Darulilmi

Home » 2012 » October » 07

Daily Archives: October 7, 2012

Hukum anak orang kafir mati sebelum baligh

Hukum mati budak kecil yang kafir

soal jawab ringkas di tweeter : salman_maskuri

PENDAPAT PERTAMA: Mereka diuji di hari kiamat sekiranya mereka lepas mereka ke syurga sekiranya tidak mereka akan masuk neraka.
Syeikh Abu Hassan Ali bin Ismail Asy-Syaari daripada Sunnah Wal Jamaah dan disokong oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya (Kitabul Iktiqad) dan disokong oleh ulama-ulama yang pakar.
“Daripada Al-Aswad bin Sari’ r.h.u, sesungguhnya nabi bersabda ‘Empat golongan yang mengadu kepada Allah pada Hari Kiamat iaitu pertama lelaki yang pekak (tidak mendengar apa-apa), kedua lelaki gila, ketiga lelaki nyayuk dan keempat lelaki ahli fatroh (golongan yang diantara Rasul-rasul). Adapun orang yang pekak tadi berkata ‘Sesungguhnya telah datang ajaran Islam dalam keadaan aku tidak mendengar apa-apa. Adapun org yang gila berkata ‘Sesungguhnya telah datang Islam kepada aku dengan keadaan budak-budak membaling aku dengan taik unta.’ Adapun orang tua yang nyanyuk berkata ‘Wahai Tuhanku sesungguhnya telah datang Islam kepadaku sedangkan aku tidak memahami apa-apa.’ Adapun ahli fatroh berkata ‘Wahai tuhanku tidak sampai ajaran Rasul kepadaku.’. Kemudian Allah membuat janji dengan mereka supaya mereka benar-benar taat kepada Allah lalu mereka dihantar ke neraka agar mereka masuk kedalamnya. Rasullulah berkata ‘Demi tuhan bahawa diri Muhammad dalam kekuasaanya kalaulah mereka masuk ke dalam api neraka tadi mereka berasa sejuk dan selamat.’”.

Riwayat yang pertama daripada Ahmad, Bazzar (2174) dan Baihaqi.
Dalam riwayat yang lain ditambah pada akhirnya kata-kata Nabi:
“Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka tersebut akan menjadi sejuk dan selamat dan sesiapa yang tidak masuk akan dicampak kedalam api neraka yang panas.
Riwayat yang kedua daripada Thabrani dalam Mu’jam Kabir (481).
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak sampai seruan dan ajaran Isalam termasuklah kanak-kanak orang kafir mereka diberi satu akur janji supaya mereka taat kepada Allah taala lalu mereka diuji dengan disuruh untuk masuk ke dalam neraka tanpa paksaan. Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka akan menjadi sejuk dan akan dimasukkan ke dalam syurga dan sesiapa yang tidak mahu masuk maka mereka akan dihumbankan secara paksa dalam neraka.
Kedua-dua riwayat dihukum shahih oleh Al-Haythami.

PENDAPAT KEDUA: Sesungguhnya mereka (budak-budak kafir) dalam syurga dan ini berdasarkan hadis Shahih Bukhari no.6640 dari Samuroh bin Jundub r.a.h.u. Sebuah hadis yang panjang diantaranya Nabi bersabda:
“ dan adapun lelaki yang tinggi di Raudhah (taman syurga) adalah Nabi Ibrahim, dan adapun anak-anak ataupun wildan(budak-budak) yang ada disekelilingnya adalah setiap budak yang mati di atas fitrah. Lalu sebahagian orang Islam bertanya ‘Ya Rasulullah, adakah ianya termasuk dalam kanak-kanak orang kafir? Lalu Rasulullah saw menjawab, termasuk anak-anak yang kafir.’ ”
(Shahih Bukhari No.6640)
Pendapat ini dinukilkan oleh Imam As-Syaari daripada ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah.
Imam Ibrahin bin Muhammad Bajuri dalam kitabnya (Tuhfatul Murid) berkata sesiapa yang mati sebelum baligh maka ianya selamat daripada neraka sekalipun daripada kalangan anak-anak orang kafir

PENDAPAT KETIGA: Sesungguhnya anak-anak kafir yang mati bersama ayah mereka di neraka.
. Ini berdasarkan hadis Imam Ahmad dan Abu Daud.
“Abdullah hamba kepada Ghatif bin Yazid bertanya kepada Aisyah r.h.a tentang anak-anak orang kafir(yang mati sebelum baligh), Rasulullah SAW menjawab ‘Mereka bersama bapa-bapa mereka’, lalu Aisyah bertanya semula ‘Ya Rasulullah, Adakah mereka masuk ke neraka tanpa amal?’ Rasulullah SAW bersabda ‘Allah Azza wa Jalla lebih mengetahui yang mereka amalkan.’
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud: 4712)

PENDAPAT KEEMPAT: Sebahagian Ulama’ mengatakan bahawa kita tidak perlu membincangkan masalah ini dan menyerahkan pada Allah taala.
Daripada Ibn Abbas “Sesungguhnya Nabi ditanya tentang anak-anak orang kafir lalu Nabi bersabda ‘Allah lebih mengetahui apa yang mereka buat’”
Hadis riwayat Bukhari (1383) dan Abu Daud (4711)

KESIMPULAN: Pendapat pertama lebih kuat kerana ianya menghimpunkan hadis-hadis yang berkait dengan hadis ini sepertimana yang disebut oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya semasa menafsirkan ayat 15 Surah Al-Isra’.Apa pun pendapat yang kita pegang, kita tidak boleh membincangkan dan berdebat perkara ini secara berlebihan berdasarkan:
Hadis daripada Ibn Abbas, “Rasullullah bersabda ‘Sentiasa umat ini dalam keadaan hampir dengan tuhannya selagimana mereka tidak sibuk membincangkan tentang hukum anak-anak orang kafir dan masalah qada’ dan qadar”
Hadis riwayat Ibn Hiban (6724) dan Al-Hakim.
Hadis shahih menurut Imam Haythami.
RUJUKAN: Kitab Tukhfatul Murid Jauharatut Tauhid, Tafsir Ibn Kathir dan Sunan Abu Daud
MAAF SUDAH LAMA TIDAK MENULIS KERANA ADA URUSAN TERTENTU, INSYALLAH AKAN KEMBALI AKTIF. SESIAPA YANG INGIN MENGIKUTI PENGAJIAN TAFAQUH FID-DEEN SILA RUJUK DALAM JADUAL PENGAJIAN DI ATAS DAN HUBUNGI NOMBOR DI SITU. TERBUKA UNTUK ORANG DEWASA.

Hukum air mani keluar selepas mandi wajib

Hukum air mani yang keluar selepas mandi wajib
SEKIRANYA KELUAR AIR MANI DENGAN SYAHWAT SELEPAS MANDI MAKA WAJIB MANDI MENURUT KESEPATAN MAZHAB YANG EMPAT
Sekiranya keluar air mani selepas mandi tanpa syahwat , maka ulama ada tiga pendapat:
Pendapat pertama: Wajib mandi.
Ini pendapat mazhab Syafie, satu riwayat dalam mazhab Hambali dan Imam al-Laith.
Imam Nawawi berkata:
ذا أمنى واغتسل ثم خرج منه مني على القرب بعد غسله لزمه الغسل ثانيا سواء كان ذلك قبل أن يبول بعد المني أو بعد بوله هذا مذهبنا نص عليه الشافعي واتفق عليه الأصحاب وبه قال الليث وأحمد في رواية عنه.
Apabila seseorang itu keluar air mani dan dia mandi, kemudian keluar semula tidak lama selepas itu , wajib dia mandi sekali lagi samada dia air mani keluar sebelum kencing atau selepas kencing. Ini adalah mazhab Syafie dan semua ulama syafie bersepakat terhadap perkara ini.
DALIL PENDAPAT PERTAMA INI ADALAH:
Hadis dari Abi Said al-Khudri:
إنما الماء من الماء

“Sesungguhnya mandi wajib apabila keluar air mani.” Hadis sahih Muslim
Hadis ini menunjukkan keluar air mani mewajibkan mandi tidak kira bila ianya keluar.
Pendapat kedua: Wajib mandi sekiranya air mani keluar sebelum keluar kencing dan tidak wajib sekiranya keluar selepas kencing.
Ini pendapat Mazhab Hanafi dan Auzaie.
Imam Imrani berkata dalam kitab al-Bayan:
وقال أبو حنيفة، والأوزاعي: (إن خرج قبل البول وجب عليه إعادة الغسل؛ لأنه بقية ماء خرج بدفق وشهوة. وإن خرج بعد البول لم يجب عليه؛ لأنه خرج بغير دفق وشهوة).

Abu hanifah dan Auzaie berpendapat “ Sekiranya air mani keluar sebelum kencing wajib dia mengulangi mandi kerana ia adalah air mani yg keluar dgn pancutan dan bersyahwat. Sekiranya keluar air mani selepas kencing tidak wajib mandi kerana ia keluar tanpa pancutan dan syahwat.”
Pendapat ketiga: Tidak wajib mandi.
Ini adalah pendapat mazhab Hambali, Ali, Ibnu Abbas, Ata , Zuhri dan lain2
Ibnu Quddamah berkata:
فأما إن احتلم، أو جامع؛ فأمنى، ثم اغتسل، ثم خرج منه مني فالمشهور عن أحمد أنه لا غسل عليه،
Siapa yang bermimpi tau berjimak hingga keluar mani , kemudian dia mandi, kemudian keluar air mani lagi, pendapat masyhur dari imam ahmad ialah tidak wajib mandi.
Dalil pendapat ketiga:
ما روى سعيد عن ابن عباس أنه سئل عن الجنب يخرج منه الشيء بعد الغسل؟ قال: يتوضأ،
Ibnu Abbas ditanya tentang org berjunub yg keluar air mani setelah mandi? Beliau menjawab “Hendaklah dia berwuduk.”
KESIMPULAN
Ini adalah masalah khilafiah. Pendapat mazhab syafie lebih berhati2.