Darulilmi

Home » Fekah aurat » adakah peha aurat?

adakah peha aurat?

Maaf dah lama tak menulis, insyaallah saya akan lebih kerap menulis

Adakah peha lelaki itu aurat?

Ulama berselisih pendapat adakah peha lelaki itu aurat kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA : peha lelaki itu buka aurat.
Ulama yang berpegang ini adalah Mazhab Syafie, Hambali , Hanafi dan sebahagian ulama maliki.
Imam Syirazi (mazhab Syafie) berkata:

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

عن جرهد الأسلمي قال، مر رسول الله صلى الله عليه وسلم وعلي بردة وقد انكشفت فخذي، فقال غط فخذك فإن الفخذ عورة”
Hadis dari jarhad alaslami berkata: Rasulullah saw lalu ketika aku sedang berselimut dan terbuka pehaku. Nabi saw bersabda “ Tutuplah peha mu sesungguhnya ianya aurat.”
رواه مالك في الموطأ وأحمد وأبو داود والترمذي وقال حسن الحديث أخرجه أيضاً ابن حبان وصححه
عن علي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم لا تبرز فخذك و لا تنظر إلى فخذ حي ولا ميت
Daripada Ali ra, Rasulullah saw bersabda “ Janganlah kamu dedahkan peha mu dan janganlah kamu melihat peha orang hidup dan mati.”
Hr Abu Daud dan Ibnu Majah

PENDAPAT KEDUA: peha bukanlah aurat.
Ini pendapat sebahagian dari ulama Maliki , sebahgian ulama hambali, ulama ahli zahir dan sufian atthauri.

DALIL PENDAPAT KEDUA

1. Hadis dari anas ra:
ثم حَسَرَ الإِزَارَ عن فخِذه حتى إني أَنْظُرُ إلى بَيَاضِ فَخِذِ نبي الله
“ Kemudian tersingkaplah peha Nabi saw sehingga aku melihat keputihan peha Nabi Allah.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
2. Hadis dari Aisyah ra
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان جالساً كاشفاً عن فخذه فاستأذن أبو بكر فأذن له وهو على حاله، ثم استأذن عمر فأذن له وهو على حاله، ثم استأذن عثمان فأرخى عليه ثيابه
Sesungguhnya Rasulullah saw duduk sambil terdedah pehanya, bila abu bakar meminta izin untuk masuk Nabi saw membenarkannya masuk dalam keadaan terdedah pehanya. Kemudian Umar ra meminta izin, baginda mengizinkannya masuk dalam keadaan pehanya tersingkap. Kemudian Usman meinta izin untuk masuk lalu baginda menutup pehanya.”
Hadis sahih Muslim Dan Baihaqi

PENDAPAT KETIGA: Mereka membahagikan aurat kepada dua 1. Aurat Mughalazah (berat) iaitu kemaluan depan dan belakang yang wajib ditutup pada semua keadaan. 2. Aurat Mukhaffah (ringan) iaitu peha hanya wajib ditempat2 yg diperlukan untuk lebih dimuliakan seperti dalam majlis2 ibadat atau keramaian.
Ini adalah pendapat ibnul qayim, Ibnu Qutaibah dan Ibnu Rusd .

DALIL MEREKA IALAH MENGHIMPUN DALIL 2 DUA PENDAPAT YANG LEPAS.
Ibnu Qayyim berkata:
وطريق الجمع بين هذه الأحاديث ما ذكره غير واحد من أصحاب أحمد وغيرهم: أن العورة عورتان: مخففة ومغلظة، فالمغلظة السوءتان، والمخففة الفخذان،
Cara menghimpunkan dua aliran hadis2 ialah apa yg disebut o;eh ulama1 mazhab Hambali dan lain2: Aurat ada dua 1. Aurat Mughalazah (berat) iaitu kemaluan depan dan belakang. 2. Aurat Mukhaffah (ringan) iaitu peha.

KESIMPULAN: pendapat jumhur ulama yang mengatakan peha adalah aurat adalah lebih kuat dan lebih berhati2.


2 Comments

  1. Ehsan says:

    Mohon share ya..

  2. Musafir Ilmu says:

    mohon ust tuliskan mengenai fekah muamalah antara syabab dan akhowat atau dgn bahasa mudah ikhtilat. face-to-face dan bagaimana dengan “ikhtilat alam maya iaitu fb tweeter n so on?”

    Mohon ust definisikan ikhtilat dengan sebaiknya. kaitkan dengan isu semasa hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: