Darulilmi

Home » FEKAH PERHIASAN DAN KECANTIKAN » hukum mewarna rambut

hukum mewarna rambut

Berdasarkan soalan yg diajukan di face book (pusat pengajian darul ilmi)
Mewarna rambut biasanya disebabkann dua perkara:
1. Rambut beruban
2. Ingin mecantikkan rambut yang hitam (walaupun tiada uban)

Harus mewarna rambut dgn kedua2 sebab diatas.

Ini berdasarkan Hadis berikut:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصبغ بالصفرة , ولم يكن قد ظهر برأسه ولا لحيته شيب . [ البخاري – كتاب اللباس حديث رقم 5851 ]
Sesungguhny Nabi saw mewarna rambutnya dengan warna kuning dalam keadaan rambut dan janggutnya tidak beruban. hadis sahih bukhari
حديث أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: «إن اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم
“ Sesungguhnya orang yahudi dan Nasrani tidak mewarna rambut dan janggut mereka, hendaklah kamu mewarna.” hadis sahih bukhari muslim

Berikut adalah etika mewarna rambut:
1. Hendaklah menjauhi dari mewarna rambut dengan hitam bagi orang tua yg beruban.

: لما رواه الإمام مسلم في صحيحه عن جابر بن عبد الله قال : أتي بأبي قحافة يوم فتح مكة ورأسه ولحيته كالثغامة بياضاً فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( غيّروا هذا واجتنبوا السواد ) . [ رواه مسلم , كتاب اللباس والزينة , حديث رقم 1202 ] .
Jabir berkata: Abu bakar assiddiq dating dalam keadaan rambut dan janggut nya putih seperti pokok thagamah (pokok yg buahnya warna putih) di puncak gunung). Rasulullah saw bersabda: Ubahla warna rambutu ini dan jauhi dari warna hitam.

ولما روي عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( يكون قوم في آخر الزمان يخضبون بالسواد كحواصل الحمام لا يريحون رائحة الجنة ) . [سنن أبي داود – كتاب الترجل – باب ما جاء في خضاب السواد , حديث رقم 4194 , وقال ابن حجر الهيثمي: إسناده جيد . مجمع الزوائد ومنبع الفوائد – لابن حجر الهيثمي 5/161 ,
Nabi saw bersabda “ Pada akhir zaman ada sekumpulan manusia yang mewarna rambutnya dgn hitam seperti dada2 burung merpati , mereka tidak mencium bau syurga.

2. Hendaklah pewarna yang mewarna rambut yg sementara, kearana yang kekal dianggap mengubah ciptaan Allah yg dilarang. Ini dilarang seperti dlm ayat 119 surah an-Nisaa.

“(Sumpahan iblis) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

(119 : An-Nisa)

3. Sang isteri mesti meminta izin dari suaminya terlebih dahulu.

4. Makruh sekiranya orang muda mewarna rambutnya dengan warna uban. Ini pandangan ulama syafie seperti disebut dalam kitab majmuk.

5. Hendaklah tidak menggunakan bahan pewarna yang boleh merosakkan kesihatan.

6. Hendaklah bukan wanita yang kematian suaminya sebelum 4 bulan 10 hari. Nabi saw bersabda:
عن أم عطية أنها قالت : ” كُنا نُنهى أن نحد على ميت فوق ثلاث إلا على زوج أربعة أشهر وعشراً , ولا نكتحل ولا نتطيب ولا نلبس ثوباً مصبوغاً إلا ثوب عصب ” . [ رواه البخاري – كتاب الحيض , باب الطيب للمرأة , حديث رقم 313 , مسلم – كتاب اللباس والزينة , باب وجوب الإحداد في عدة الوفاة , حديث رقم 938 ] .

Ummu atiah berkata “ Kami ditegah untuk berkabung di atas satu kematian lebih dari tiga hari kecuali untuk suami hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari tidak boleh bercelak tidak boleh berwangi2 dan tidak boleh memakai pakaian dicelup dengan warna melainkan pakaian asb (sejenis pakaian dr yaman).” Hadis sahih bukhari(313) dan Muslim (938)

7. Tidak meniru stail rambut orang jahat. Nabi saw bersabda:

من تشبه بقوم فهو منهم
“ Sesiapa yg meniru sesuatu maka dia tergolong dr kaum itu.” Hadis Abu Daud (4031)

أخر برنامجي:
الأول: الحوار المفتوح مع طلبة UIA PJ في مسجد كوليج اسلام ملايا يوم الجمعة بعد المغرب. سأكون متحدث مع أستاذ دون دانيال. دعوة للجميع

الثاني: دورة سريعة لكتابي متن أبي شجاع ومتن الأربعين يوم السبت والأحد في الساعة العاشرة صباحا حتى الساعة الحادية ظهرا مسجد كوليج اسلام ملايا. وتولية إجازة السند بعد ختام الكتاب

الثالث: درس أسبوعي لكتاب الفقه ” متن المقدمة الخضرمية” في مدينة حسين أون يوم الأحد في الساعة الثامنة صباحا

Programku (US SALMAN MASYKURI) terkini:
1. talk show bersama mahasiswa UIA PJ di masjid kolej islam Malaya pd hari jumaat lepas maghrib. Saya akan menjadi panel bersama us don danial. Jemputan utk semua
2. Pengajian kilat dua kitab matan abi syuja’ (fekah) dan matan arbain (hadis 40) pd hari sabtu dan ahad dr pkl 10 – 1 tengahari di masjid kolej Islam klang. Pengijazahan sanad kitab setelah habis belajar.
3. pengajian mingguan utk kitab “matan al-muqaddimah al-khadramiah” di Bandar husin on pada hari ahad pkl 8 pagi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: