Darulilmi

Home » 2012 » November

Monthly Archives: November 2012

Hukum melantik wanita sebagai Hakim

Ulama telah berselisih pendapat tentang perkara ini kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Dilarang sama sekali wanita menjadi hakim dalam apa jua kes. Ini pendapat mazhab Syafie, Maliki dan Hambali.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Firman Allah swt:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.”

Sebahagian ayat 34 an-nisaa

Ibnu katsir mentafsirkan: ( أي هو رئيسها ، وكبيرها و الحاكم عليها “ Lelaki adalah ketua, pemimpin dan hakim kepada wanita.”

2. Tidak pernah dilantik wanita sebagai hakim sepanjang zaman Nabi saw dan Khulafa ar-Rasyidin.

PENDAPAT KEDUA: Dibenarkan wanita menjadi Hakim bagi semua kes kecuali hudud dan qisas. Ini pendapat imam Abu Hanifah dan ibnu qasim dari mazhab Maliki.

DALIL PENDAPAT KEDUA:

1.Firman Allah swt:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. 58 : an-nisaa

Ayat ini menunjukkan bahwa umumnya amanah yg dipukul oleh lelaki dan perempuan dan penghakiman termasuk amanah ini

2. Ulama ini mengecualikan kes hudud dan qisas kerana mereka menyamakan dgn hukum wanita menjadi saksi dalam kes hudud dan qisas. Wanita tidak dibenarkan menjadi saksi pada kes hudud dan perempuan.

PENDAPAT KETIGA: Harus wanita menjadi hakim. Ini pendapat Ibnu Hazm az-zahiri, ibu Jarir at-Tabari dan sebahagian pendapat mazhab Hanafi.

DALIL PENDAPAT KETIGA:

1. Asal kepada sesuatu adalah diharuskan selagi tidak ada dalil yang jelas yang melarangnya.

2. Aisyah mengepalai tentera di peperangan Jamal.

3. Umar melantik as-Syifa menjadi pegawai amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam urusan perdagangan dan perniagaan.

KESIMPULAN

Ketiga-tiga pendapat memiliki dalil yang kuat dan tiada larangan khusus dari Nabi saw terhadap pelantikan wanita sebagai hakim. Namun pendapat jumhur lebih baik untk diikuti

Hukum menutup aurat semasa bersendirian

SINOPSIS: baru-baru ni ada terdengar dari penceramah di tv menyatakan tidak wajib menutup aurat semasa berseorangan (tiada orang lain melihatnya). Ia juga ditanya oleh seorang di dalam kelas pondok moden.

Salman almisri menjawab:

Ulama telah bersilisih pendapat tentang hukum ini kepada dua pendapat utama:

PENDAPAT PERTAMA: Wajib menutup aurat semasa bersendirian. Ini pendapat utama mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali. (Disebut dalam kitab الموسوعة الفقهية الكويتية )

DALIL PENDAPAT INI:

{ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ قَالَ إِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ قُلْتُ وَالرَّجُلُ يَكُونُ خَالِيًا قَالَ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ قَالَ أَبو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَجَدُّ بَهْزٍ اسْمُهُ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِيُّ وَقَدْ رَوَى الْجُرَيْرِيُّ عَنْ حَكِيمِ بْنِ مُعَاوِيَةَ وَهُوَ وَالِدُ بَهْزٍ *

Seorang sahabat (Muawiyah bin Haidah) bertanya “ Aurat kami apa yang boleh buat dan apa yang boleh kami tinggalkan? Nabi saw bersabda “ Jagalah auratmu kecuali dengan isterimu atau hamba sahaya mu. Beliau bertanya lagi “Bagaimana aurat lelaki dengan lelaki?” Nabi saw menjawab “ Sekiranya kamu mampu untuk supaya tiada siapa yang melihat auratmu, maka buatlah.” Beliau bertanya lagi “ Bagaimana Aurat semasa bersendirian?” Nabi saw menjawab “ Allahlah yang patut lebih kamu rasa malu.”

Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud , Tirmizi dan Ibnu Majah

PENDAPAT KEDUA: Hanya sunat menutup aurat semasa bersendirian. Ini pendapat mazhab Maliki.

BATASAN AURAT SEMASA BERSENDIRIAN

Mazhab Maliki : Disunatkan bagi lelaki dan perempuan dan lelaki menutup qubul dan dubur dan kawasan berhampirannya semasa bersendirian. Makruh membukanya.

Mazhab Syafie : Wajib menutup hanya qubul dan dubur sahaja bagi lelaki dan diantara pusat dan lutut bagi perempuan ketika bersendirian. (Hasyiah bajuri dan I’anatut Talibin)

BILA HARUS TELANJANG SEPENUHNYA

Ulama bersepakat mengharuskan untuk telanjang semasa bersendirian bila ada keperluan seperti bersama isteri, mandi, buang air besar dan keperluan yang lain.

KESIMPULAN: Kebanyakan ulama2 sekarang memilih pendapat pertama yang lebih kuat dari segi dalil.

Hukum pemindahan rahim

Synopsis: saya sedang menyiapkan buku isu2 perubatan. Antara yg membantu memeriksa buku ini ialah dr zainal pakar O&G HUKM. Beliau ada memberitahu pegawai agama kerajaan melarangya melakukan pemindahan rahim dgn alasan boleh membawa sifat genetic kepada bayi.

Salman (khadam ilmu) menjawab: Ada dua pendapat disini.

Pendapat pertama: Harus pemindahan rahim bersyarat.

Keputusan No 57 (8/6) {1} dari majlis Akademi Fekah Islam pada persidangan kali ke6 di Jeddah di Arab Saudi pada 14-20 mac 1990 dan kajian dan keputusan dari seminar fekah perubatan di Kuwait pada 26 / 10 / 1990 telah membuat keputusan seperti berikut (sebahagiannya):

ثانياً: زرع أعضاء الجهاز التناسلي: زرع بعض أعضاء الجهاز التناسلي التي لا تنقل الصفات الوراثية – ما عدا العورات المغلظة – جائز لضرورة مشروعة ووفق الضوابط والمعايير الشرعية المبينة في القرار رقم 26(1/4) لهذا المجمع.

Kedua: Tanam anggota peranakan yang tidak membawa sifat genetic (rahim) – kecuali aurat yang berat (zakar dan faraj) – adalah harus kerana kemudaratan dari segi syara’ mengikut etika2 dan standard syariah berdasarkan keputusan No 26 (1/4) bagi akademi ini.

Majlis akademi ini adalah dianggotai 114 ulama pakar sedunia dan keputusan ini ini adalah mendapat pandangan dari pakar2 perubatan. Fatwa ini disokong oleh jumhur (kebanyakan ulama sekarang, diantaranya:

Dr Ahmad Kan’an berkata:

زراعة الرحم جائزة لأن الرحم يختلف عن الخصية والمبيض الذين يحملان الصفات الوراثية و تؤدي زراعتهما إلى ما يعرف شرعا باختلاط الأنساب.

Tanam rahim adalah harus kerana ia berbeza dengan testis dan ovary yang boleh membawa sifat genetic dan keduanya boleh membawa percampuran nasab.
Kemudian beliau membawa keputusan majmak ini.

Fatwa syeikh ahmad Na’san, Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab zira’atul a’do dan Dr Muhammad Jawwad dalam kitab Masail Tibbiah Mustajadat juga mengutarakan yg sama.

Fatwa dari Islam.qa (ulama Saudi) dan islam web.net juga menunjukkan rahim adalah diharuskan utk dipindahkan kerana tidak membawa sifat genetic.

Pendapat kedua: Haram pemindahan rahim. Ini pendapat ulama Jordan syeikh Ali Nuh.

Kesimpulan: Samda rahim itu membawa kepada sifat genetic terhdap bayi atau tidak adalah merujuk kepada pakar perubatan bukannya pakar agama. Apabila pakar perubatan telah mengesahkan rahim (uterus) yg diberikan oleh penderma (donor) kepada pesakit penerima (recipient) itu tidak membawa sifat genetik (genetic traits) maka dengan itu kuatlah pendapat yg mengharuskan pemindahan rahim. Kita sepatutnya merujuk kepada fatwa yg dikeluarkan oleh akademi fekah islam antarabangsa ini kerana ianya dianggotai oleh wakil dari Malaysia (datuk Abdul Syukur) dan ia melibatkan pakar2 ulama dunia (tiada dari Malaysia). Fatwa berkumpulan ini lebih kuat dari fatwa individu. Segala dalil dan hujjah boleh didapati buku yg akan muncul tulisan saya tentang isu ini.

NANTIKAN BUKU TERBARU SAYA (INSYAALLAH) ISU2 PERUBATAN MODEN YG MEMBINCANGKAN DGN MENDALAM TENTANG KLON, TRANSPLANT, HERMAPHRODITE (KHUNSA) DAN BRAIN DEATH. TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT PERUBATAN DI MESIR DAN KPD DR AWANG SARIYAN DAN DR ZAINAL KERANA MEMBANTU.

Hukum sengaja lewat takbir sehingga imam nak ruku’

Hukum sengaja lewat takbir sehingga imam nak ruku’

Timbul persoalan di surau ukay perdana semasa saya sedang membahaskan solat jemaah. Salah seorang jemaah berkata ada ustaz yang berkata sesiapa yang melengahkan takbiratul ihram dgn senghaja sehingga imam hamper ruku’ , maka dia tidak dapat keistimewaan orang yg masbuk dan tidak dikira rakaat itu.

salman menjawab:

Para ulama empat mazhab berpendapat sesiapa yg mendapat ruku’ bersama imam dia mendapat rakaat tersebut berdasarkan hadis-hadis berikut:

مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الصَّلاةِ فَقَدْ أَدْرَكَهَا قَبْلَ أَنْ يُقِيمَ الإِمَامُ صُلْبَهُ

” Sesiapa yang mendapat ruku’ sebelum imam bangun lurus tubuhnya utk iktidal maka dia mendapat rakaat dgn imam.” .

Hadis imam Dar Qutni 1140

إذا جئتم إلى الصلاة ونحن سجود فاسجدوا ولا تعدوها شيئاً ومن أدرك الركعة فقد أدرك الصلاة

“ Apabila kamu menunaikan solat jemaah dan kami sedang sujud maka hendaklah kamu sujud sekali dan rakaat itu tidak dikira. Sesiapa yg mendapat ruku maka dia mendapat rakaat solat.”

Hadis riwayat abu Daud

Imam Nawawi berkata dalam syarhul Muhazzab:

وهذا الذي ذكرناه في إدراك الركعة بإدراك الركوع هو الصواب الذي نص عليه الشافعي، وقاله جماهير الأصحاب وجماهير العلماء، وتظاهرت به الأحاديث وأطبق عليه الناس

Apa yg kami sebut tentang mendapat rakaat dgn mendapat ruku’ ialah mendapat imam Syafie dan dipegang oleh ulama2 syafie yg lain dan ulama2 mazhab lain.

WALAUPUN SESEORANG ITU SENGHAJA MELEWAT2KAN TAKBIR SAMPAI IMAM RUKU’ DIA TETAP DAPAT RAKAAT ITU. INI BERDASARKAN APA YG DISEBUT OLEH AS-SYARBINI DALAM KITAB MUGNIL MUHTAJ:

وَظَاهِرُ كَلَامِ الْمُصَنِّفِ أَنَّهُ يُدْرِكُ الرَّكْعَةَ سَوَاءٌ أَتَمَّ الْإِمَامُ الرَّكْعَةَ فَأَتَمَّهَا مَعَهُ أَمْ لَا كَأَنْ أَحْدَثَ فِي اعْتِدَالِهِ، وَسَوَاءٌ أَقَصَرَ الْمَأْمُومُ فِي تَحَرُّمِهِ حَتَّى رَكَعَ الْإِمَامُ ثُمَّ أَحْرَمَ أَمْ لَا كَمَا صَرَّحَ بِهِ الْإِمَامُ وَغَيْرُهُ وَهُوَ كَذَلِكَ

Zahir kalam imam nawawi ialah mendapat rakaat dengan mendapat mendapat ruku’. Tidak kiralah samaada imam selepas itu tetap meneruskan solat atau pun tidak seperti imamnya berhadas semasa iktidal. Juga dapa rakaat dgn dapat ruku’ bersama imam samaada makmum itu cuai dengan melengahkan takbiratul ihram sehingga imam ruku’ atau pun tidak. Ini adalah apa yg dijelaskan oleh imam atau ulama syafie lainnya. Inilah pendapat yg betul.”

Namun sesiapa yg melengahkan solatnya sehingga imam ruku’ telah kehilangan pahala yg besar iaitu takbir pertama bersama imam. Nabi saw bersabda:

مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ

“Sesiapa yg solat kerana Allah selama empat puluh hari dengan jemaah (pertama di masjid) ditulis dua kelepasan baginya. Kelepasan dari neraka dan kelepasan dari sifat munafik.”

Hadis sahih riwayat imam Tirmizi (241)

SESIAPA YG INGIN MENDALAMI ILMU FEKAH SYAFIE BERSAMA DALILNYA DAN DITAMBAH MAZHAB2 LAIN BOLEH MENGIKUTI PENGAJIAN SETIAP HARI ISNIN , RABU DAN KHAMIS 9.30 MALAM – 11 MALAM. ANTARA KITABNYA (NALUR RAJA; FEKAH IBADAT SYAFIE), (BULUGUHL MARAM: HADIS HUKUM), (TAFSIR AYAT AHKAM: TAFSIR AYAT2 HUKUM) DAN (FEQHUL MANHAJI : FEKAH MUAMALAT HARTA). DITAMBAH DGN HADIS 40 BERIJAZAH SANAD. RM 160 SEBULAN . SILA HUBUNGI 013 3533 248. TAMAN MELAWATI

Hukum solat musafir yg qasar berimamkan imam solat sempurna

Hukum solat musafir yg qasar berimamkan imam solat sempurna

Ulama berselisih pendapat berkenaan dgn hukum ini kepada dua pendapat utama:

PENDAPAT PERTAMA: Makmum hendaklah sembahyang sempurna dan tidak boleh buat qasar walaupun dia tidak dapat sampai satu rakaat pun bersama imam.

Ini pendapat mazhab Hambali ,mazhab Syafie,mazhab Hanafi, ibnu Umar, Ibnu Abbas, thauri dan Auzaie.

DALIL MEREKA:

كان ابن عمر إذا صلى مع الإمام صلى أربعاً وإذا صلاّها وحده صلى ركعتين .

“Adalah Ibnu Umar solat rakaat (ketika musafir) empat rakaat bersama imam dan dua rakaat (qasar) bila solat sorang.”

Hadis sahih Muslim (No 694)

Hadis dari ibnu Abbas ra:

أنه قيل له ما بال المسافر يصلي ركعتين في حال الانفراد وأربعا إذا يأتم بمقيم، فقال: (تلك السنة)

“ Sesungguhnya ditanya kepadanya “ Kenapa orang yg musafir solat 2 rakaat ketika berseorangan dan 4 rakaat semasa menjadi makmum kepada imam bermukim.” Beliau menjawab “ Itulah Sunnah “ Hadis riwayat Ahmad

PENDAPAT KEDUA: Sekiranya makmum mendapat kurang dari satu rakaat dgn imam dia boleh buat dua rakaat qasar dan sekiranya dia bersama imam satu rakaat atau lebih dia mesti sembahyang 4 rakaat sempurna.

Ini pendapat Mazhab Maliki, hasan, nakhaie , az-Zuhrie dan qatadah.

من أدرك ركعة من الصلاة فقد أدرك الصلاة

“Sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat maka dia sudah mendapat solat.”

Hadis sahih Bukhari (No: 555)

KESIMPULAN

Pendapat pertama lebih kuat dari segi jelasnya dalilnya. Saya menulis ni disebabkan ada sebahgian penceramah di tempat saya mengajar mengeluarkan hukum boleh makmum tu buat qasar zuhur dan asar dibelakang imam yg solat sempurna. Ni bahaya kalau belajar dari yg guru yg suka keluar hukum dan fatwa sendiri tanpa merujuk nas dan ulama yg muktabar. Ibnu sirin berkata dalam sahih bukhari:

العلم دين فانظروا عمن تأخذوا دينكم

Ilmu adalah agama, hendaklah kamu melihat dengan siapa engkau mengambil ilmu mu.

IKLAN: PRGRAM IMAM REMAJA DARI 19 NOV HINGGA 12 DIS UTK 9 – 18 TAHUN DI PUSAT PENGAJIAN DARUL ILMI. SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS PKL 9.30 -11.30 PAGI. RM 200. SILA HUBUNGI US SALMAN 013 3533 248

HUKUM BUDAK MUMAYYIZ JADI IMAM

HUkum budak yang mumayyiz menjadi imam

Ulama telah berselisih pendapat tentang hukum budak yang belum baligh dan sudah mumayyiz (lebih kurang 7 tahun) menjadi imam. Ada tiga pendapat utama dalam masalah ini.

PENDAPAT PERTAMA:

Diharuskan kanak-kanak yg sudah mumayyiz menjadi imam samada untuk solat fardu atau solat sunat.
Ini adalah pendapat mazhab Syafie.

