Darulilmi

Home » FEKAH PERUBATAN » Hukum pemindahan rahim

Hukum pemindahan rahim

Synopsis: saya sedang menyiapkan buku isu2 perubatan. Antara yg membantu memeriksa buku ini ialah dr zainal pakar O&G HUKM. Beliau ada memberitahu pegawai agama kerajaan melarangya melakukan pemindahan rahim dgn alasan boleh membawa sifat genetic kepada bayi.

Salman (khadam ilmu) menjawab: Ada dua pendapat disini.

Pendapat pertama: Harus pemindahan rahim bersyarat.

Keputusan No 57 (8/6) {1} dari majlis Akademi Fekah Islam pada persidangan kali ke6 di Jeddah di Arab Saudi pada 14-20 mac 1990 dan kajian dan keputusan dari seminar fekah perubatan di Kuwait pada 26 / 10 / 1990 telah membuat keputusan seperti berikut (sebahagiannya):

ثانياً: زرع أعضاء الجهاز التناسلي: زرع بعض أعضاء الجهاز التناسلي التي لا تنقل الصفات الوراثية – ما عدا العورات المغلظة – جائز لضرورة مشروعة ووفق الضوابط والمعايير الشرعية المبينة في القرار رقم 26(1/4) لهذا المجمع.

Kedua: Tanam anggota peranakan yang tidak membawa sifat genetic (rahim) – kecuali aurat yang berat (zakar dan faraj) – adalah harus kerana kemudaratan dari segi syara’ mengikut etika2 dan standard syariah berdasarkan keputusan No 26 (1/4) bagi akademi ini.

Majlis akademi ini adalah dianggotai 114 ulama pakar sedunia dan keputusan ini ini adalah mendapat pandangan dari pakar2 perubatan. Fatwa ini disokong oleh jumhur (kebanyakan ulama sekarang, diantaranya:

Dr Ahmad Kan’an berkata:

زراعة الرحم جائزة لأن الرحم يختلف عن الخصية والمبيض الذين يحملان الصفات الوراثية و تؤدي زراعتهما إلى ما يعرف شرعا باختلاط الأنساب.

Tanam rahim adalah harus kerana ia berbeza dengan testis dan ovary yang boleh membawa sifat genetic dan keduanya boleh membawa percampuran nasab.
Kemudian beliau membawa keputusan majmak ini.

Fatwa syeikh ahmad Na’san, Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab zira’atul a’do dan Dr Muhammad Jawwad dalam kitab Masail Tibbiah Mustajadat juga mengutarakan yg sama.

Fatwa dari Islam.qa (ulama Saudi) dan islam web.net juga menunjukkan rahim adalah diharuskan utk dipindahkan kerana tidak membawa sifat genetic.

Pendapat kedua: Haram pemindahan rahim. Ini pendapat ulama Jordan syeikh Ali Nuh.

Kesimpulan: Samda rahim itu membawa kepada sifat genetic terhdap bayi atau tidak adalah merujuk kepada pakar perubatan bukannya pakar agama. Apabila pakar perubatan telah mengesahkan rahim (uterus) yg diberikan oleh penderma (donor) kepada pesakit penerima (recipient) itu tidak membawa sifat genetik (genetic traits) maka dengan itu kuatlah pendapat yg mengharuskan pemindahan rahim. Kita sepatutnya merujuk kepada fatwa yg dikeluarkan oleh akademi fekah islam antarabangsa ini kerana ianya dianggotai oleh wakil dari Malaysia (datuk Abdul Syukur) dan ia melibatkan pakar2 ulama dunia (tiada dari Malaysia). Fatwa berkumpulan ini lebih kuat dari fatwa individu. Segala dalil dan hujjah boleh didapati buku yg akan muncul tulisan saya tentang isu ini.

NANTIKAN BUKU TERBARU SAYA (INSYAALLAH) ISU2 PERUBATAN MODEN YG MEMBINCANGKAN DGN MENDALAM TENTANG KLON, TRANSPLANT, HERMAPHRODITE (KHUNSA) DAN BRAIN DEATH. TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT PERUBATAN DI MESIR DAN KPD DR AWANG SARIYAN DAN DR ZAINAL KERANA MEMBANTU.


2 Comments

  1. Salam saudara… mohon dipinjamkan segala maklumat yang berkaitan dengan pemindahan rahim dari laman sesawang anda… Saya mengambil tajuk berkaitan dengan pemindahan rahim menurut perspektif Islam sebagai thesis atau projek ilmiah saya. Jadi, boleh tak saudara tinggalkan no. tel untuk saya hubungi bagi perkongsian idea dan maklumat2 yang sahih berkenaan dengan isu ini memandangkan ianya masih lagi baharu dalam arena perubatan moden di samping, kesukaran saya sendiri untuk mencari bahan-bahan rujukan yang tepat berkaitan dengannya…

  2. ###Saudara, boleh tak nyatakan sumber rujukan dari mana yang saudara ambil?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: