Darulilmi

Home » fekah makanan » Hukum makan daging haiwan yang makan najis (JALLALAH)

Hukum makan daging haiwan yang makan najis (JALLALAH)

Hukum makan daging haiwan yang makan najis (JALLALAH)

Ulama telah berselisih pendapat dalam masalah ini kepada tiga pendapat:-

PENDAPAT PERTAMA: Haram memakan binatang ini. Ini pendapat mazhab Hambali.

Definasi dan hukum jalalah mengikut mazhab ini seperti disebut dalam kitab al-Mughni:

هي التي تأكل القذر ، فإذا كان أكثر علفها النجاسة ، حرم لحمها ولبنها

“ ia adalah binatang yg memakan kotoran, sekiranya kebanyakan makanannya adalah najis maka haram dimakan daging dan susunya.”

Dalil mereka ialah hadis-hadis berikut:

ما روى ابن عمر ، قال : { نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكل الجلالة وألبانها . } رواه أبو داود

Dari ibnu Umar “ Rasulullah saw menegah dari makan daging binatang jalalah dan susunya’ Hr Abu Daud

عن عبد الله بن عمرو بن العاص ، قال : { نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الإبل الجلالة ، أن يؤكل لحمها ، ولا يحمل عليها إلا الأدم ، ولا يركبها الناس حتى تعلف أربعين ليلة . } رواه الخلال بإسناده .

Dari Abdullah bin Amru “ Rasulullah saw menegah makan daging unta jalalah, tidak diletakkan diatasnya kecuali lauk pauk dan ditunggang kecuali diberi makan dgn makananan yg bukan najis selama 40 malam.”

PENDAPAT KEDUA: Harus memakan binatang ini. Ini Mazhab Maliki.

Dinukilkan dari ibnu Rusyd al-Maliki:

أنه لا اختلاف في المذهب أن أكل لحوم ‏الماشية والطير التي تتغذى بالنجاسة حلال جائز

Sesungguhnya tidak ada khilaf dalam mazhab Maliki bahawa makan daging ternakan, burung yang makan najis adalah halal.”

Hujjah mereka ialah mereka qias dengan orang kafir yang minum arak dan makan babi tetapi tidak tubuh mereka tidak najis.

PENDAPAT KETIGA: makruh makan daging dan susu binatang jalalah. Ini pendapat mazhab Syafie dan hanafi.

Definasi jalalah dalam mazhab Hanafi sama dgn definasi mazhab hambali tetapi definasi jalalah dlm mazhab Syafie ialah binatang yang makan najis sehingga berubah bau dagingnya.

HUJJAH MEREKA: Ialah dalil yang digunakan oleh mazhab Hambali tetapi mereka mentafsirkan larangan ini kepada larangan makruh kerana daging yg lama sehingga berbau hanya makruh dimakan.

KUARANTIN BINATANG JALALAH

Para ulama bersepakat bahawa jika binatang ini dikuarantin maka halal dagingnya. Masa kuaranti itu berbeza mengikut ulama:

Pendapat Ata’: Dikuarantin ayam dan burung selama tiga hari dan lembu dan unta selama 40 hari.

Pendapat Ahmad: Dikuarantin semua jenis binatang selama 40 hari.

Imam Nawawi: Dikuarantin sehingga hilang baunya.

Pengarang tibyanul haqaiq: 40 hari untuk unta , 20 hari untuk lembu , 10 hari untuk kambing dan 10 hari untuk ayam.

KESIMPULAN

Pendapat yang kuat ialah makruh seperti dipilih oleh kebanyakan ulama. Imam khatobi berkata dalam “Ma’alimus Sunan”

كره أكل لحومها ‏وألبانها تنزها وتنظفا

“ Makruh dimakan daging dan susunya kerana menuntut kebersihan.”


1 Comment

  1. Syafiee says:

    Salam, ustaz nak tanya, apa pandangan ustaz ttg hadis ini?
    Rasulullah SAW bersabda :Ertinya : “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak akan melihatnya” (Hadits riwayat Imam Abu Dawud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331)

    Sebabnya, ada yg megatakan isbal itu haram.. Adakah ianya benar melalui hadis ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: