Darulilmi

Home » FEKAH KORBAN ATAU AKIKAH » hukum dan dalil 12 isu-isu hukum korban

hukum dan dalil 12 isu-isu hukum korban

  1. Apa hukum korban?

Jumhur ulama (Syafie Maliki dan Hambali) mengatakan ianya sunat berdasarkan hadis:

حديث أم سلمة : ( إذا دخلت العشر وأراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره وبشره شيئا )

“ Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda “ Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw menggunakan perkataan “hendak” menunjukkan ianya bukan wajib.

Imam Syarbini berkata:

“التضحية سنة مؤكدة في حقِّنا، أما في حقه -صلَّى الله عليه وسلم- فواجبة

“ Korban itu sunat muakkad bagi kita dan wajib bagi Nabi Muhammad saw.”

  1. Apakah binatang yang paling afdal untuk dikorbankan?

Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan yang paling baik adalah unta berdasarkan hadis Nabi saw:

من اغتسل يوم الجمعة غسل الجنابة ثم راح، فكأنما قرب بدنة، ومن راح في الساعة الثانية، فكأنما قرب بقرة، ومن راح في الثالثة، فكأنما قرب كبشا أقرن..

“ Siapa yang mandi janabah pada hari jumaat kemudian pergi solat jumaat di awal pagi mendapat pahala seperti orang yang mengurbankan unta, siapa yang pergi jam yang kedua seperti mengurbankan lembu betina , siapa pergi jam yang ketiga keperti mengurbankan biri-bir bertanduk.”

Hadis sahih Bukhari.

  1. Apakah warna binatang yang paling afdal untuk kita pilih dalam korban?

Imam Syarbini berkata:

فالأبيض أفضل، ثم الصفراء، ثم العفراء (وهي التي لا يصفو بياضها)، ثم الحمراء، ثم البلقاء، ثم السوداء

“ Yang afdal ialah warna putih, kemudian kuning, kemudian tidak berapa nak putih, kemudian merah , kemudian campur hitam dan putih dan yang akhir ialah hitam.”

Nabi saw bersabda:

دم عفراء أحب إلى الله من دم سوداوين

“ Darah korban dari binatang yang warna putih yang kurang lebih baik dari hitam.”

Hadis riwayat al-Baihaqi

  1. Apa hukum berkongsi satu binatang tetapi pelbagai niat?

Unta dan lembu boleh dikongsi 7 orang berdasarkan hadis Nabi saw:

نحرنا مع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عام الحديبية البدنة عن سبعة والبقرة عن سبعة

“ Kami buat korban pada tahun hudaibiyah bersama Rasulullah saw tujuh bahagian untuk unta dan tujuh bahagian untuk kambing”

Hadis riwayat Muslim.

Imam Syarbini berkata:

وسواء اتفقوا في نوع القربة أم اختلفوا، كما إذا قصد بعضهم التضحية وبعضهم الهدي، وكذا لو أراد بعضهم اللحم وبعضهم الأضحية

“ Pengharusan 7 bahagian untuk lembu atau unta ini samaada sama tujuan ibadah atau pun berlainan. Seperti mana sebahagian untuk korban dan sebahagian untuk al-Hady (daging yang dibawa ke tanah haram untuk disedekahkan). Demikian juga boleh sebahgian daging untuk dimakan biasa dan sebahagiannya utnuk korban.”

Hujjahnya ialah satu bahagian umpama satu ekor kambing (Imam Syarbini).

  1. Apa hukum orang yang hendak berkorban dia memotong kuku?

Hukumnya makruh dalam mazhab Syafie. Ini berdasarkan hadis Nabi saw:

حديث أم سلمة : ( إذا دخلت العشر وأراد أحدكم أن يضحي فلا يمس من شعره وبشره شيئا )

“ Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda “ Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.”

Hadis sahih Muslim

Imam as-Syirazi berkata dalam kitab al-Muhazzab:

ومن دخلت عليه عشر ذي الحجة، وأراد أن يضحي، فالمستحب أن لا يحلق شعره ولا يقلم أظفاره حتى يضحي

“ apabila masuk bulan zul Hijjah dan sesorang itu hendak berkorban sunat dia tidak mencukur bulu atau rambutnya dan tidak mengerat kukunya sehinggalah dia buat korban.”

  1. Apa hukum makan daging korban sunat?

Sunat makan sebahagian daging korban yang sunat berdasarkan firman Allah swt:

فَكُلُوا مِنْهَا

“ Makanlah sebahagian dari daging korban.”

Ayat 28 surah al-Hajj.

  1. hukum memberi penyembelih sebahgian daging atau kulit sebagai upah?

Haram dalam mazhab Syafie menjadikan kulit atau daging sebagai upah kepada penyembelih berdasarkan hadis dari Ali ra:

أمرني النبي صلى الله عليه وسلم- أن أقوم على البدن، ولا أعطي عليها شيئا في جزارته

“ Nabi saw menyuruhku agar menguruskan korban unta dan agar aku tidak diberikan sebahagian dari unta tadi sebagai upah penyembelihannya.”

Hadis sahih Bukhari.

Imam Nawawi berkata:

ولا يجوز جعل الجلد وغيره أجرة للجزار

“ Haram memberi kulit atau lainnya sebagai upah kepada penyembelih.”

Boleh bagi sekiranya tidak disyaratkan sebagai hadiah atau sedekah. Imam al-Bahuti berkata:

ويجوز أن يهدي له أو يتصدق عليه منها

“ Dan harus menghadiah kepada penyembelih atau bersedekah kepadanya.”

  1. Apabila kita membuat korban apakah pembahgian terbaik untuk kita ambil daging dan agihkannya?

Menurut mazhab Syafie , Hambali dan Hanafi pembahagian terbaik ialah dengan membahaginya kepada tiga bahagian 1. Sendiri. 2. Hadiah kepada yang berkemampuan. 3. Sedekah kepada yang susah. Dalam hadis dari Ibnu Abbas:

ويطعمأهلبيتهالثلث،ويطعمفقـراءجيرانـهالثلـث،ويتصدقعلىالسؤالبالثلث

“ Nabi saw memberikan kepada ahli keluarganya 1/3, memberi kepada jiran yang miskin 1/3 dan bersedekah kepada yang meminta 1/3.”

Hadis hasan riwayat al-Asfahani.

Ibnu Umar berkata:

“ Korban dan Hadiah dibahagi tiga 1. Untuk mu . 2. Keluarga mu . 3. Orang miskin.”

  1. Hukum menyimpan daging korban lebih 3 hari?

Harus hukumnya. Memang ada hadis yang melarang menyimpan daging korban lebih tiga hari tetapi dimansukhkan dengan hadis yang membenarkannya. Jabir ra berkata:

أنهنهىعنأكللحومالأضاحيبعدثلاث،ثمقالبعدذلك :” كلواوتزودواوادخروا

“ Sesungguhnya Nabi saw menegah dari makan daging korban lebih tiga hari. Namun selepas itu Nabi saw membenarkannya dengan berkata “ Makanlah, berbekalllah dan simpanlah (tanpa ada had masa).”

Hadis sahih Muslim.

10. Hukum memberi makan daging korban kepada orang kafir?

Ada hadis yang melarang diberi daging korban kepada orang kafir tetapi hadis ini lemah iaiatu:

لاتطعمواالمشركينمنلحومضحاياكم

“ Jangan bagi makan daging korban kepada orang kafir.”

Hadis riwayat ibnu Adi.

Oleh itu harus memberi daging korban kepada orang kafir seperti mana kebaikan yang lain. Firman Allah swt:

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

“Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan menghalau kamu dari negeri kamu . Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil.”

Ayat 8 surah al-Mumtahanah.

Ini pendapat mazhab Hambali , Abu Hanifah, Abu Thaur , imam nawawi dan Hasan al-Basri.

11. Hukum menjual kulit dan daging korban?

Kebanyakan ulama (syafie , Maliki dan hambali) berpendapat kata haram menjual daging , kulit atau apa saja dari binatang korban. Nabi saw bersabda:

من باع جلد أضحيته فلا أضحية له

“ Siapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tiada pahala korban baginya.”

Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi.

Imam Nawawi berkata dalam kitab majmuk:

“ Disepakai oleh imam syafie dan ulama2nya bahawa haram menjual sesuatu dari al-hady (sembelihan dalam ibadah haji) dan korban samada yg nazar atau yg sunat, samada daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan lain2.

12. Hukum buat korban untuk orang yang dah mati?

Kebanyakan ulama (Mazhab Hambali dan Hanafi) membenarkan korban untuk si mati dengan dalilnya hadis:

أنّ امْرَأةً قَالَتْ: يَا رَسُولَ الله إنّ أُمّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا، وَلَمْ تُوصِ وأراها لو تَكَلَّمَتْ تصَدَّقَتْ، أفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ فَتَصَدّقِي عَنْهَا

“Daripada Aisyah ra beliau berkata: Seorang wanita bertanya “ Ya rasulullah sesungguhnya ibuku terbunuh dan tidak mewasiatkan apa2. Aku rasa kalau dia boleh berkata dia akan bersedekah. Adakah aku boleh bersedekah bagi pihaknya? Nabi saw menjawab “ Ya, sedekahlah untuknya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Seperti mana disunatkan sedekah untuk simati sunat juga korban untuk si mati.

Ibnu Taimiah berkata:

التضحية عن الميت أفضل ويعمل بها كأضحية الحي

“ Korban untuk si mati adalah sangat baik dan diamalkan seperti mana korban untuk orang hidup.”

Adapun dalam mazhab Syafie disyaratkan ada wasiat korban.

Imam Ramli berkata dalam Nihayatul Muhtaj:

ولا تجوز ولا تقع أضحية عن ميت إذا لم يوص بها

Tidak boleh dan tidak sah korban untuk orang mati sekiranya dia tidak mewasiatkannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: