Darulilmi

Home » 2014 » August

Monthly Archives: August 2014

HUKUM DIAM BERTAFAKUR SEBENTAR UTK MENGHORMATI JENAZAH

Hukum diam bertafakur  untuk menghormati jenazah tertentu

Pu salman menjawab:

Ulama berbeza pendapat kepada dua:

Pendapat pertama :

Haram kerana Nabi saw tidak melakukannya dan mereka mengatakan budaya ini diambil dari orang kafir sedangkan Nabi saw bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“ Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari kaum tersebut.”

Hr Abu daud

(Fatwa ulama kerajaan Saudi)

Pendapat kedua:

Harus selagi mana tidak ada ritual keagamaan.

Antara hujjah mereka:

  1. Islam menggalakkan ketika berdiri kepada orang yang mulia yg datang:

قوموا إلى سيدكم

“ Berdirilah untuk pemimpin kamu”

Hadis sahih Bukhari.

Berdiri sebentar untk kematian juga adalah tanda menghormatinya.

  1. Nabi saw berdiri utk jenazah:

مرت به جنازة فقام فقيل له إنها جنازة يهودي فقال أليست نفسا

“ Lalu satu jenazah pada Nabi saw lalu Nabi saw berdiri. Kemudian dikatakan “ itu jenazah yahudi.” Nabi saw menjawab “ bukankah ia satu jiwa (perlu dihormati).”

Hadis sahih Bukhari.

Hadis ini menunjukkan berdiri menghormati mayat adalah dituntut.

3.Adapun berkenaan larangan meniru orang kafir ialah tidak semua perkara yang dari orang kafir itu dilarang.

Ibnu Najim alhanafi berkata dalam kitab البحر الرائق شرح كنز الدقائق

اعلم أن التشبيه بأهل الكتاب لا يكره في كل شيء وإنا نأكل ونشرب كما يفعلون إنما الحرام هو التشبه فيما كان مذموما وفيما يقصد به التشبيه

 

“ Ketahuilah sesungguhnya menyerupai ahli kitab bukanlah dilarang pada semua perkara. Sesungguhnya kita makan, minum seperti mereka. Perkara yang haram ialah menyerupai perkara yang tercela dlm Islam dan dengan niat untuk meniru mereka.”

Contohnya ialah makan pakai sudu, pakai tali leher, selagi mana ia tidak dicela dan tidak niat tiru maka ia diharuskan.

(Fatwa ulama kerajaan Mesir).

Perkara ini ialah diantara perkara yang menjadi masaalah khilafiah yang tidak perlu kita berbalah. Hormatilah pandangan yang lain. Utk jemputan ceramah pu salman (013 3533 248)

 

HUKUM SOLAT SUNAT SECARA BERJEMAAH SEPERTI SOLAT HAJAT, DUHA DAN TAHAJUD

hukum solat sunat hajat, solat witir, solat sunat duha atau solat2 sunat lain yang tidak disunatkan berjemaah dibuat berjemaah.

Solat sunat duha dan solat hajat adalah solat yang tidak disunatkan berjemaah. Namun kebanyakan Ulama mengharuskannya berdasarkan hadis-hadis sahih.

KENYATAAN2 ULAMA

  1. Imam Nawawi (mazhab Syafie)berkata dalam kitab Majmuk:

وأما باقي النوافل كالسنن الراتبة مع الفرائض والضحى والنوافل المطلقة فلا تشرع فيها الجماعة , أي لا تستحب , لكن لو صلاها جماعة جاز , ولا يقال : إنه مكروه وقد نص الشافعي رحمه الله في مختصري البويطي والربيع على أنه لا بأس بالجماعة في النافلة

“ Adapun solat2 sunat yang seperti solat rawatib, solat duha dan solat2 mutlak tidak disyariatkan berjemaah . Maksudnya tidak disunatkan. Namun sekiranya dilakukan berjemaah hukumnya harus dan tidak dikatakan ianya makruh. Imam Syafie telah menyatakan pd dua kitab ringkasan albuwaiti dan ar-Rabie bahwa tidak mengapa solat sunat secara berjemaah.

Syeikh ibnu Quddamah dr mazhab Hambali berkata:

يجوز التطوع جماعة وفرادى، لأن النبي فعل الأمرين كليهما، وكان أكثر تطوعه منفرداً،

“HArus solat sunat secara bersendirian atau berjemaah kerana Nabi saw buat kedua2nya sekali. Namun yang Nabi selalu buat ialah berseorangan.”

Dalam mazhab Maliki juga menyatakan perkara yang sama:

ففي المدونة : عن مالك رحمه الله : ( لا بأس أن يصلي القوم جماعة النافلة في نهار أو ليل , قال : وكذلك الرجل يجمع الصلاة النافلة بأهل بيته وغيرهم لا بأس بذلك )

 Dalam kitab Mudawanah dr Imam Malik: tidak mengapa solat sunat secara berjemaah samada siang atau malam. demikian juga boleh seorang lelaki solat berjemaah dgn ahli keluarganya dan org  lain hukumnya harus.

Dalil-dalil pengharusan:

  1. Hadis sahih bukhari dr Itban bin Malik:

حديث عتبان بن مالك رضي الله عنه ” أن النبي صلى الله عليه وسلم جاءه في بيته بعدما اشتد النهار ومعه أبو بكر رضي الله عنه فقال النبي صلى الله عليه وسلم : أين تحب أن أصلي من بيتك ؟ فأشرت إلى المكان الذي أحب أن يصلي فيه فقام وصفنا خلفه ثم سلم وسلمنا حين سلم ” رواه البخاري ومسلم

Nabi saw datang ke rumah Itban pada waktu matahari sudah panas memancar bersama Abu Bakr. NAbi saw bertanya “ Dimana yg kau suka utk aku solat di rumah mu ini?” Aku pun menunjukkan tempat yang aku suka Nabi saw suka solat disitu. NAbi saw pun berdiri (utk solat) dan kami buat sof dibelakangnya sehingga Nabi saw memberi salam dan kami pun bagi salam.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

  1. Hadis dlm Musnad Imam Ahmad dr Ibnu Abbas:

أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من آخر الليل فصليت خلفه فأخذ بيدي فجرني فجعلني حذاءه

“ Aku berjumpa dgn Nabi saw pd hujong malam dan solat dibelakangnya lalu baginda saw menarik aku dan meletakkan aku di sejajarnya.”

Ahmad Syakir menghukum hadis ini sahih.

  1. Hadis sahih dr Huzaifah bin Yaman:

صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات ليلة، فافتتح البقرة، فقلت يركع عند المائة، ثم مضى

“ Aku solat bersama Nabi saw pd suatu Malam dan baginda memulakan dgn surah al-Baqarah. Aku berkata dlm hati baginda akan ruku’ selepas habis ayat seratus. Tetapi Nabi saw meneruskan bacaan…

Hadis sahih Muslim.

  1. Hadis sahih dr Anas bin Malik:

أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ له , فَأَكَلَ مِنْهُ , ثُمَّ قَالَ : قُومُوا فَلأُصَلِّ لَكُمْ .
قَالَ أَنَسٌ : فَقُمْتُ إلَى حَصِيرٍ لَنَا قَدْ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ , فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ , فَقَامَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّه صلى الله عليه وسلم وَصَفَفْتُ أَنَا وَالْيَتِيمُ وَرَاءَهُ

“Sesungguhnya Nenek anas Mulaikah menjemput Rasulullah saw utk makan makanan yg dibuatnya (dirumah neneknya) . Baginda pun makan dan berkata “ bangun aku nak solat bersama mu” Aku pun ambil tikar yang sudah hitam, kerana lama digunakan dan aku percik air. Nabi saw pun berdiri dan aku berdiri bersama anak yatim buat saf dibelakang Nabi saw.”

Hadis sahih Bukhari.

KESIMPULAN

Pendapat jumhur lebih tepat dan sesuai di pakai di Negara kita utk mendidik masyarakat utk rajin solat sunat. Namun hendaklah menghormati pendapat lain yang tidak melakukannya.

ALHAMDULILLAH SETELAH HAMPIR SETAHUN SAYA (PU SALMAN) TIDAK MENULIS AKHIRNYA KEMBALI MENULIS. SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG MENYOKONG SAYA DALAM PRGRAM PENCETUS UMMAH MUSIM PERTAMA. SEGALA SOALAN BOLEH DIKEMUKAKAN DI DALAM KOMEN