DALIL PENDAPAT MAZHAB SYAFIE adalah:

عنْ عَمْرِو بْنِ سَلمَةَ رضي الله عنه قَالَ : لَمَّا رَجَعَ قَوْمِي مِنْ عِنْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا إِنَّهُ قَالَ : لِيَؤُمَّكُمْ أَكْثَرُكُمْ قِرَاءَةً لِلْقُرْآنِ . قَالَ : فَدَعَوْنِي فَعَلَّمُونِي الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ ، فَكُنْتُ أُصَلِّي بِهِمْ .

Daripada Amru bin salamah ra (yg berumur enam tahun) berkata “ Apabila kaumku balik daripada Nabi saw, mereka berkata “ Hendaklah menjadi imam orang yang paling membaca Quran dikalangan kamu.” Lalu mereka memanggilku dan mengajarku solat, lalu aku menjadi imam kepada mereka.”

Ini adalah hadis sahih riwayat Imam Bukhari (4302), Abu Daud (585) dan Nasaie (767)

ImaM Ibnu Hajar berkata dalam kitab Fathul Bari:

وَفِي الْحَدِيث حُجَّة لِلشَّافِعِيَّةِ فِي إِمَامَة الصَّبِيّ الْمُمَيِّز فِي الْفَرِيضَة

Hadis ini menjadi hujjah kepada ulama syafie pada harusnya budak yg mumayyiz menjadi imam dalam solat fardu.

PENDAPAT KEDUA:

Diharuskan budak mumayyiz menjadi imam pada solat sunat sahaja dan tidak boleh untuk solat fardu.

DALIL PENDAPAT KEDUA ialah:

ما روي عن ابن عباس : ( لا يؤم الغلام حتى يحتلم )

Diriwayatkan dari ibnu Abbas : Budak kecil tidak boleh menjadi imam sehinggalah dia baligh.

Hr Abdur Razzak tetapi ibnu Hajar mengatakan ini adalah hadis yg lemah.

Pendapat ini berpegang dgn hadis ini dan menyatakan hadis Amru salamah menjadi imam pada solat sunat.

PENDAPAT KETIGA:

Tidak sah budak yg belum baligh menjadi imam. Ini pendapat mazhab Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI ialah hadis ibnu Abbas yg lepas dan menyatakan hadis amru bin salamah menjadi imam adalah semata2 ijtihad sahabat dan tidak boleh jadi dalil.

KESIMPULAN :

Pendapat pertama yg mengatakan sah imam budak yg mumayyiz lebih kuat berdasarkan hadis amru bin salamah ra. Adapun hadis ibnu hadis ibnu adalah lemah. Apa yg berlaku pada amru bin salamah adalah pengakuan Nabi saw terhadap apa yg berlaku dan ia bukanlah sekadar ijtihad sahabat. Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَلِأَنَّ زَمَن الْوَحْي لَا يَقَع التَّقْرِير فِيهِ عَلَى مَا لَا يَجُوز “

“ Ini kerana zaman turunnya wahyu tidak berlaku pengakuan terhadap perkara yg dilarang.”

PENGAJIAN BERKITAB SIANG LENGKAP AKAN BERMULA PADA JANUARI . PENGAJIAN DARI PKL 9.30 – 12 siang DAI ISNIN HINGGA JUMAAT. DIANTARA KITAB DIBACA IALAH 1. MATAN ABI SYUJAK (FEKAH SYAFIE) 2. MATAN WARAQAT (USUL FEKAH) 3. HADIS RINGKASAN SAHIH BUKHARI IBNU ABI JAMRAH BERSANAD 4. MATAN BAIQUNIAH (ULUMUL HADIS) 5. TAFSIR JALALAIN 6. MATAN UMMUL BARAHIN (TAUHID) 7. RINGKASAN IHYA ULUMUDDIN (TASAUF). 8. MATAN AJRUMIAH BERSANAD (NAHU) 9. FATWA SEMASA (ULAMA ARAB ANTARABANGSA) 10. ULUMUL QURAN. TEMPAT ESKLUSIF (AIRCOND DAN KERUSI EMPUK). TERHAD 22 ORANG. TERBUKA UTK SEMUA TERUTAMANYA PESARA, SURI RUMAH, PEKERJA YG MEMPUNYAI MASA YG FLEKSIBEL. YURAN BULANAN RM250.

DITERIMA JUGA PELAJAR REMAJA YG INGIN SEPENUH MASA DUDUK BELAJAR KITAB DISINI. SILA HUBUNGI 013 3533 248