Darulilmi

Home » 2013 » January

Monthly Archives: January 2013

Hukum mempercepatkan mengeluarkan zakat harta sebelum cukup haul

INTRO
Seorang muslim itu tidak wajib mengeluarkan zakat harta sehinggalah sampai cukup setahun qamariah (tahun hijrah). Adakah sah kepadanya membayar zakat sebelum cukup setahun. Inilah yg menjadi perselisihan pendapat dikalangan ulama.

KHILAF ULAMA
Ulama telah berselisih pendapat tentang hukum mempercepatkan bayaran zakat kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus mengeluarkan zakat sebelum sampai cukup haul. Ini pendapat kebanyakan ulama seperti mazhab Syafie, Hanafi, Hambali, Said bin Jubair, azzuhri, Hasan albasri dan lain-lain.

DALIL PENGHARUSAN MEMPERCEPAT BAYAR ZAKAT:
Dalil 1:

أن العباس بن عبد المطلب عم رسول الله صلى الله عليه وسلم ، سأل الرسول عليه الصلاة والسلام في تعجيل صدقته قبل أن تحلَّ ، فرخص له في ذلك ) رواه الترمذي وأبو داود وغيرهما . وقال الإمام النووي: ” وإسناده حسن ” المجموع 6/145

“ Sesungguhnya Abbas bin Abdul Muttalib Pakcik Rasulullah saw bertanya kepada baginda saw tentang hukum mempercepatkan zakat sebelum tiba waktunya. Baginda saw membenarkannya.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi dgn sanad yg dinyatakan oleh Imam Nawawi sebagai “Hasan”

Dalil 2: Nabi saw berkata kepada Umar bin Khattab:

إنا أخذنا زكاة العباس عام الأول للعام ) رواه أبو داود والترمذي

“ Sesungguhnya Kami telah mengambil zakat Abbas setahun lebih awal.”
Hadis hasan Sahih riwayat Abu Daud Dan Tirmizi.

KAEDAH FEKAH:

لله تبارك وتعالى حق على العباد في أنفسهم وأموالهم: فالحق الذي في أموالهم إذا قدَّموه قبل محلّه: أجزأهم

Allah swt mempunyai hak yg wajib ditunaikan oleh hamba2nya pada diri dan harta mereka. Hak harta yang mereka tunaikan sebelum sampai masanya adalah sah.

Kaedah ini diambil dari ayat yang membenarkan bayar mut’ah penceraian sebelum cerai dan hadis yg membenarkan bayar kafarah sebelum langgar. Ayat dan hadis adalah seperti berikut:

Ayat 29 surah al-ahzab:

فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

“Marilah kubayar mut’ah dan ceraikan kamu dengan cara yang baik.”

مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ ، فَرَأَى غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا ، فَلْيَأْتِهَا وَلْيُكَفِّرْ عَنْ يَمِينِهِ

“Sesiapa yang bersumpah tetapi dia berpandangan melanggar sumpah lebih baik hendaklah dia Bayarl kaffarah dan buatlah yang lebih baik yang melanggar sumpah itu.” 1650 sahih Muslim

PENDAPAT KEDUA: Tidak sah membayar zakat harta sebelum sampai masanya. Ini pendapat mazhab Maliki, Daud , Hasan dan ibnu Munzir.

DALIL PENDAPAT KEDUA:

Hadis berikut:

لا زكاة على مال حتى يحول عليه الحول

“Tidak wajib zakat pada harta sehinggalah berlalunya setahun” Hr Abu Daud , Ahmad dan Baihaqi.

Ulama maliki mentafsirkan hadis ini dgn tidah sah zakat adapun ulama lain mentafsirkan dengan tidak wajib bukannya tak sah.

KESIMPULAN

pEndapat kebanyakan ulama yang mengatakan sah zakat yang dikeluarkan sebelum cukup setahun adalah pendapat yg lebih kuat.

Hukum solat dalam ka’bah

Ulama berselisih pendapat terhadap hukum ini kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Sah solat orang yang solat dalam ka’bah samada solat fardu atau solat sunat. Ini pendapat mazhab Syafie dan Hanafi.

DALIL pendapat pertama:

Hadis Ibnu Umar:

دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم البيت هو وأسامة بن زيد وبلال وعثمان بن طلحة فأغلقوا عليهم، فلما فتحوا كنت أول من ولج، فلقيت بلالا فسألته: هل صلى فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال نعم، بين العمودين اليمانيين

“ Rasulullah saw masuk ke dalam ka’bah bersama Usamah bin zaid, Bilal dan Usman bin talhah dan mereka menutup pintu ka’bah. Bila mereka membukanya , akulah (ibnu umar) yang mula2 masuk dan bertemu dgn Bilal. Lalu aku bertanya kepadanya “ Adakah Rasulullah saw solat di dalamnya?” Bilal menjawab “ Ya, iaitu diantara dua tiang yamani.”

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

PENDAPAT KEDUA: Tidak sah solat fardu di dalam ka’bah dan sah solat sunat. Ini adalah mazhab Hambali dan Maliki.

DALIL PENDAPAT KEDUA:

Firman Allah swt:

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.”
Ayat 149 surah al-Bqarah

Ibnu qudamah menyebut: Ayat ini menunjukkan tidak sah solat di dalam dan diatas ka’bah kerana tidak dinamakan menghadap kea rah kiblat.

Hadis Ibnu Abbas:

أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا دَخَلَ الْبَيْتَ دَعَا فِي نَوَاحِيهِ كُلِّهَا ، وَلَمْ يُصَلِّ فِيهِ ، حَتَّى خَرَجَ ، فَلَمَّا خَرَجَ رَكَعَ فِي قُبُلِ الْبَيْتِ رَكْعَتَيْنِ ، وَقَالَ : هَذِهِ الْقِبْلَةُ ” ، قُلْتُ لَهُ : مَا نَوَاحِيهَا ، أَفِي زَوَايَاهَا ، قَالَ : ” بَلْ فِي كُلِّ قِبْلَةٍ مِنَ الْبَيْتِ “
Hadis sahih Muslim No 1333

Sesungguhnya Nabi saw apabila masuk ke ka’bah , baginda berdoa di semua sudut dan tidak solat di situ sampailah baginda keluar. Apabila keluar baginda solat dua rakaat di hadapan ka’bah. Baginda berkata “ Ini adalah kiblat.” Aku bertanya “ Bagaimana dengan kawasan sekelilingnya?” Nabi saw menjawab “ Bahkan seluruhnya adalah kiblat.”

Kesimpulan

Kaedah menyatakan apabila bertembung bila bertembung nas yang mengiakan (المثبت) dan nas yg menafikan (النافي) maka diutamakan nas yg mengiakan. Ini kerana kemungkinan perawi yg menafikan itu tidak melihat seluruh perbuatan Nabi saw. Ia seperti hadis Aisyah yang menafikan Nabi saw kencing berdiri dan Hadis Huzaifah yg mana Nabi saw kencing berdiri ditempat sampah. Oleh itu pendapat pertama dipilih. Apapun kita perlu menghormati kedua pendapat2 ini.
Rujukan kitab:Ahkam wa khasais alharamain oleh Dr Ali alqa’idi dan Mausuah Feqhiah alkuwaitiah.

PUSAT PENGAJIAN DARUL ILMI MEMERLUKAN SUMBANGAN WANG UNTK RENOVATION , KEMUDAHAN SEPERTI TILAM, RAK, BUKU2 RUJUKAN, BAHAN2 MENTAH MAKANAN DAN LAIN. SEGALA SUMBANGAN BOLEH DI MASUKKAN KE AKAUN MAYBANK 562209622729 DARUL ILMI CONSULTANCY & SERVICES

KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI KHIDMAT ILMU . UTAMANYA ADALAH KELAS PENGAJIAN TALAQI BERKITAB DAN BERSANAD UNTUK UMUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. IA MELIBATKAN VIP , PROFESIONAL, PEKERJA DAN PESARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. MEREKA HANYA BELAJAR PADA PAKEJ PERTAMA SIANG HARI (9.30 PAGI – 11.45 ISNIN HINGGA JUMAAT) KEDUA PAKEJ HUKUM HAKAM (ISNIN RABU KHAMIS MALAM 9.30 – 11) DAN PAKEJ JUMAAT DAN AHAD (9.30 MALAM -11). SILA LIHAT JADWAL DAN NAMA KITAB DI LAMAN UTAMA DAN ENTRI PENGAJIAN.

SISTEM KEDUA IALAH PELAJAR SEPENUH MASA BERUMUR 13 TAHUN KEATAS YG AKAN MENGIKUTI SEMUA PENGAJIAN DISINI DAN DILATIH UTK MENGHAFAL DALIL2 DR QURAN DAN HADIS DAN MENGHAFAL MATAN2 ILMU AGAMA TURATH SEHINGGA MENJADI ULAMA. PELAJAR INI AKAN DUDUK DISINI SEPENUHNYA. AKAN DIHANTAR KE LUAR UNTUK MASUK UNIVERSITI TIMUR TENGAH.

KAMI JUGA MEMBANGUNKAN PUSAN KAJIAN FEKAH DAN ILMU ISLAM UNTUK MENJAWAB SEMUA PERSOALAN DAN ISU LAMA DAN SEMASA DALAM SEMUA BIDANG. SUMBANGAN UTK MEMBELI BUKU ARAB AMAT DIPERLUKAN.

Hukum solat sunat sebelum magrib

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum ini kepada tiga pendapat:-
PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Syafie dan ulama Zahiri.
Dalil pendapat pertama ini:
1. Hadis Nabi saw dari Abdullah almuzani

صَلُّوا قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ . – قَالَ فِي الثَّالِثَةِ -: لِمَنْ شَاءَ ، كَرَاهِيَةَ أَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً

“ Solatlah sebelum magrib , Solatlah sebelum magrib, Solatlah sebelum magrib bagi sesiapa yang hendak.” Baginda takut manusia menganggapnya sebagai suatu sunnah (keawajipan).

Hadis sahih Bukhari (1183)
Imam Tobari berkata:

لمْ يُرِدْ نَفْي اِسْتِحْبَابهَا ،لِأَنَّهُ لَا يُمْكِنُ أَنْ يَأْمُرَ بِمَا لَا يُسْتَحَبُّ , بَلْ هَذَا اَلْحَدِيث مِنْ أَقْوَى اَلْأَدِلَّةِ عَلَى اِسْتِحْبَابِهَا , وَمَعْنَى قَوْلِهِ ” سُنَّة ” أَيْ شَرِيعَة وَطَرِيقَة لَازِمَة

Dari hadis ini Nabi saw tidak bermaksud menafikan sunat solat ini. Ini kerana tidak mungkin baginda menyuruh perkara yang bukan sunat. Bahkan hadis ini adalah sekuat-kuat dalil tentang sunatnya solat sebelum magrib. Maksud sunnah dalam hadis ini ialah syariat yang diwajibkan.

2. Hadis dari Anas bin Malik:

لَقَدْ رَأَيْتُ كِبَارَ أَصْحَابِ النَّبِي صلى الله عليه وسلم يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِي عِنْدَ الْمَغْرِبِ

“ sesungguhnya aku melihat sahabat-sahabat yabg terbilang segera mendapatkan tiang2 untuk solat sebelum maghrib.”

Hadis sahih Bukhari (503)

PENDAPAT KEDUA: Tidak disyariatkan solat ini. Ulama mazhab hanafi mengatakan ianya khilaful aula (tidak afdal) dan ulama Maliki mengatakan makruh.

Dalil mereka:- Hadis dari Ibnu Umar:

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ فَقَالَ: مَا رَأَيْتُ أَحَدًا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيهِمَا

“ Ibnu Umar ditanya tentang solat sebelum magrib. Beliau menjawab “ Aku tidak pernah sesiapa pun yang melakukannya di zaman Nabi saw.”
Hr abu Daud (1284)

PENDAPAT KETIGA: Harus solat dua rakaat sebelum maghrib. Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalil mereka adalah hadis dari Anas bin Malik ra:

كُنَّا نُصَلِّي عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ غُرُوبِ الشَّمْسِ قَبْلَ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ ، فَقُلْتُ لَهُ : أَكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّاهُمَا ؟ قَالَ : كَانَ يَرَانَا نُصَلِّيهِمَا فَلَمْ يَأْمُرْنَا ، وَلَمْ يَنْهَنَا

“ Kami dahulu solat sunat selepas masuk magrib dan sebelum solat fardu magrib. Aku pun bertanya kepadanya “ Adakah Rasulullah saw melakukannya?” Anas ra menjawab “ Baginda melihat kami melakukannya , baginda tidak menyuruh kami dan tidak melarangnya.”
Hadis sahih Muslim (836)

Kesimpulan

Pendapat kuat ialah pendapat pertama yang menyatakan sunatnya solat sebelum magrib. Apa pun kita menghormati pendapat lain.