Darulilmi

Home » FEKAH KORBAN ATAU AKIKAH » Hukum memotong kuku dan rambut bagi orang yg hendak berkorban

Hukum memotong kuku dan rambut bagi orang yg hendak berkorban

Lepas ceramah saya di sebuah masjid/ surau ada yg bgtau seorang ustaz selebirity tv kata boleh potong kuku dan rambut bagi yg nak berkorban, jadi saya dah bgtau dia secara ringkas jawapan dan dalilnya, ni yg lengkap

Ulama telah berselisih pendapat tentang perkara kepada 3 pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus memotong kuku dan mengerat rambut dan bulu.

Ini pendapat Mazhab Hanafi.
Imam Tohawi berkata:

لا بأس بقص الأظافر والشعر في أيـــام الـعـشــر لمن عزم على أن يضحي, ولمن لــم يعزم على ذلك, وهو قول الإمام أبي حنيفة وصاحبيه.

Tidak mengapa memotong kuku dan rambut pada hari sepuluh yg pertama zulhijjah bagi yg berazam untuk korban dan juga bagi yang tidak berazam. Ini pendapat Abu hanifah dan dua sahabatnya (abu yusuf dan alhasan)

Dalil pendapat ini hadis aisyah:

   كان رسول الله يُهدي من المدينة, فأفتل قلائدَ هديه, ثم لا يجتنب شيئاً مما يجتنبه المُحْرِم
 

“Rasulullah saw menerima binatang di madinah sebagai pemberian untuk disembelih di mekah. Maka aku memintal2 kalung binatang itu dan Nabi saw tidak melarang sedikit pun apa yang dilarang bagi orang yang berihram.” Hadis Sahih bukhari dan Muslim
Ulasan Ulama terhadap bentuk pendalilan hadis ini:

PENDAPAT KEDUA: Makruh memotong kuku dan mengerat rambut dan bulu bagi sesiapa yang hendak berkorban dan sudah masuk 1 zulhijjah.

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya majmuk:

مذهبنا أن إزالة الشعر والظفر في العشر لمن أراد التضحية مكروه كراهة تنزيه حتى يضحي

Mazhab kami berpendapat Makruh menghilangkan rambut dan kuku pada 10 awal zulhijjah bagi sesiapa yang hendak berkorban sehinggalah selesai binatang tadi disembelih.

Dalil pendapat ini hadis dr ummu salamah:

إذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا”

Apabila kamu masuk bulan zulhijjah dan hendak berkorban maka hendaklah dia tidak memotong rambut dan kulitnya. Hadis sahih Muslim

Ulama ini mengatakan hanya sunat tidak memotong kuku dan rambut kerana menggabungkan hadis ummu salamah ini dan hadis aisyah diatas.

PENDAPAT KETIGA: Haram memotong kuku dan rambut bulu bagi sesiapa yang hendak berkorban dan sudah masuk 1 zulhijjah.
Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalil pendapat ini:

Mereka berpegang dengan hadis ummu salamah dan mengatakan hadis ini mengkhususkan umumnya hadis aisyah.

KESIMPULAN
Pendapat kedua lebih kuat dan menggabungkan dua dalil yg sahih dari Nabi saw.

Untuk mengetahui lebih tentang banyak lagi isu2 korban sila lihat di kategori fekah korban dan akikah


1 Comment

  1. Salam ustaz….kalau x potong kuku selama 10 hari, dah jd mcm kuku monyet la plak pnjangnya, dan MACAM tak bersih…jd mcm mana kita nak serasikan hadis melarang potong kuku ni dgn konsep asas Islam yg mementingkan kebersihan…mohon bntuan.jazakallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: