya 1/3, memberi kepada jiran yang miskin 1/3 dan bersedekah kepada yang meminta 1/3.”

Hadis hasan riwayat al-Asfahani.

Ibnu Umar berkata:

“ Korban dan Hadiah dibahagi tiga 1. Untuk mu . 2. Keluarga mu . 3. Orang miskin.”

  1. Hukum menyimpan daging korban lebih 3 hari?

Harus hukumnya. Memang ada hadis yang melarang menyimpan daging korban lebih tiga hari tetapi dimansukhkan dengan hadis yang membenarkannya. Jabir ra berkata:

أنهنهىعنأكللحومالأضاحيبعدثلاث،ثمقالبعدذلك :” كلواوتزودواوادخروا

“ Sesungguhnya Nabi saw menegah dari makan daging korban lebih tiga hari. Namun selepas itu Nabi saw membenarkannya dengan berkata “ Makanlah, berbekalllah dan simpanlah (tanpa ada had masa).”

Hadis sahih Muslim.

10. Hukum memberi makan daging korban kepada orang kafir?

Ada hadis yang melarang diberi daging korban kepada orang kafir tetapi hadis ini lemah iaiatu:

لاتطعمواالمشركينمنلحومضحاياكم

“ Jangan bagi makan daging korban kepada orang kafir.”

Hadis riwayat ibnu Adi.

Oleh itu harus memberi daging korban kepada orang kafir seperti mana kebaikan yang lain. Firman Allah swt:

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

“Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan menghalau kamu dari negeri kamu . Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil.”

Ayat 8 surah al-Mumtahanah.

Ini pendapat mazhab Hambali , Abu Hanifah, Abu Thaur , imam nawawi dan Hasan al-Basri.

11. Hukum menjual kulit dan daging korban?

Kebanyakan ulama (syafie , Maliki dan hambali) berpendapat kata haram menjual daging , kulit atau apa saja dari binatang korban. Nabi saw bersabda:

من باع جلد أضحيته فلا أضحية له

“ Siapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tiada pahala korban baginya.”

Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi.

Imam Nawawi berkata dalam kitab majmuk:

“ Disepakai oleh imam syafie dan ulama2nya bahawa haram menjual sesuatu dari al-hady (sembelihan dalam ibadah haji) dan korban samada yg nazar atau yg sunat, samada daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan lain2.

12. Hukum buat korban untuk orang yang dah mati?

Kebanyakan ulama (Mazhab Hambali dan Hanafi) membenarkan korban untuk si mati dengan dalilnya hadis:

أنّ امْرَأةً قَالَتْ: يَا رَسُولَ الله إنّ أُمّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا، وَلَمْ تُوصِ وأراها لو تَكَلَّمَتْ تصَدَّقَتْ، أفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ فَتَصَدّقِي عَنْهَا

“Daripada Aisyah ra beliau berkata: Seorang wanita bertanya “ Ya rasulullah sesungguhnya ibuku terbunuh dan tidak mewasiatkan apa2. Aku rasa kalau dia boleh berkata dia akan bersedekah. Adakah aku boleh bersedekah bagi pihaknya? Nabi saw menjawab “ Ya, sedekahlah untuknya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Seperti mana disunatkan sedekah untuk simati sunat juga korban untuk si mati.

Ibnu Taimiah berkata:

التضحية عن الميت أفضل ويعمل بها كأضحية الحي

“ Korban untuk si mati adalah sangat baik dan diamalkan seperti mana korban untuk orang hidup.”

Adapun dalam mazhab Syafie disyaratkan ada wasiat korban.

Imam Ramli berkata dalam Nihayatul Muhtaj:

ولا تجوز ولا تقع أضحية عن ميت إذا لم يوص بها

Tidak boleh dan tidak sah korban untuk orang mati sekiranya dia tidak mewasiatkannya.

penerangan dan hukum rawatan besi panas {الكي) dalam Islam

Moxibustion : المعالجة بالكــي perubatan besi panas (KAYY)

DEFINASI

Imam ibnu Manzur mendefinasikan كي: إِحراقُ الجلد بحديدة ونحوها،

“Membakar kulit dengan besi atau sebagainya.”

HADIS-HADIS pasal perubatan ini:

  1. Nabi saw bersabda:

ثلاث إن كان في شيء شفاء فشرطة محجم أو شربة عسل أو كية تصيب ألما و أنا أكره الكي و لا أحبه

3 penawar 1. Berbekam 2. Minum madu 3. Pemanasan kulit dgn besi panas. Aku benci kayy ini dan tidak sukanya.

Hr Bukhari

  1. Hadis dari Jabir:

رمي يوم الأحزاب سعد بن معاذ فقطعوا أكحله ‏,‏ فحسمه رسول الله صلى الله عليه وسلم بالنار

Pada peperangan Ahzab Saad bin Muaz dan mereka memotong urat nadi lalu Nabi saw menghentikan pendarahan itu dengan Api.

Hr Bukhari

HUKUMNYA:

Imam Ibnu Qayyim berkata:

قد تضمنت أحاديث الكي أربعة أنواع أحدها: فعله، الثاني: عدم محبته، والثالث: الثناء على من تركه، والرابع: النهي عنه، ولا تعارض بينها بحمد الله تعالى.. فإن فعله يدل على جوازه ، وعدم محبته لا يدل على المنع منه ، وأما الثناء على تاركه فيدل على أن تركه أولى وأفضل، وأما النهي عنه فعلى سبيل الاختيار والكراهة أو عن النوع الذي لا يحتاج إليه بل يفعل خوفاً من حدوث الداء

HAdis-hadis tentang kayy ada empat jenis 1. Nabi buat kepada sahabat 2. Nabi tidak suka. 3. Puji siapa yang tak melakukannya. 4. Nabi saw larang. Ianya tidak ada percanggahan sebenarnya. Perbuatan Nabi saw menunjukkan pengharusan, Nabi saw tidak suka tidak menunjukkan ianya ditegah, pujian Nabi saw kpd yang tidak melakukannya menunjukkan tinggal lagi baik dan tegahan adalah makruh sekiranya ada pilihan lain ataupun kayy yang tidak diperlukan bahkan takut berlakunya penyakit lain.

Imam Ibnu Hajar berkata:

ويؤخذ من الجمع بين كراهته واستعماله أنه لا يترك مطلقاً بل يستعمل عند تعينه

Diambil hukum dari menghimpunkan hadis larangan dan Nabi saw melakukankannya bahawa perubatan ini tidak terus ditinggalkan bahkan perlu digunakan semasa tiada pilihan lain.

KEGUNAAN UBAT KAYY INI PADA TEMPAT2 BERIKUT:

  1. menghentikan pendarahan (bleeding). Ini berdasarkan hadis saad bin Muaz diatas
  2. Mengubati penyakit lumpuh saraf muka (Paralysie Faciale). Ini berdasarkan hadis mauquf ibnu umar dan Abu talhah telah merawat penyakit ini dengan kayy.
  3. mengubati penyakit saraf pada rusuk (Pleurodynie) . ini berdasarkan hadis Anas:

كويت من ذات الجنب ورسول الله صلى الله عليه وسلم حيٌّ

“ Aku menggunakan rawatan kayy ini utk mengubati penyakit saraf pada rusuk.”

KESIMPULAN

Dr Muhammad Bakr Ismail ulama azhar berkata :

الكيّ جائز للضرورة عند عدم وجود البديل، بشرط أن يوصيَ بذلك طبيب مسلم حاذق في الطب

Rawatan besi panas ini harus sekiranya ianya darurat dan tidak ada pilihan lain dengan syarat ia disarankan oleh doktor muslim yang pakar dalam perubatan.

 

 

HUKUM DIAM BERTAFAKUR SEBENTAR UTK MENGHORMATI JENAZAH

Hukum diam bertafakur  untuk menghormati jenazah tertentu

Pu salman menjawab:

Ulama berbeza pendapat kepada dua:

Pendapat pertama :

Haram kerana Nabi saw tidak melakukannya dan mereka mengatakan budaya ini diambil dari orang kafir sedangkan Nabi saw bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“ Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari kaum tersebut.”

Hr Abu daud

(Fatwa ulama kerajaan Saudi)

Pendapat kedua:

Harus selagi mana tidak ada ritual keagamaan.

Antara hujjah mereka:

  1. Islam menggalakkan ketika berdiri kepada orang yang mulia yg datang:

قوموا إلى سيدكم

“ Berdirilah untuk pemimpin kamu”

Hadis sahih Bukhari.

Berdiri sebentar untk kematian juga adalah tanda menghormatinya.

  1. Nabi saw berdiri utk jenazah:

مرت به جنازة فقام فقيل له إنها جنازة يهودي فقال أليست نفسا

“ Lalu satu jenazah pada Nabi saw lalu Nabi saw berdiri. Kemudian dikatakan “ itu jenazah yahudi.” Nabi saw menjawab “ bukankah ia satu jiwa (perlu dihormati).”

Hadis sahih Bukhari.

Hadis ini menunjukkan berdiri menghormati mayat adalah dituntut.

3.Adapun berkenaan larangan meniru orang kafir ialah tidak semua perkara yang dari orang kafir itu dilarang.

Ibnu Najim alhanafi berkata dalam kitab البحر الرائق شرح كنز الدقائق

اعلم أن التشبيه بأهل الكتاب لا يكره في كل شيء وإنا نأكل ونشرب كما يفعلون إنما الحرام هو التشبه فيما كان مذموما وفيما يقصد به التشبيه

 

“ Ketahuilah sesungguhnya menyerupai ahli kitab bukanlah dilarang pada semua perkara. Sesungguhnya kita makan, minum seperti mereka. Perkara yang haram ialah menyerupai perkara yang tercela dlm Islam dan dengan niat untuk meniru mereka.”

Contohnya ialah makan pakai sudu, pakai tali leher, selagi mana ia tidak dicela dan tidak niat tiru maka ia diharuskan.

(Fatwa ulama kerajaan Mesir).

Perkara ini ialah diantara perkara yang menjadi masaalah khilafiah yang tidak perlu kita berbalah. Hormatilah pandangan yang lain. Utk jemputan ceramah pu salman (013 3533 248)

 

HUKUM SOLAT SUNAT SECARA BERJEMAAH SEPERTI SOLAT HAJAT, DUHA DAN TAHAJUD

hukum solat sunat hajat, solat witir, solat sunat duha atau solat2 sunat lain yang tidak disunatkan berjemaah dibuat berjemaah.

Solat sunat duha dan solat hajat adalah solat yang tidak disunatkan berjemaah. Namun kebanyakan Ulama mengharuskannya berdasarkan hadis-hadis sahih.

KENYATAAN2 ULAMA

  1. Imam Nawawi (mazhab Syafie)berkata dalam kitab Majmuk:

وأما باقي النوافل كالسنن الراتبة مع الفرائض والضحى والنوافل المطلقة فلا تشرع فيها الجماعة , أي لا تستحب , لكن لو صلاها جماعة جاز , ولا يقال : إنه مكروه وقد نص الشافعي رحمه الله في مختصري البويطي والربيع على أنه لا بأس بالجماعة في النافلة

“ Adapun solat2 sunat yang seperti solat rawatib, solat duha dan solat2 mutlak tidak disyariatkan berjemaah . Maksudnya tidak disunatkan. Namun sekiranya dilakukan berjemaah hukumnya harus dan tidak dikatakan ianya makruh. Imam Syafie telah menyatakan pd dua kitab ringkasan albuwaiti dan ar-Rabie bahwa tidak mengapa solat sunat secara berjemaah.

Syeikh ibnu Quddamah dr mazhab Hambali berkata:

يجوز التطوع جماعة وفرادى، لأن النبي فعل الأمرين كليهما، وكان أكثر تطوعه منفرداً،

“HArus solat sunat secara bersendirian atau berjemaah kerana Nabi saw buat kedua2nya sekali. Namun yang Nabi selalu buat ialah berseorangan.”

Dalam mazhab Maliki juga menyatakan perkara yang sama:

ففي المدونة : عن مالك رحمه الله : ( لا بأس أن يصلي القوم جماعة النافلة في نهار أو ليل , قال : وكذلك الرجل يجمع الصلاة النافلة بأهل بيته وغيرهم لا بأس بذلك )

 Dalam kitab Mudawanah dr Imam Malik: tidak mengapa solat sunat secara berjemaah samada siang atau malam. demikian juga boleh seorang lelaki solat berjemaah dgn ahli keluarganya dan org  lain hukumnya harus.

Dalil-dalil pengharusan:

  1. Hadis sahih bukhari dr Itban bin Malik:

حديث عتبان بن مالك رضي الله عنه ” أن النبي صلى الله عليه وسلم جاءه في بيته بعدما اشتد النهار ومعه أبو بكر رضي الله عنه فقال النبي صلى الله عليه وسلم : أين تحب أن أصلي من بيتك ؟ فأشرت إلى المكان الذي أحب أن يصلي فيه فقام وصفنا خلفه ثم سلم وسلمنا حين سلم ” رواه البخاري ومسلم

Nabi saw datang ke rumah Itban pada waktu matahari sudah panas memancar bersama Abu Bakr. NAbi saw bertanya “ Dimana yg kau suka utk aku solat di rumah mu ini?” Aku pun menunjukkan tempat yang aku suka Nabi saw suka solat disitu. NAbi saw pun berdiri (utk solat) dan kami buat sof dibelakangnya sehingga Nabi saw memberi salam dan kami pun bagi salam.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

  1. Hadis dlm Musnad Imam Ahmad dr Ibnu Abbas:

أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من آخر الليل فصليت خلفه فأخذ بيدي فجرني فجعلني حذاءه

“ Aku berjumpa dgn Nabi saw pd hujong malam dan solat dibelakangnya lalu baginda saw menarik aku dan meletakkan aku di sejajarnya.”

Ahmad Syakir menghukum hadis ini sahih.

  1. Hadis sahih dr Huzaifah bin Yaman:

صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات ليلة، فافتتح البقرة، فقلت يركع عند المائة، ثم مضى

“ Aku solat bersama Nabi saw pd suatu Malam dan baginda memulakan dgn surah al-Baqarah. Aku berkata dlm hati baginda akan ruku’ selepas habis ayat seratus. Tetapi Nabi saw meneruskan bacaan…

Hadis sahih Muslim.

  1. Hadis sahih dr Anas bin Malik:

أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ له , فَأَكَلَ مِنْهُ , ثُمَّ قَالَ : قُومُوا فَلأُصَلِّ لَكُمْ .
قَالَ أَنَسٌ : فَقُمْتُ إلَى حَصِيرٍ لَنَا قَدْ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ , فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ , فَقَامَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّه صلى الله عليه وسلم وَصَفَفْتُ أَنَا وَالْيَتِيمُ وَرَاءَهُ

“Sesungguhnya Nenek anas Mulaikah menjemput Rasulullah saw utk makan makanan yg dibuatnya (dirumah neneknya) . Baginda pun makan dan berkata “ bangun aku nak solat bersama mu” Aku pun ambil tikar yang sudah hitam, kerana lama digunakan dan aku percik air. Nabi saw pun berdiri dan aku berdiri bersama anak yatim buat saf dibelakang Nabi saw.”

Hadis sahih Bukhari.

KESIMPULAN

Pendapat jumhur lebih tepat dan sesuai di pakai di Negara kita utk mendidik masyarakat utk rajin solat sunat. Namun hendaklah menghormati pendapat lain yang tidak melakukannya.

ALHAMDULILLAH SETELAH HAMPIR SETAHUN SAYA (PU SALMAN) TIDAK MENULIS AKHIRNYA KEMBALI MENULIS. SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG MENYOKONG SAYA DALAM PRGRAM PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA. SEGALA SOALAN BOLEH DIKEMUKAKAN DI DALAM KOMEN