Darulilmi

Home » 2012 » October

Monthly Archives: October 2012

Pendapat ulama terhadap solat raya jatuh pada hari jumaat

Ulama berselisih pendapat terhadap hukum adakah solat jumaat gugur apabila sudah dilakukan solat hari raya pada hari jumaat kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Tidak gugur solat jumaat .
Ini pendapat mazhab Hanafi, Maliki, Ibnu hazm az-Zahiri, Ibnu Abdul Bar dan Ibnul Munzir.

Imam Abu hanifah berkata:

عيدان اجتمعا في يوم واحد، فالأول سنة، والآخر فريضة، ولا يترك واحد منهما
“ Dua hari raya bertemu (iaitu jumaat dan hari raya fitri atau adha) . Solat raya adalah sunat dan solat jumaat adalah wajib. Masing2 tidak menggugurkan yang lain.

DALIL PENDAPAT PERTAMA INI adalah dalil kewajipan solat jumaat iaitu ayat 10 surah al-jumuuah. Mereka menilai hadis2 yang digunakan pendapat ketiga adalah lemah.

PENDAPAT KEDUA: Gugur jumaat dan hanya perlu solat zuhur bagi mereka yang duduk di pedalaman (amat jauh dari masjid) dan telah hadir menunaikan solat hari raya.

Ini pendapat mazhab SYAFIE dan at-thauri.

DALIL PENDAPAT INI ialah hadis dari uthman bin Affan:

إنه قد اجتمع لكم في يومكم هذا عيدان، فمن أحب من أهل العالية أن ينتظر الجمعة فلينتظرها، ومن أحب أن ي رجع فقد أذنت له”

“ Sesungguhnya telah berhimpun pada hari ini hari raya dan hari jumaat. Sesiapa yang dikalangan orang2 pedalaman hendak menanti jumaat hendaklah dia menanti dan sesiapa yang hendak balik (tanpa menunaikan jumaat) aku telah izinkannya.” Hadis sahih bukhari
Ulama mengulas hadis ini:

Sekalipun ini adalah kata2 usman bin affan tetapi ianya bukanlah dari pandangannya sendiri. Ianya adalah dari Nabi saw, tambahan pula ia diucapkan dihadapan para sahabat dan tiada yang mengingkari dan ia dikira ijmak.

Hadis dari Nu’man bin Basyir:

كان رسول الله يقرأ في الجمعة والعيد ( بسبِّح اسمَ ربك الأعلى ) و( هل أتاك حديث الغاشية ) ، وإذا اجتمع العيد والجمعة في يومٍ واحد قرأ بهما أيضاً في الصلاتين

“ Rasulullah saw membaca surah al-A’la dan al-Ghasyiah pada solat jumaat dan solat hari raya. Apabila berhimpun solat raya dan jumaat pada hari yang sama, Nabi saw membaca kedua surah tersebut dalam kedua solatnya itu.” Hadis sahih Muslim

Ulama mengulas:
Hadis ini menunjukkan Nabi saw melakukan kedua2 solat jumaat dan hari raya apabila keduanya berlaku pada hari yang sama.

PENDAPAT KETIGA: Gugur solat jumaat bagi semua yang telah menunaikan solat hari raya kecuali imam.

Ini pendapat mazhab Hambali dan Ibnu taimiah.
DALIL pendapat ketiga ini ialah:

Hadis Iyas
أنه شهد معاوية وسأل زيد بن أرقم شهدت مع رسول الله صلى الله عليه و سلم عيدين اجتمعا في يوم ؟ قال : نعم صلى العيد في أول النهار ثم رخص في الجمعة فقال : من شاء أن يجمع فليجمع .

Sesungguhnya Muawiyah bertanya kepada Zaid bin Arqam adakah beliau pernah menyaksikan keadaan Rasulullah saw apabila bertemu raya dan jumaat pada hari yg sama? Beliau menjawab “ Ya , baginda solat raya pada awal siang dan kemudian member kelonggaran untuk meninggalkan jumaat dan berkata “ Sesiapa yang hendak buat solat jumaat dia boleh buat.”

