Darulilmi

Home » 2012 » July » 13

Daily Archives: July 13, 2012

HUKUM MENGANGKAT SUARA DENGAN BACAAN QURAN ATAU LAINNYA SEMASA MENGIRINGI JENAZAH

HUKUM MENGANGKAT SUARA DENGAN BACAAN ALQURAN ATAU SEBAGAINYA SEMASA MENGIRINGI JENAZAH

ULama empat mazhab bersepakat dilarang mengangkat suara semasa jenazah diangkat samada dengan bacaan al-Quran atau lainnya. Kebanyakan ulama (mazhab Maliki, Syafie dan hambali) mengatakan makruh dan mazhab Hanafi mengatakan makruh tahrim (berdosa).

Imam Ibnu Qudamah (Hambali) berkata:

ويكره رفع الصوت ثم الجنازة لنهي النبي صلى الله عليه وسلم أن تتبع الجنازة بصوت،

Makruh mengangkat suara untuk jenazah kerana tegahan Nabi saw untuk diiringo jenazah dgn suara.

Imam Ibnu Muflih (maliki):

ويكره رفع الصوت ولو بالقراءة اتفاقاً

Makruh mengangkat suara untuk jenazah walaupun dgn bacaan alQuran (sepakat mazhab (maliki)

Syeikh Syarbini (syafie) berkata dlm mughnil muhtaj:

ويكره اللغط وهو ارتفاع الأصوات في السير مع الجنازة

Makruh bising iaitu mengangkat suara semasa berjalan dgn jenazah.

Imam Tahawi (hanafi) berkata:

ويكره رفع الصوت قيل يكره تحريماً

Makruh mengangkat suara dan dikatakan sebagai makruh tahrim (berdosa)

DALIL DAN SEBAB

Dalilnya adalah:

(( لا تتبع الجنائز بصوت ولا نار )

“Jenazah tidak boleh diiringi suara dan api.”

HR Abu Daud

وسمع عبد الله بن عمر رضي الله عنهما رجلاً يقول في جنازة استغفروا لأخيكم فقال ابن عمر: لا غفر الله لك،

Abdullah bin Umar mendengar seorang lelaki berkata terhadap jenazah (suara kuat) “ Mintalah ampun untuk saudara kamu” Ibnu umar menjawab “ Allah tidak mengampunkan dosamu.”

SEBAB LARANGAN IALAH MENYERUPAI DGN PERBUATAN ORANG NASRANI.

APA YG SEPATUTNYA DILAKUKAN SEMASA MENGIRINGI JENAZAH

Disebut dlm kitab majmuk:

والمختار بل الصواب ما كان عليه السلف من السكوت في حال السير مع الجنازة، ولا يرفع صوته بقراءة ولا ذكر ولا غيرهما بل يشتغل بالتفكر في الموت وما يتعلق به

Pendapat yg terpilih ialah bahkan yg betulnya adalah apa yg dilakukan oleh salafus soleh semasa berjalan dgn jenazah tidak mengangkat suaranya dgn alquran, zikir dan lain2 bahkan sibuk berfikir tentang kematian dan yg berkait dgnnya.