Darulilmi

Home » 2013 » September

Monthly Archives: September 2013

Hukum menyusukan Anak

RAMAI YG TAK TAU WAJIB MEMBERI SUSU MANUSIA KPD BAYI. iNI ADALAH SEPAKAT 4 MAZHAB.

Hukum menyusukan Anak

Ulama empat mazhab bersepakat wajib memberi susu manusia kepada bayi. Tempohnya ialah selagi bayi memerlukan dan tidak lebih 2 tahun.

INi disebut dlm kitab Mausuatul Feqhiah:

جاء في الموسوعة الفقهية (22/239) : ” لا خلاف بين الفقهاء في أنه يجب إرضاع الطفل ما دام في حاجة إليه ، وفي سن الرضاع ” .

Ulama berselisih pendapat tentang siapa yang wajib menyusukan bayi tadi. Adakah ibu atau orang lain.

Ada dua pendapat:-

Pendapat pertama: Tidak wajib ibu menyusu . Bapa wajib cari penyusu dikalangan ibu anak tadi atau dari perempuan lain. sekiranya ibu enggan menyusu, bapa wajib mencari penyusu lain.

Ini pendapat mazhab Syafie dan Hambali. Mereka mewajibkan ibu menyusu sekiranya ada salah satu sebab:

  1.     Bapa tiada duit mengupah penyusu lain.
  2.   Ada duit tapi tiada penyusu yang mahu.
  3.    Sianak tak mahu penyusu selain ibunya.

Pendapat Kedua: Wajib Ibu sendiri menyusu. Ini mazhab Hanafi dan Maliki.

Dalil wajib menyusu 233 surah al-Baqarah

والوالدات يرضعن أولادهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم الرضاعة

Hak  ibu meminta upah susuan

Mazhab syafie dan Hambali  memberikan hak kpd isteri yg menyusukan anaknya untuk meminta upah susuan mengikat harga semasa. Ini berdasarkan ayat Quran:

 فإن  أرضعن لكم فآتوهن أجورهن

“Sekiranya isteri2 menyusukan untuk anak2 suaminya hendaklah kamu (para suami) membrikan upahnya.” At-Talak ayat 6

KESIMPULAN

WAJIB BAPA MENCARI SUSU MANUSIA UNTUK ANAKNYA. SUNATNYA IBU YANG MENYUSUKAN. MASANYA SAMPAI SI ANAK SUDAH TIDAK MAHU SUSU IBU ATAU DAH LEBIH UMUR 2 TAHUN (YANG MANA SATU DULU). SIIBU YANG MENYUSU BERHAK MEMINTA UPAH SUSU MENGIKUT HARGA SEMASA.

Hukum bela anjing

Hukum bela anjing

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ أمْسَكَ كَلْباً فَإنَّهُ يَنْقُصُ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطٌ إِلاَّ كَلْبَ حَرْثٍ أوْ مَاشِيَةٍ. رواه البخاري [5/6] و مسلم [10/240

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yg memlihara anjing akan berkurangan pahalanya setiap hari satu qirat melainkan anjing untuk memelihara tanaman atau memilihara binatang ternakan. Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

 عن عبد الله بن مغفل رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً إِلاَّ كَلْبَ صَيْدٍ أوْ كَلْبَ غَنَمٍ أوْ كَلْبَ زَرْعٍ فَإِنَّهُ يَنْقُصُ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطَانِ.
رواه الترمذي [4/80]و النسائي [7/185]و ابن ماجه [2/1069]، وحسَّنه الترمذي.

“ Sesiapa yang membela anjing melainkan anjing berburu, anjing jaga kambing atau anjing jaga tanaman akan berkurangan pahala amalannya setiap hari 2 qirat.”

Khilaf Ulama

Ulama berselisih pendapat terhadap hokum membela anjing sebagai binatang peliharaan.

PERTAMA: HARAM. Ini adalah pendapat mazhab Syafie, Hambali dan Hanafi.

KEDUA: MAKRUH. Ini pendapat mazhab Maliki.

PENDAPAT YANG KUAT ADALAH HARAM

Berikut adalah diantara kenyataan ulama dari pelbagai mazhab yang mengatakan haram bela anjing tanpa keperluan.

أ- قال الإمام ابن قدامة – رحمه الله تعالى – : ولا يجوز اقتناء الكلب إلا كلب صيد أو كلب ماشية أو حرث. [المغني : 6/ 356 ] .
ب- قال الإمام النووي – رحمه الله تعالى – : قال الشافعي والأصحاب : لا يجوز اقتناء الكلب الذي لا منفعة فيه. ( المجموع : 9/ 221 ] .
وقال أيضاً : أما اقتناء الكلاب فمذهبنا أنه يحرم اقتناء الكلب بغير حاجة . [ شرح صحيح مسلم: 10/ 236 ] . وقال أيضاً : أما اقتناء الكلاب فمذهبنا أنه يحرم اقتناء الكلب بغير حاجة . [ شرح صحيح مسلم : 10/236 ] .
ت- قال الإمام ابن تيمية – رحمه الله تعالى – : … لم يبح اقتناء الكلب إلا لضرورة لجلب منفعة كالصيد أو دفع مضرة عن الماشية والحرث . [ مجموعة الفتاوى : 32/ 162 ]

BELA ANJING NAK JAGA RUMAH

Imam Nawawi berkata:

اختلف في جواز اقتنائه لغير هذه الأمور الثلاثة كحفظ الدور والدروب، والراجح: جوازه قياساً على الثلاثة عملاً بالعلَّة المفهومة من الحديث وهي: الحاجة

Ulama berselisih pendapat tentang hokum memelihara anjing untuk tujuan selain dari tiga yg disebut dlm hadis (jaga tanaman, binatang ternakan dan berburu). Pendapat yg kuat mengatakan harus kerana diqiaskan dgn sebab diharuskan bela anjing dalam hadis iaitu keperluan.