Darulilmi

Home » 2012 » December » 21

Daily Archives: December 21, 2012

Hukum Pertandingan yang menawarkan hadiah dari bayaran peserta

قد سألني صديقي الكريم الشيخ أمين الدين عبد الرحيم عضو مجلس الفتوى بمحافظة قدح ومساعد في KUIN  – عندما أزوره يوم الثلاثاء – عن أقوال العلماء في حكم المسابقة بالعوض من المتسابقين فيسرني أن أجيبه كما يلي

TERJEMAHAN: Sahabatku syeikh aminuddin abdul rahim ahli majlis fatwa kedah dan juga tutor di Insaniah – semasa aku menziarahinya pada hari selasa –bertanya tentang pandangan para ulama tentang hukum pertandingan dengan hadiah dari peserta, maka aku menjawabnya seperti berikut:-

ULAMA BERSEPAKAT HARUSNYA HADIAH SEKIRANYA DARI PIHAK YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PERTANDINGAN

Khilaf Ulama: Ulama berselisih pendapat pada hukum pertandingan yang mana hadiah dari setiap peserta yang bertanding. Ada empat pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus pertandingan yg ada hadiah dari duit peserta sekiranya ada muhallil (peserta yang tidak membayar duit tetapi mendapat hadiah yg sama sekiranya dia menang). Ini pendapat Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali.

Dalil mereka:

مَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ يَعْنِي وَهُوَ لَا يُؤْمَنُ أَنْ يَسْبِقَ فَلَيْسَ بِقِمَارٍ ، وَمَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ وَقَدْ أُمِنَ أَنْ يَسْبِقَ فَهُوَ قِمَارٌ

Siapa bertanding kuda yang mana salah satu peserta tadi tidak membayar tidak dianggap sebagai pertaruhan dengan syarat peserta yang tidak membayar itu mampu untuk menandingi peserta lain. Sekiranya peserta dan kudanya lemah dan tidak mampu menandingi peserta lain itu dianggap pertaruhan.

Hadis riwayat Abu Daud (2579)

PENDAPAT KEDUA: hARAm pertandingan yang mana peserta-pesertanya membayar duit hadiah samada ada muhallil atau tidak. Ini Mazhab Maliki

Dalilnya adalah ini adalah termasuk pertaruhan dan perjudian yang diharamkan tuhan dalam ayat 90 surah al-Maidah:

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

PENDAPAT KETIGA: hARam pertandingan yang mana hadiahnya dari peserta kecuali pertandingan sahaja berdasarkan hadis Abu Daud yang telah lepas. Ini pendapat Ibnu Hazm Az-Zahiri.

PENDAPAT KEEMPAT: harus pertandingan dengan adanya hadiah yang datang dari peserta. Ini pendapat Ibnul Qayyim dan Ibnu Taimiah.

Dalilnya:

حديث أبي لبيد : أتينا أنس بن مالك فقلنا : أكنتم تراهنون على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : نعم لقد راهن رسول الله صلى الله عليه وسلم على فرس يقال لها : سبحة جاءت سابقة ، فبهش لذلك ، وأعجبه

Hadis dari Abu Labid: Kami berjumpa dengan Anas bin Malik dan bertanya “ Adakah kamu bertaruh di zaman Rasulullah saw? Anas menjawab “ Ya, sesungguhnya Rasulullah saw bertaruh terhadap kuda yang dinamakan yang bernama sabhah. Kuda itu mendahului yang menyebabkan baginda gembira dan kagum dengannya.”

Hadis riwayat imam Ahmad (12564) Haithami berkata perawi2nya semuanya dipercayai.

KESIMPULAN

PENDAPAT JUMHUR YANG MENGHARAMKAN PERTANDINGAN YANG ADA HADIAH DARI BAYARAN SEMUA PESERTA ADALAH DIHARAMKAN. ADAPUN HADIS YANG DIGUNAKAN OLEH PENDAPAT KEEMPAT IALAH QIMAR YANG BERMAKSUD PERLUMBAAN DAN BUKANNYA PERTARUHAN.

إن شاء الله ساقوم بإلقاء الدورة الكثفة عن الأربعين النووية مع إجازة السند في KUIS  بدأ من التاسعة صباحا يوم السبت إلى الساعة الحادية عشر ليلا يوم الأحد. للمعلومات افتح موقع Face book pusat pengajian darul ilmi

Insyaallah saya akan menyampaikan pengajian intensif hadis 40 beserta sanad di kolej university Islam Selangor bermula 9 pagi sabtu 22/12 sehingga ahad 11 malam. Utk maklumat berkaitan sila buka facebook pusat pengajian darul ilmi.