Darulilmi

Home » 2014 » October

Monthly Archives: October 2014

Apa hukum pegang najis seperti anjing dan air kencing tanpa ada keperluan?

PENTING

Ni cite hukum pegang najis tanpa keperluan, bukannya adakah perlu basuh atau tidak. Ulama sepakat kena basuh najis. Satu lagi ni juga pasal pegang najis tanpa keperluan, adapun kalau pegang najis bila ada keperluan seperti basuh najis semasa buang air pun itupun ulama sepakat membenarkan.

ADA DUA PENDAPAT

PENDAPAT PERTAMA

Jumhur ulama terdiri dari mazhab Syafie dan hanafi mengatakan haram hukumnya pegang najis tanpa ada keperluan seperti pegang anjing ,tahi dan sebagainya.

Syeikh Ibnu Hajar al-Haithami (mazhab Syafie) berkata:

حُرِّمَ التَّضَمُّخُ بِالنَّجَاسَةِ

“ Haram melumurkan diri dengan najis.”

Pengarang Hasyiah Ibnu Abidin (mazhab Hanafi) berkata:

أَفْتَى بَعْضُ الشَّافِعِيَّةِ بِحُرْمَةِ جِمَاعِ مَنْ تَنَجَّسَ ذَكَرُهُ قَبْلَ غَسْلِهِ إلَّا إذَا كَانَ بِهِ سَلَسٌ فَيَحِلُّ كَوَطْءِ الْمُسْتَحَاضَةِ مَعَ الْجَرَيَانِ ؛ وَيَظْهَرُ أَنَّهُ عِنْدَنَا كَذَلِكَ لِمَا فِيهِ مِنْ التَّضَمُّخِ بِالنَّجَاسَةِ بِلَا ضَرُورَةٍ لِإِمْكَانِ غَسْلِهِ

Sebahgian ulama Syafie mengatakan haram jimak sesiapa yang bernajis zakarnya sebelum dia membasuhnya kecuali seseorang yang penyakit sentiasa keluar najis barulah harus seperti seseorang yang berjimak dengan wanita yang beristihadah (lebih dari had darah haid) dalam keadaan darah masih keluar. Nyata disisi kami (mazhab hanafi) hukumnya haram juga ( jimak sesiapa yang bernajis zakarnya) kerana ia termasuk dalam hukum berlumur dengan najis tanpa ada keperluan sedangkan dia mampu untuk membasuhnya.

DALIL PENGHARAMAN

Nabi saw bersabda:

تنزهوا من البول، فإن عامة عذاب القبر منه

“ Bersihkan dari kencing sesungguhnya kebanyakan azab kubur darinya.” (kitab aljamius Saghir)

Hadis ini sahih

Imam Munawi dalam kitab faidul qadir dalam menerangkan hadis ini berkata:

فيستدل به على حرمة التضمخ بالبول بلا حاجة، لمنافاته للتنزه عنه

Hadis ini diambil sebagai dalil pengharaman berlumuran dengan najis tanpa ada keperluan kerana ternafi dari suruhan Nabi saw untuk membersihkan dari air kencing.

PENDAPAT KEDUA

Mazhab maliki mengatakan makruh . dalam kitab hasyiah Dusuqi (mazhab Maliki) disebut:

التَّلَطُّخُ بِالنَّجَاسَةِ وهو مَكْرُوهٌ على الْمُعْتَمَدِ

Berlumur dengan najis adalah makruh mengikut pendapat yang kuat.

KESIMPULAN

Islam adalah agama kebersihan . Firman Allah swt:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

222 surah al-Baqarah

Oleh itu pendapat yang haram adalah lebih kuat dan lebih ramai ulamak yang berpegang.

Saya nukilkan fatwa dari laman web islamweb.net versi arab no 188892 yang mana ada orang bertanya tentang hukum membasuh anjing yang dipelihara kerana untuk tujuan keselamatan.

وننبهك إلى أن ما تقومين به من تنظيف للكلب لا يجوز، لأن ملامسة النجاسة لغير حاجة منهي عنها شرعاً،

“ Kami member peringatan kepada kamu bahwa perbuatan kamu membasuh najis adalah haram kerana pegang najis tanpa keperluan adalah dilarang dari sudut syara’

PUASA ARAFAH: IKUT TARIKH 9 ZULHIJJAH ATAU WUKUF DI SAUDI? PENDAPAT DAN DALIL

Perbezaan permulaan zulhijjah dengan arab Saudi: puasa sunat arafah mengikut 9 zulhijjah Malaysia atau ibadah wukuf di arafah. Pandangan ulama dan hujjahnya.

Ulama berbeza pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: hendaklah puasa hari arafah itu mengikut berlakunya wukuf arafah di Saudi bukan 9 zulhijjah di Malaysia.

Antara yang mengeluarkan fatwa ini adalah Lajnah Fatwa Mesir, Lajnah Fatwa Saudi , Syeikh Faisal Maului, Syeikh Husamuddin Afanah dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL:

  1. Nabi saw bersabda:

وعرفة يوم تعرفون

“ Dan Hari Arafah adalah hari manusia mengerjakan wukuf di Arafah.”

Hadis riwayat Baihaqi dan ini hadis Mursal (Daif)

  1. Nabi saw menyandarkan puasa dengan perkataan arafah dalam hadis berikut:

صيام يوم عرفة

“ Puasa hari Arafah.”

Hadis sahih Muslim.

Hadis ini Nabi saw tidak menyandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah tetapi dengan wukuf di arafah.

PENDAPAT KEDUA: Puasa hari Arafah mengikut tarikh 9 zulhijjah di Negara orang yang berpuasa walaupun bertentangan dengan berlakunya wukuf di Arab Saudi.

Ini pendapat sebahgian ulama seperti Syeikh Dr Ahmad alhajji aalkurdi, syeikh Uthaimin, Syeikh Dr Khalid Musyaikih dan lain-lain.

HUJJAH DAN DALIL

  1. Hadis

حديث كريب مولى ابن عباس أن أم الفضل بنت الحارث بعثته في حاجة إلى معاوية بالشام، قال: فقدمت الشام فقضيت حاجتها واستهل علي رمضان وأنا بالشام، فرأيت الهلال ليلة الجمعة، ثم قدمت المدينة في آخر الشهر فسألني عبد الله بن عباس ثم ذكر الهلال، فقال: متى رأيتم الهلال؟ فقلت: رأيناه يوم الجمعة، فقال: أنت رأيته؟ فقلت: نعم، ورآه الناس وصاموا وصام معاوية فقال: لكنا رأيناه ليلة السبت، فلا نزال نصوم حتى نكمل ثلاثين أو نراه، فقلت: فلا تكتفي برؤية معاوية وصيامه؟ فقال: لا هكذا أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Hadis kuraib hamba ibnu Abbas: Ummul Fadl binti Haris menghantarnya ke Syam bertemu Muawiyah di atas satu urusan. Kuraib berkata “ Bila aku sampai Syam dan menunaikan urusannya telah masuk bulan Ramadan. Aku melihat anak bulan malam jumaat. Aku telah sampai ke Madinah di hujong bulan Ramadan. Abdullah Ibnu Abbas bertanya padaku “ Bila engkau lihat anak bulan (Ramadan)? Aku menjawab “ Hari JUmaat.” Ibnu Abbas bertanya “ Engkau yg tengok?” Aku menjawab “ Ya, manusia lain pun melihatnya dan mereka berpuasa, Mu’awiyah pun puasa.” Ibnu Abbas berkata “ Tapi kami lihat pada malam sabtu, dan kami terus berpuasa sampai cukup 30 hari atau Nampak anak bulan Syawal.Aku bertanya:” Adakah tidak cukup berpegang dengan anak bulan yang dilihat oleh Muawiyah serta puasanya?” Ibnu Abbas menjawab “ Tidak , inilah yang Rasulullah saw perintahkan.”

Hadis riwayat Muslim. Sahih

Hadis ini menunjukkan setiap Negara berpuasa mengikut rukyah dan perkiraan negeri masing-masing dan tidak perlu mengikut negeri lain.

  1. Sebahagian isteri Nabi saw telah meriwayatkan:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة

“ Rasulullah saw telah berpuasa pada 9 zulhijjah.”

Hr Abu Daud – Sahih

Dalam hadis ini disandarkan puasa dengan tarikh 9 zulhijjah menunjukkan berpuasa mengikut tarikh bukannya berlakunya wukuf di Arafah.

  1. Dua orang lelaki (salah seorangnya Masruq seorang Tabiien) berkata kepada Aisyah yang berpuasa arafah:

“ Adakah kamu berpuasa ? kemungkinan hari ini adalah hari korban? Aisyah menjawab:

إنما النحر إذا نحر الإمام

“ Hanyasanya hari korban adalah apabila imam melakukan korban.”

Hr Baihaqi dgn Sanad yg jayyid.

Hadis ini menunjukkan perkiraan puasa arafah ialah hari sebelum Imam melakukan korban. Di Malaysia kita buat korban hari Ahad jadi pasti hari Arafah pada hari sebelumnya iaitu Sabtu.

KESIMPULAN

Apapun ini adalah perkara khilafiah yang mana keduanya memiliki hujjah dan dalil masing-masing. Kita tidak perlu bertelagah dan kita hormati pandangan yg lain. Seeloknya kita berpuasa pada hari jumaat dan sabtu untuk meraikan dua pendapat ini. Namun kalau nak pilih salah satu saya cenderung hari sabtu berdasarkan dalil2 diatas dan apa yang disebut oleh Syeikh Qardhawi:

” فإذا أصدرت السلطة الشرعية المسؤولة عن إثبات الهلال في بلد إسلامي ـ المحكمة العليا، أو دار الإفتاء، أو رئاسة الشؤون الدينية، أو غيرها ـ قرارها بالصوم أو بالإفطار، فعلى مسلمي ذلك البلد الطاعة والالتزام ؛ لأنها طاعة في المعروف، وإن كان ذلك مخالفا لما ثبت في بلد آخر،

“ Apabila bihak berkuasa agama yang dipertanggung jawabkan untuk penetapan anak bulan dalam Negara Islam, mahkamah tinggi, majlis fatwa, menteri hal ehwal agama menetapkan untuk puasa atau tidak, hendaklah penduduk Muslim di situ mentaatinya kerana ia termasuk dalam taat pada perkara yang baik, sekalipun menyalahi dengan Negara lain.

SELAMAT BERPUASA HARI ARAFAH DARI PU SALMAN

IKLAN: KELAS DEWASA (BERKITAB) ISNIN , RABU DAN AHAD (9.45 – 11 PM) SEBULAN RM160. PENGAJIAN SEPENUH MASA (UMUR 10 THN KEATAS) UTK MAHIR BAHASA ARAB, BACA KITAB DAN HUKUM2 . (RM350 SEBULAN). CALL PU SALMAN 013 3533 248