Darulilmi

Home » 2012 » July » 27

Daily Archives: July 27, 2012

HUKUM MENGHADIAHKAN AMALAN KEPADA SIMATI

Ulama bersepakat bergunanya doa untu simati. Ini berdasarkan firman Allah swt:

وَٱلَّذِينَ جَآءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَانِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاًّ لِّلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

” Dan orang-orang yang datang selepas mereka berkata ” Wahai tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara2 kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah kamu jadikan kedengkian kepada orang2 beriman wahai tuhan kami sesungguhnya kamu adalah maha beri pengampunan dan maha penyayang.”
Begitu juga ulama sepakat dengan sampainya sedekah harta kepada simati. Ini berdasarkan hadis berikut:

يا رسول الله إن أمي ماتت، فينفعها إن تصدقت عنها؟ قال: ((نعم)) رواه أبو داود

” Ya Rasulullah sesungguhnya ibuku mati adakah dia dapat manfaat sekiranya aku sedekahkan kepadanya.” HR Abu Daud

Begitu juga ulama sepakat dengan sampainya haji. Ini berdasarkan hadis:

وجاءت امرأة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: يا رسول الله إن فريضة الله في الحج أدركت أبي شيخاً كبيراً لا يستطيع أن يثبت على الراحلة، أفأحج عنه؟ قال: ((أرأيت لو كان على أبيك دين أكنت قاضيته؟)) قالت: نعم، قال: ((فدين الله أحق أن يُقضى))

Datang seorang wanita  kpd Nabi saw dan bertanya ” Ya Rasulullah sesungguhnya kefarduan haji telah diwajibkan kepada ayahku dan beliau tidak mampu untuk menunggang kenderaan, apakah boleh aku menunaikan haji untuknya?” Nabi saw menjawab ” Apa pandangan mu sekiranya ayahmu ada hutang harta adakah engkau membayarnya (sekiranya dia sudah mati) ? wanita tadi menjawab “Ya” Nabi pun membalas ” Hutang Allah lebih patut dibayar.”

Hr Ahmad dan Nasaie

begitu juga ulama bersepakat sampainya puasa kepada simati berdsarkan hadis, dimana seorang wanita berkata:

إن أمي ماتت وعليها صوم شهر أفأصوم عنها؟ قال: ((نعم))

Sesungguhnya ibuku mati dalam keadaan berhutang puasa selama sebulan, adakah aku boleh berpuasa bagi pihaknya? Nabi saw menjawab ” Ya”

Imam Ibnu Quddamah berkata:

وهذه أحاديث صحاح، وفيها دلالة على انتفاع الميت بسائر القُرب؛ لأنَّ الصوم، والحج، والدعاء، والاستغفار عبادات بدنية، وقد أوصل الله نفعها إلى الميت، فكذلك ما سواها

Ini semua adalah hadis sahih dan ia menunjukkan mayat mendapat manfaat dari semua amalan ibadah yg dihadiahkan oleh yg hidup kerana puasa, haji, doa, istigfar adalah ibadat badan , sesungguhnya Allah menyampaikannya kepada mayat, begitu juga dengan amalan lain.”

ULAM BERSELISIH PENDAPAT TERHADAP SAMPAINYA BACAAN AL-QURAN DAN SOLAT KEPADA SIMATI KEPADA DUA PENDAPAT:-

PERTAMA: Sampai bacaan quran kepada simati, Ini pendapat kebanyakan ulama iaitu Mazhab Hanafi , Hambali dan ulama mutaakhirin (terakhir) dalam mazhab syafie dan Maliki. Ini juga pendapat ibnu Taimiah.

Ibnu taimiah berkata:

((الصحيحُ أنَّه ينتفع الميت بجميع العبادات البدنية: من الصلاة، والصوم، والقراءة، كما ينتفع بالعبادات المالية: من الصدقة، والعتق، ونحوها باتفاق الأئمة…))

Pendapat sahih sesungguhnya mayat menerima manfaat dari semua amalan badan yang disedekahkan seperti solat, puasa, bacaan seperti mendapat manfaat dari amalan harta yg disedekahkan seperti sedekah, membebaskan hamba dan sebagainya mengikut kesepakatan ulama.”

Dalil mereka adalah hadis Abi said alkhudri apabila beliau menggunakan fatihah untuk mengubat penghulu yang kena sengatan. Apabila Nabi saw ditanya tentang perkara tersebut , baginda menjawab:

وما يدريك أنها رقية ثم قال قد أصبتم اقسموا واضربوا لي معكم سهما فضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم

” Mana kamu tahu alfatihah adalah satu jampi ” Kemudian baginda berkata ” Betullah apa yg kamu buat berilah aku bahagian dari upah dari jampian itu (Nabi hanya melawak)” lalu baginda ketawa.

Imam assubki berkata:وإذا كان تفعت الحي بالقصد كان نفع الميت بهت أولى

kAlaulah orang hidup mendapat manfaat dari bacaan tersebut maka orang mati lebih patut.”

KEDUA: Tidak sampai amalan bacaan alQuran yg dihadiahkan kepada simati. Ini pendapat ulama mutaqaddimin (terawal ) dari mazhab Syafie dan Maliki. Ini juga dipegang oleh ulama saudi.

KESIMPULAN: SAYA MEMILIH PENDAPAT JUMHUR YG PERTAMA YG MENGATAKAN SAMPAINYA AMALAN BACAAN KEPADA SI MATI. NAMUN TIDAK PERLU KITA MEMPERDEBAT DAN MEMBESARKAN PERKARA KHILAFIYAH INI.

apa2 soalan yg berkaitan dgn tajuk atau tidak (soalan agama) boleh diajukan di komen atau email salman_almisri@yahoo.com