Darulilmi

Home » FEKAH SOLAT » Hukum solat qabliah jumuat

Hukum solat qabliah jumuat

Synopsis: Seorang sahabat lama saya call dan Tanya pasal hukum ni. Kawan dia ada cakap ada dengar kat tv tak boleh solat sunat semasa khutbah.

Salman al-misri menjawab:

Prof Dr abdul malik as-sa’di (ulama Iraq) Dr syed Ali nuh (mufti Jordan) berkata solat ini tidak boleh dikategori bid’ah kerana ulama bersepakat bahwa disyariatkan solat sunat sebelum jumaat. Cuma ulama berselisih pendapat adakah itu solat mutlak atau solat sunat rawatib.

DALIL MENGATAKAN ADA SOLAT SUNAT SEBELUM JUMAAT

لا يغتسل رجل يوم الجمعة ويتطهر ما استطاع من طهر، ويدهن من دهنه، أو يمس من طيب بيته ثميخرج فلا يفرق بين اثنين، ثم يصلي ما كتب له، ثم ينصت إذا تكلم الإمام: إلا غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى

“ Seseorang yang mandi pada hari jumaat dan bersuci sekadar mana dia mampu, meminyak rambutnya atau memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid dgn tidak memisahkan diantara orang yg hadir solat, kemudian solat sunat dan diam mendengar khutbah pasti akan diampunkan dosanya sehingga jumaat akan datang.” Hadis sahih Bukhari

Malahan ketika sedang khubah pun disunatkan untuk solat sunat berdasarkan hadis:

عن جابر بن عبد الله قال جاء رجل والنبي صلى الله عليه وسلم يخطب الناس يوم الجمعة فقال أصليت يا فلان قال لا قال قم فاركع ركعتين

Dari Jabir bin Abdullah ra berkata “Seorang lelaki datang ke masji ketika Nabi saw sedang berkhutbah hari jumaat. Nabi saw bersabda “ Adakah engkau sudah solat?” Dia menjawab “ Belum” Nabi saw bersabda “ Bangun solat dua rakaat.” Hadis sahih Bukhari 888

Dari Hadis ini , CUBA KITA LIHAT APA YANG DISEBUT IMAM IBNU RAJAB:

بعد زوال الشمس وقبل خروج الإمام – يعني يوم الجمعة -: هذا الوقت يستحب الصلاة فيه بغير خلاف نعلمه بين العلماء سلفا وخلفا، ولم يقل أحد من المسلمين إنه يكره الصلاة يوم الجمعة، بل القول بذلك خرق لإجماع المسلمين

Selepas gelincir matahari pada hari jumaat adalah waktu yang disunatkan solat  tanpa ada khilaf dikalangan ulama salaf dan khalaf. Tidak ada mana-mana ulama mengatakan makruh solat sunat hari jumaat. Bahkan jika ada , ini pendapat menyalahi ijmak ulama islam.

Ibnu taimiah pun tidak menafikan adanya solat sunat sebelum jumaat dalam kata2nya:

المأثور عن الصحابة أنهم كانوا إذا أتوا المسجد يوم الجمعة يصلون من حين يدخلون ما تيسر فمنهممن يصلي عشر ركعات ومنهم من يصلي اثنتي عشرة ركعة ومنهم من يصلي ثمان ركعات ومنهم من يصلي أقل من ذلك

“Sahabat2 NAbi saw apabila masuk ke masjid mereka akan solat apa yang mereka nak buat, ada yg solat 10 rakaat, 12 rakaat, 8 rakaat dan ada yang kurang dari itu.

KHILAF ULAMA

ADAKAH SOLAT SUNAT INI ADALAH RAWATIB MENGINGI JUMAAT ATAU SOLAT SUNAT MUTLAK. Inilah yang menjadi khilaf di kalangan ulama kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat rawatib dua atau empat rakaat sebelum jumaat. Ini pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi. Ini pendapat Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Thauri, Nakhaie dan Ibnu Mubarak.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Hadis Nabi saw:

بين كل أذانين صلاة

“ Diantara azan dan iqamah ada solat sunat.”
Hadis sahih Bukhari (624) Muslim (838)

2. Hadis Nabi saw:

ما من صلاة مفروضـة إلا وبين يديها ركعتان
“ Mana-mana solat fardu pasti ada solat sunat sebelumnya.” Hr Ibnu Hibban

PENDAPAT KEDUA: Tidak disunatkan solat sunat ratibah sebelum jumaat. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan Maliki. Ini juga pendapat ibnu Taimiah dan Ibnu qayim

DALIL PENDAPAT INI:

Mereka pendapat tidak ada solat sunat ratib sebelum jumaat kerana Nabi saw tidak pernah melakukanya. Imam al-Hafiz al-Iraqi berkata:

لم ينقل عن النبي أنه كان يصلي قبل الجمعة لأنه كان يخرج إليها فيؤذن بين يديه ثم يخطب

Tidak dinukilkan dari Nabi saw solat sebelum jumaat kerana baginda keluar ke masjid dan dilaungkan dan terus Nabi saw solat.

KESIMPULAN

Ini adalah perkara khilafiah dalam perkara furu’. Walaupun saya berpegang pendapat yang mengtakan adanya solat sunat qabliah jumaat kita perlu menghormati pendapat yang lain.

IKLAN: DAURAH HADIS 40 BERSANAD AKAN DIADAKAN DI KUIS BANGI PADA 22 DAN 23 DISEMBER INI. SILA LIHAT IKLAN DALAM FACEBOOK PUSAT PENGAJIAN DARUL ILMI ATAU FACE BOOK MASJID AL-AZHAR KUIS.

PENGAJIAN BERKITAB SEPENUH MASA UNTK YG BERUMUR 13 KEATAS, MEMPELAJARI 10 SUBJEK AGAMA DARI KITAB ULAMA MUKTABAR DAN HAFAZAN HUKUM DAN DALIL SEHINGGA MENJADI ALIM. SILA HUBUNGI US SALMAN 013 3533248


1 Comment

  1. faha says:

    As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: