HUKUM QUNUT SUBUH
Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum qunut subuh yang bukan qunut nazilah . Ada dua pendapat:
PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan qunut subuh. Ini pendapat Mazhab Syafie dan Maliki. INi juga pendapat Abu Bakr as-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman, Ali , Ibnu Abbas dan Barra bin Azib, mazhab Ibnu Abi LAila, Hasan bin Soleh dan Daud az-zahiri. (dinukil dari kitab majmuk oleh Imam Nawawi)
Imam khatib as-syarbini (syafie) berkata dalam kitab muhnil muhtaj:
وَيُسَنُّ الْقُنُوتُ فِي اعْتِدَالِ ثَانِيَةِ الصُّبْحِ
“ Dan disunatkan qunut pada iktidal yang kedua pada subuh.”
Imam al-Khorsyi (maliki) berkata:
وَنُدِبَ الْقُنُوتُ عَلَى الْمَشْهُورِ …وَيُنْدَبُ أَيْضًا أَنْ يَكُونَ سِرًّا وَيُنْدَبُ أَيْضًا أَنْ يَكُونَ فِي الصُّبْحِ
“ Dan disunatkan qunut mengikut pendapat yg masyhur. Disunatkan juga secara perlahan dan pada waktu subuh.”
DALIL PENDAPAT MENGATAKAN SUNATNYA QUNUT SUBUH
1.
أخرج الدارقطني وعبد الرزاق وأبو نعيم وأحمد والبيهقي والحاكم وصححه عن أنس: (أن النبي صلى اللَّه عليه وآله وسلم قنت شهراً يدعو على قاتلي أصحابه ببئر معونة ثم ترك فأما الصبح فلم يزل يقنت حتى فارق الدنيا)
“ Nabi saw berqunut selama sebulan mendoakan kehancuran terhadap pembunuh2 peristiwa bi’r mau’unah kemudian Nabi saw meninggalkan qunut kecuali pada subuh yang mana meneruskannya sehinggalah wafat.”
Imam Nawawi, Ibnu solah, alhakim, alhafiz Muhammad bin Ali albalkhi menghukum hadis ini sahih.
2. Awwam bin Hamzah berkata:
سألت أبا عثمان عن القنوت في الصبح قال: بعد الركوع، قلت عمن ؟ قال: عن أبي بكر، وعمر، وعثمان رضي الله عنهم.
Aku bertanya Abu usman tentang qunut subuh. Beliau menjawab “ Selepas ruku’” Aku bertanya “ Dari siapa?” beliau menjawab “ Abu Bakr , Umar dan Usman ra.
Imam Baihaqi berkata ini hadis hasan.
3.
وروى البخاري 1001 ومسلم 677 عن أيوب، عن محمد قال: ” سئل أنس أقنت النبي صلى الله عليه وسلم في الصبح ؟ قال : نعم فقيل له : أو قنت قبل الركوع ؟ قال بعد الركوع يسيرا ” وهذا لفظ البخاري
“ Anas ra ditanya adakah Nabi saw qunut waktu subuh?” Anas menjawab “ Ye” Ditanya lagi “ Adakah qunut sebelum ruku?” Anas ra menjawab “ Sejurus selepas ruku’”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
PENDAPAT KEDUA: Tidak sunat qunut subuh. Ini pendapat ibnu mas’ud, Abu hnifah dan anak muridnya , sufyan athauri dan ahmad bin hambal.
DALIL PENDAPAT INI
1.
ما رواه البخاري 1003 , ومسلم 677 وأبو داود 1445, والنسائي 2/203 , وغيرهم , عن أنس بن مالك رضي الله عنه ” أن النبي صلي الله عليه وسلم قنت شهرا يدعو على أحياءٍ من العرب, ثم تركه “
“ Nabi saw berdoa qunut sebulan untuk kehancuran beberapa kabilah arab kemudian meninggalkannya.”
Hadis sahih bukhari dan Muslim.
Imam nawawi berkata:
Maksud hadis ini ialah meninggalkan doa laknat kepada orang kafir sahaja bukan meninggalkan semua qunut. Ataupun maksudnya meninggalkan qunut selain subuh.”
Kesimpulan
Ini adalah adalah diantara perkara khilafiah furu’ , kita tidak patut berbalah pasalnya. Hormatilah pandangan orang lain.
APA PERSOLAN AGAMA BOLEH POST PD KOMEN ATAU EMAIL salman_almisri@yahoo.com
MUSYKIL HUKUM HAKAM QUNUT ATAU SOLAT ATAU LAIN2 JUGA BOLEH DIAJUKAN.
«
Ustaz, adakah di sini ada kesilapan typoerror?- “PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan qunut subuh. Ini pendapat Mazhab Maliki dan Maliki.”
ye silap taip, sebenarnya satu tu mazhab syafie. syukran
Assalamualaikum, Ustaz, Saya ingin bertanyakan mengenai ayat ayat yang di baca oleh Sahabat Nabi SAW – Abdullah Ibn Mas’ud ketika beliau merawat pesakit pesakit.
Terima Kasih Ustaz
waalaikumsalam ini hadis tentang bacaan ibnu masud kpd pesakit:
عن ابن مسعود أنه قرأ في أذن مصاب (( أفحسبتم أنما خلقناكم عبثأً(115)…. )) حتى ختم السورة فبرئ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((بما ذا قرأت في أذنه ؟ )) فأخبره ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( والذي نفسي بيده لو أن رجلاً موقناً قرأ بها على جبل لزال ))
فتح القدير (3/502 ) قال أخرجه الحكيم الترمذي ، وأبو يعلى ، وابن المنذر ، وابن حاتم ، وابن السني في عمل اليوم والليلة ، وابن مردويه وأبو نعيم في الحلية .
IBnu Masud membaca ayat 115 sampai habis surah almukminun kepada telinga pesakit kemudian pesakit itu sembuh. Rasulullah saw bersabda ” Apa yang engkau baca ditelinganya”. Ibnu masud memberitahu apa yg dibaca dan Nabi pun bersabda ” Demi diriku dalam kekuasaanya sekiranya lelaki yang yakin membacanya keatas gunung pasti hilang gunung itu.”
salam alaik. ustaz, ana nak bertanya,
1) perlukah sujud sahwi jika dengan sengaja meniggalkan doa qunut?
salam, dalam mazhab syafie sunat sujud sahwi walaupun senghaja meninggalkan qunut.
Bagaimana Kalo kita sebagai makmum, dan imam tidak melakukan qunut,, apa kita harus sujud sahwi,, ustad,,,
salam tak payah sujud sahwi jika imam tak sujud sahwi
ass. ana mau bertanya adakah hadist atau dalil yang menganjurkan qunut dalam solat magrib,soalnya di kampung setiap hari dan setiap solat magrib sering melakukan qunut