Hadis Abu daud (1070) dgn sanad yg dkhilafkan

Hadis Nabi dr Abu Hurairah

قد اجتمع في يومكم هذا عيدان، فمن شاء أجزأه من الجمعة، وإنّا مجمِّعون

Sesungguhnya telah berhimpun hari raya dan jumaat sesiapa yang hendak dia boleh melakukan solat raya sahaja tanpa solat jumaat. Adapun kami sentiasa melakukan solat jumaat . (Hr Abu Daud 1073)

Hadis Riwayat Abu Daud

KESIMPULAN

Pendapat kedua lebih menggabungkan diantara2 dalil yang datang. Hadis2 yg membenarkan utk meninggalkan solat jumaat ditafsirkan dan dikhususkan dgn hadis usman yang membenarkannya hanya utk orang yang duduk jauh di pedalaman. APA PUN INI ADALAH MASALAH KHILAFIYAH YANG MANA SETIAP PENDAPAT ADA KEKUATAN DALILNYA, KITA HENDAKLAH SALING MENGHORMATI.

SESIAPA YG MENDALAMI ILMU FEKAH MELALUI DALIL DAN PENDAPAT ULAMANYA DARI KITAB YG MUKTABAR SILA CALL 013 3533 248 STIAP ISNIN RABU DAN KHAMIS (9.30 – 11MALAM) DI TEMPAT YG SELESA (KERUSI BESAR DAN AIRCOND)

DISINI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA UNTUK PENUNTUT PENGAJIAN BERKITAB DI DARUL ILMI DAN JUGA SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA

أهنأ لجميع طلاب دراسة الكتب التراثية والمعاصرة بدار العلم خاصة ولجميع المسلمين والمسلمات أنحاء العالم عامة بمناسبة عيد الأضحى المبارك. تقبل الله منا ومنكم

وكل عام وأنتم بالخير

Hukum memotong kuku dan rambut bagi orang yg hendak berkorban

Lepas ceramah saya di sebuah masjid/ surau ada yg bgtau seorang ustaz selebirity tv kata boleh potong kuku dan rambut bagi yg nak berkorban, jadi saya dah bgtau dia secara ringkas jawapan dan dalilnya, ni yg lengkap

Ulama telah berselisih pendapat tentang perkara kepada 3 pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus memotong kuku dan mengerat rambut dan bulu.

Ini pendapat Mazhab Hanafi.
Imam Tohawi berkata:

لا بأس بقص الأظافر والشعر في أيـــام الـعـشــر لمن عزم على أن يضحي, ولمن لــم يعزم على ذلك, وهو قول الإمام أبي حنيفة وصاحبيه.

Tidak mengapa memotong kuku dan rambut pada hari sepuluh yg pertama zulhijjah bagi yg berazam untuk korban dan juga bagi yang tidak berazam. Ini pendapat Abu hanifah dan dua sahabatnya (abu yusuf dan alhasan)

Dalil pendapat ini hadis aisyah:

   كان رسول الله يُهدي من المدينة, فأفتل قلائدَ هديه, ثم لا يجتنب شيئاً مما يجتنبه المُحْرِم
 

“Rasulullah saw menerima binatang di madinah sebagai pemberian untuk disembelih di mekah. Maka aku memintal2 kalung binatang itu dan Nabi saw tidak melarang sedikit pun apa yang dilarang bagi orang yang berihram.” Hadis Sahih bukhari dan Muslim
Ulasan Ulama terhadap bentuk pendalilan hadis ini:

PENDAPAT KEDUA: Makruh memotong kuku dan mengerat rambut dan bulu bagi sesiapa yang hendak berkorban dan sudah masuk 1 zulhijjah.

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya majmuk:

مذهبنا أن إزالة الشعر والظفر في العشر لمن أراد التضحية مكروه كراهة تنزيه حتى يضحي

Mazhab kami berpendapat Makruh menghilangkan rambut dan kuku pada 10 awal zulhijjah bagi sesiapa yang hendak berkorban sehinggalah selesai binatang tadi disembelih.

Dalil pendapat ini hadis dr ummu salamah:

إذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ ، فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا”

Apabila kamu masuk bulan zulhijjah dan hendak berkorban maka hendaklah dia tidak memotong rambut dan kulitnya. Hadis sahih Muslim

Ulama ini mengatakan hanya sunat tidak memotong kuku dan rambut kerana menggabungkan hadis ummu salamah ini dan hadis aisyah diatas.

PENDAPAT KETIGA: Haram memotong kuku dan rambut bulu bagi sesiapa yang hendak berkorban dan sudah masuk 1 zulhijjah.
Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalil pendapat ini:

Mereka berpegang dengan hadis ummu salamah dan mengatakan hadis ini mengkhususkan umumnya hadis aisyah.

KESIMPULAN
Pendapat kedua lebih kuat dan menggabungkan dua dalil yg sahih dari Nabi saw.

Untuk mengetahui lebih tentang banyak lagi isu2 korban sila lihat di kategori fekah korban dan akikah

Hukum solat duha 4 rakaat satu salam

Soalan dari facebook (pusat pengajian darul ilmi)
Salam ust. nak bertanya.

Hadis qudsi, Allah berfirman maksudnya:
Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.
(Riwayat Abu Daud)

Soalan: Solat yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah solat dhuha. Solat dhuha boleh dilakukan 2, 4, 6 atau 8 rakaat. Nak tanya, kalau buat 4 rakaat, apakah dibolehkan untuk solat 4 rakaat dengan satu salam?

Salman maskuri almisri menjawab:

Hadis yg diatas adalah seperti berikut:

يَا ابْنَ آدَمَ لا تَعْجِزْ عَنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ أَوَّلَ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ

“Wahai anak adam, janganlah kamu lemah dari melakukan empat rakaat pada awal siang pasti akan kucukupkan kamu pada akhirnya.”
Hadis ini sahih riwayat abu daud no 1289
Afdalnya adalah melakukan solat sunat duha 4 rakaat , 6 atau 8 dengan dua salam. INi berdasarkan hadis Nabi saw:

أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يوم الفتح ‏ ‏صلى ‏ ‏سبحة ‏ ‏الضحى ‏ ‏ثماني ركعات ثم سلم من كل ركعتين ‏

Sesungguhnya Rasulullah saw solat duha 8 rakaat dengan member salam setiap 2 rakaat.”

Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yg lemah

“صلاة الليل والنهار مثنى مثنى”.

Solat sunat siang dan malam dibuat dua rakaat dua rakaat.
رواه أحمد وأصحاب السنن.

Hadis ini diterima sanadnya tetapi ulama hadis menyatakan penambahan perkataan siang adalah satu kesilapan yang disebut oleh salah seorang perawinya ali al-BAriqi.

Imam Nawawi berkata dalam kitab Majmuk:

قال أصحابنا : ويسلم من كل ركعتين من الضحى

Ulama kami (syafie) berkata: Hendaklah bagi salam setiap dua rakaat solat duha.

Sebahgian ulama membenarkan untuk melakukan 4 rakaat dengan satu salam. (sila rujuk Fekah 4 mazhab syeikh aljazaiiri)

Kesimpulan: Afdalnya buat 4 rakaat dgn 2 salam tetapi diharuskan oleh sebahagian ulama untuk menghimpun 4 rakaat satu salam

Waallahu A’lam

Soal jawab boleh diajukan di FB (pusat pengajian darul ilmi) atau tweeter (salman_maskuri)
email salman_almisri tidak boleh bukak. Maaf siapa yg hantar soalan situ.

Pengajian pondok terbuka pakej 1 pada waktu malam (isnin rabu khamis –kitab nailur raja fekah ibadat syafie- feqh manhaji jilid 3 muamalat syafie – buluguhul maram hadis hukum dan tafsir ayat hukum 9.30 pm -11pm di melawati rm160 sebulan.
Atau pakej 2

(jumaat dan ahad- riyadus salihin , matan zubad fekah syafie, jauharah tauhid dan wajiz fil feqhil islami fekah 4 mazhab berdalil) rm 120 sebulan

Pengajian sesuai untuk semua muslim dan muslimah samada yg ada asas atau tidak. Sila call 013-3533 248 us salman

Hukum membatalkan puasa sunat

Hukum membatalkan puasa sunat

PENDAPAT PERTAMA: Mazhab Maliki dan Hanafi berpendapat wajib meneruskan puasa sunat setelah mana memulaknnya.

DALIL MEREKA:

إذا دعي أحدكم فليجب، فإن كان صائماً فليصلّ، وإن كان مفطراً فليطعم

“Apabila salah seorang kamu dijemput untuk kenduri walimah hendaklah dia datang. Sekiranya dia puasa hendaklah dia berdoa dan sekiranya dia tidak berpuasa hendaklah dia makan.” Hadis sahih Muslim

Imam Qurtubi berkata:

ولو كان الفطر جائزاً لكان الأفضل الفطر، لإجابة الدّعوة الّتي هي السّنّة‏.‏

Kalaulah berbuka itu diharuskan bagi orang yang puasa sunat pastilah sebaiknya dia berbuka kerana menerima panggilan adalah sunnah Nabi saw.

PENDAPAT KEDUA:

Mazhab Syafie dan Hambali berpendapat tidak wajib meneruskan puasa sunat.

DALIL MEREKA:

فجاء أبو الدرداء فصنع له طعاما ، فقال : كل ، فإني صائم . قال : ما آكل حتى تأكل ، فأكل

Abu darda datang membuat makanan kepada salman al-Farisi. Abu darda berkata “ Makanlah, sesungguhnya aku puasa.” Salman menjawab “ Aku tidak akan makan sehingga engkau makan.” Lalu Abu darda makan sekali.” Hadis sahih Bukhari

Dihujong hadis ini Nabi berkata “ Benarlah salman.”

Hadis Nabi saw:

الصائم المتطوع أمين نفسه إن شاء صام وإن شاء أفطر

“Orang yang puasa sunat pemegang amanah pada dirinya , sekiranya dia hendak dia boleh meneruskan puasa dan sekiranya dia hendak dia boleh berbuka.” Hr Tirmizi no 732

Bagaimana pun mereka berpendapat makruh berbuka puasa sunat kecuali sebab-sebab tertentu seperti hadis salman dan abu darda diatas maka disunatkan.

KESIMPULAN; pendapat kedua lebih kuat dari segi dalil dan hujjah.

Soal jawab ringkas di tweeter bersama saya : salman_maskuri. Maaf email saya ada problem

HUkUM MEBERI DAGING KORBAN UNTUK ORANG KAFIR

Hukum memberi daging korban kepada orang kafir

Soal jawab ringkas di tweeter bersama saya : salman_maskuri

Ulama bersepakat mengatakan haram member daging korban yg wajib kepada orang kafir dan berselisih pendapat tentang daging korban yg sunat kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA

Haram memberi daging korban yang sunat kepada orang kafir.
Ini pendapat mazhab Syafie kecuali imam nawawi .

PENDAPAT KEDUA

Harus memberinya kepada orang kafir YANG tidak memerangi orang Islam.
Ini pendapat mazhab Hambali , Abu Hanifah, Abu Thaur , imam nawawi dan Hasan al-Basri.

DALIL PENDAPAT MEREKA ADALAH UMUMNYA NAS YG MEMBENARKAN KITA BERBUAT BAIK DGN MEREKA

Firman Allah swt:

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan menghalau kamu dari negeri kamu . Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil. Ayat 8 surah al-Mumtahanah

إِنَّ أُمِّي قَدِمَتْ عَلَيَّ وَهِيَ رَاغِبَةٌ أَفَأَصِلُهَا ؟ قَالَ : ” نَعَمْ صِلِي أُمَّكِ “

Sesungguhnya Ibuku (yang musyrik) datang dan dan dia suka , adakah aku boleh menyambung talian silatur rahim dengannya?” Nabi saw menjawab : “Ya silakanlah”
Sahih bukhari dan muslim.

KESIMPULAN

Pendapat kedua lebih kuat dan lebih baik utk tujuan dakwah.

Hukum anak orang kafir mati sebelum baligh

Hukum mati budak kecil yang kafir

soal jawab ringkas di tweeter : salman_maskuri

PENDAPAT PERTAMA: Mereka diuji di hari kiamat sekiranya mereka lepas mereka ke syurga sekiranya tidak mereka akan masuk neraka.
Syeikh Abu Hassan Ali bin Ismail Asy-Syaari daripada Sunnah Wal Jamaah dan disokong oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya (Kitabul Iktiqad) dan disokong oleh ulama-ulama yang pakar.
“Daripada Al-Aswad bin Sari’ r.h.u, sesungguhnya nabi bersabda ‘Empat golongan yang mengadu kepada Allah pada Hari Kiamat iaitu pertama lelaki yang pekak (tidak mendengar apa-apa), kedua lelaki gila, ketiga lelaki nyayuk dan keempat lelaki ahli fatroh (golongan yang diantara Rasul-rasul). Adapun orang yang pekak tadi berkata ‘Sesungguhnya telah datang ajaran Islam dalam keadaan aku tidak mendengar apa-apa. Adapun org yang gila berkata ‘Sesungguhnya telah datang Islam kepada aku dengan keadaan budak-budak membaling aku dengan taik unta.’ Adapun orang tua yang nyanyuk berkata ‘Wahai Tuhanku sesungguhnya telah datang Islam kepadaku sedangkan aku tidak memahami apa-apa.’ Adapun ahli fatroh berkata ‘Wahai tuhanku tidak sampai ajaran Rasul kepadaku.’. Kemudian Allah membuat janji dengan mereka supaya mereka benar-benar taat kepada Allah lalu mereka dihantar ke neraka agar mereka masuk kedalamnya. Rasullulah berkata ‘Demi tuhan bahawa diri Muhammad dalam kekuasaanya kalaulah mereka masuk ke dalam api neraka tadi mereka berasa sejuk dan selamat.’”.

Riwayat yang pertama daripada Ahmad, Bazzar (2174) dan Baihaqi.
Dalam riwayat yang lain ditambah pada akhirnya kata-kata Nabi:
“Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka tersebut akan menjadi sejuk dan selamat dan sesiapa yang tidak masuk akan dicampak kedalam api neraka yang panas.
Riwayat yang kedua daripada Thabrani dalam Mu’jam Kabir (481).
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak sampai seruan dan ajaran Isalam termasuklah kanak-kanak orang kafir mereka diberi satu akur janji supaya mereka taat kepada Allah taala lalu mereka diuji dengan disuruh untuk masuk ke dalam neraka tanpa paksaan. Sesiapa yang masuk ke dalam api neraka akan menjadi sejuk dan akan dimasukkan ke dalam syurga dan sesiapa yang tidak mahu masuk maka mereka akan dihumbankan secara paksa dalam neraka.
Kedua-dua riwayat dihukum shahih oleh Al-Haythami.

PENDAPAT KEDUA: Sesungguhnya mereka (budak-budak kafir) dalam syurga dan ini berdasarkan hadis Shahih Bukhari no.6640 dari Samuroh bin Jundub r.a.h.u. Sebuah hadis yang panjang diantaranya Nabi bersabda:
“ dan adapun lelaki yang tinggi di Raudhah (taman syurga) adalah Nabi Ibrahim, dan adapun anak-anak ataupun wildan(budak-budak) yang ada disekelilingnya adalah setiap budak yang mati di atas fitrah. Lalu sebahagian orang Islam bertanya ‘Ya Rasulullah, adakah ianya termasuk dalam kanak-kanak orang kafir? Lalu Rasulullah saw menjawab, termasuk anak-anak yang kafir.’ ”
(Shahih Bukhari No.6640)
Pendapat ini dinukilkan oleh Imam As-Syaari daripada ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah.
Imam Ibrahin bin Muhammad Bajuri dalam kitabnya (Tuhfatul Murid) berkata sesiapa yang mati sebelum baligh maka ianya selamat daripada neraka sekalipun daripada kalangan anak-anak orang kafir

PENDAPAT KETIGA: Sesungguhnya anak-anak kafir yang mati bersama ayah mereka di neraka.
. Ini berdasarkan hadis Imam Ahmad dan Abu Daud.
“Abdullah hamba kepada Ghatif bin Yazid bertanya kepada Aisyah r.h.a tentang anak-anak orang kafir(yang mati sebelum baligh), Rasulullah SAW menjawab ‘Mereka bersama bapa-bapa mereka’, lalu Aisyah bertanya semula ‘Ya Rasulullah, Adakah mereka masuk ke neraka tanpa amal?’ Rasulullah SAW bersabda ‘Allah Azza wa Jalla lebih mengetahui yang mereka amalkan.’
(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud: 4712)

PENDAPAT KEEMPAT: Sebahagian Ulama’ mengatakan bahawa kita tidak perlu membincangkan masalah ini dan menyerahkan pada Allah taala.
Daripada Ibn Abbas “Sesungguhnya Nabi ditanya tentang anak-anak orang kafir lalu Nabi bersabda ‘Allah lebih mengetahui apa yang mereka buat’”
Hadis riwayat Bukhari (1383) dan Abu Daud (4711)

KESIMPULAN: Pendapat pertama lebih kuat kerana ianya menghimpunkan hadis-hadis yang berkait dengan hadis ini sepertimana yang disebut oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya semasa menafsirkan ayat 15 Surah Al-Isra’.Apa pun pendapat yang kita pegang, kita tidak boleh membincangkan dan berdebat perkara ini secara berlebihan berdasarkan:
Hadis daripada Ibn Abbas, “Rasullullah bersabda ‘Sentiasa umat ini dalam keadaan hampir dengan tuhannya selagimana mereka tidak sibuk membincangkan tentang hukum anak-anak orang kafir dan masalah qada’ dan qadar”
Hadis riwayat Ibn Hiban (6724) dan Al-Hakim.
Hadis shahih menurut Imam Haythami.
RUJUKAN: Kitab Tukhfatul Murid Jauharatut Tauhid, Tafsir Ibn Kathir dan Sunan Abu Daud
MAAF SUDAH LAMA TIDAK MENULIS KERANA ADA URUSAN TERTENTU, INSYALLAH AKAN KEMBALI AKTIF. SESIAPA YANG INGIN MENGIKUTI PENGAJIAN TAFAQUH FID-DEEN SILA RUJUK DALAM JADUAL PENGAJIAN DI ATAS DAN HUBUNGI NOMBOR DI SITU. TERBUKA UNTUK ORANG DEWASA.

Hukum air mani keluar selepas mandi wajib

Hukum air mani yang keluar selepas mandi wajib
SEKIRANYA KELUAR AIR MANI DENGAN SYAHWAT SELEPAS MANDI MAKA WAJIB MANDI MENURUT KESEPATAN MAZHAB YANG EMPAT
Sekiranya keluar air mani selepas mandi tanpa syahwat , maka ulama ada tiga pendapat:
Pendapat pertama: Wajib mandi.
Ini pendapat mazhab Syafie, satu riwayat dalam mazhab Hambali dan Imam al-Laith.
Imam Nawawi berkata:
ذا أمنى واغتسل ثم خرج منه مني على القرب بعد غسله لزمه الغسل ثانيا سواء كان ذلك قبل أن يبول بعد المني أو بعد بوله هذا مذهبنا نص عليه الشافعي واتفق عليه الأصحاب وبه قال الليث وأحمد في رواية عنه.
Apabila seseorang itu keluar air mani dan dia mandi, kemudian keluar semula tidak lama selepas itu , wajib dia mandi sekali lagi samada dia air mani keluar sebelum kencing atau selepas kencing. Ini adalah mazhab Syafie dan semua ulama syafie bersepakat terhadap perkara ini.
DALIL PENDAPAT PERTAMA INI ADALAH:
Hadis dari Abi Said al-Khudri:
إنما الماء من الماء

“Sesungguhnya mandi wajib apabila keluar air mani.” Hadis sahih Muslim
Hadis ini menunjukkan keluar air mani mewajibkan mandi tidak kira bila ianya keluar.
Pendapat kedua: Wajib mandi sekiranya air mani keluar sebelum keluar kencing dan tidak wajib sekiranya keluar selepas kencing.
Ini pendapat Mazhab Hanafi dan Auzaie.
Imam Imrani berkata dalam kitab al-Bayan:
وقال أبو حنيفة، والأوزاعي: (إن خرج قبل البول وجب عليه إعادة الغسل؛ لأنه بقية ماء خرج بدفق وشهوة. وإن خرج بعد البول لم يجب عليه؛ لأنه خرج بغير دفق وشهوة).

Abu hanifah dan Auzaie berpendapat “ Sekiranya air mani keluar sebelum kencing wajib dia mengulangi mandi kerana ia adalah air mani yg keluar dgn pancutan dan bersyahwat. Sekiranya keluar air mani selepas kencing tidak wajib mandi kerana ia keluar tanpa pancutan dan syahwat.”
Pendapat ketiga: Tidak wajib mandi.
Ini adalah pendapat mazhab Hambali, Ali, Ibnu Abbas, Ata , Zuhri dan lain2
Ibnu Quddamah berkata:
فأما إن احتلم، أو جامع؛ فأمنى، ثم اغتسل، ثم خرج منه مني فالمشهور عن أحمد أنه لا غسل عليه،
Siapa yang bermimpi tau berjimak hingga keluar mani , kemudian dia mandi, kemudian keluar air mani lagi, pendapat masyhur dari imam ahmad ialah tidak wajib mandi.
Dalil pendapat ketiga:
ما روى سعيد عن ابن عباس أنه سئل عن الجنب يخرج منه الشيء بعد الغسل؟ قال: يتوضأ،
Ibnu Abbas ditanya tentang org berjunub yg keluar air mani setelah mandi? Beliau menjawab “Hendaklah dia berwuduk.”
KESIMPULAN
Ini adalah masalah khilafiah. Pendapat mazhab syafie lebih berhati2.