Darulilmi

Home » FEKAH KEKELUARGAAN » Hukum menyusukan Anak

Hukum menyusukan Anak

RAMAI YG TAK TAU WAJIB MEMBERI SUSU MANUSIA KPD BAYI. iNI ADALAH SEPAKAT 4 MAZHAB.

Hukum menyusukan Anak

Ulama empat mazhab bersepakat wajib memberi susu manusia kepada bayi. Tempohnya ialah selagi bayi memerlukan dan tidak lebih 2 tahun.

INi disebut dlm kitab Mausuatul Feqhiah:

جاء في الموسوعة الفقهية (22/239) : ” لا خلاف بين الفقهاء في أنه يجب إرضاع الطفل ما دام في حاجة إليه ، وفي سن الرضاع ” .

Ulama berselisih pendapat tentang siapa yang wajib menyusukan bayi tadi. Adakah ibu atau orang lain.

Ada dua pendapat:-

Pendapat pertama: Tidak wajib ibu menyusu . Bapa wajib cari penyusu dikalangan ibu anak tadi atau dari perempuan lain. sekiranya ibu enggan menyusu, bapa wajib mencari penyusu lain.

Ini pendapat mazhab Syafie dan Hambali. Mereka mewajibkan ibu menyusu sekiranya ada salah satu sebab:

  1.     Bapa tiada duit mengupah penyusu lain.
  2.   Ada duit tapi tiada penyusu yang mahu.
  3.    Sianak tak mahu penyusu selain ibunya.

Pendapat Kedua: Wajib Ibu sendiri menyusu. Ini mazhab Hanafi dan Maliki.

Dalil wajib menyusu 233 surah al-Baqarah

والوالدات يرضعن أولادهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم الرضاعة

Hak  ibu meminta upah susuan

Mazhab syafie dan Hambali  memberikan hak kpd isteri yg menyusukan anaknya untuk meminta upah susuan mengikat harga semasa. Ini berdasarkan ayat Quran:

 فإن  أرضعن لكم فآتوهن أجورهن

“Sekiranya isteri2 menyusukan untuk anak2 suaminya hendaklah kamu (para suami) membrikan upahnya.” At-Talak ayat 6

KESIMPULAN

WAJIB BAPA MENCARI SUSU MANUSIA UNTUK ANAKNYA. SUNATNYA IBU YANG MENYUSUKAN. MASANYA SAMPAI SI ANAK SUDAH TIDAK MAHU SUSU IBU ATAU DAH LEBIH UMUR 2 TAHUN (YANG MANA SATU DULU). SIIBU YANG MENYUSU BERHAK MEMINTA UPAH SUSU MENGIKUT HARGA SEMASA.


2 Comments

  1. […] satu rujukan blog di alam maya, Darulilmi , menceritakan  ulama 4 mazhab bersepakat wajib memberi susu ibu kepada bayi yang dilahirkan. […]

  2. Mazni Azmi says:

    Susu ibu memang terbaik.

    Assalamu’alaikum Wrmbth,

    Menyusu badan memang akan jadikan ibu lebih kuat kan. Bukan senang nak berterusan menyusukan ibu.

    Untung betul ibu dan anak zaman dulu.

    Dari pengalaman mazni sendiri.. nak menyusu badan sangat dibantu oleh pam susu yang berkualiti.

    Dulu masa anak pertama pakai pam murah je. susu pun segan segan nak keluar. sampai teruk bengkak susu.

    Anak kedua ada rezeki lebih dapat beli pam susu medela lifestyle. memang berbaloi.

    Campur pula dengan khasiat makanan sunnah danseperti kurma dan madu.. dan juga set menyusu shaklee lengkap .. Alhamdulillah setakat ni pengeluaran susu memang meriah.

    Memang menyusu badan perlukan pengorbanan usaha dan masa dan wang ringgit. DAn semestinya ia berbaloi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: