Darulilmi

Home » FEKAH HADIS » HUKUM BERAMAL DGN HADIS DOIF (DAIF)

HUKUM BERAMAL DGN HADIS DOIF (DAIF)

HUKUM BERAMAL DGN HADIS DOIF (DAIF)

ADA BEBERAPA HUKUM TENTANG BERHUKUM DENGAN HADIS DOIF:

PERTAMA: DIGUNAKAN HADIS DOIF UNTUK DIKAITKAN DENGAN AKIDAH SEPERTI KETUHANAN, KUBUR DAN ALAM AKHIRAT. PARA ULAMA BERSEPAKAT TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN HADIS DOIF.

KEDUA: DIGUNAKAN HADIS DOIF UNTUK KELEBIHAN AMALAN. KEBANYAKAN ULAMA MEMBOLEHKANNYA . IMAM IBNU HAJAR ASQALANI TELAH MELETAKKAN 3 SYARAT:

. -أن لا يكون ضعفه شديداً .
-وأن يندرج تحت أصل عام .
-وأن لا يعتقد عند العمل به ثبوته عن رسول الله صلى الله عليه وسلم .

1. Tidak terlampau lemah sanadnya (seperti mauduk dan matruk)
2. hendaklah kandungan hadis itu termasuk perkara yang sudah tetap pensyariatannya dalam islam.
3. tidak dipegang ketika beramal dgn hadis ini, ianya dari Rasulullah saw.

Malahan imam nawawi berkata dalam mukadimah matan arbaien:

و قد اتفق العلماء على جواز العمل بالحديث الضعيف فى فضائل الأعمال”

Ulama bersepakat harus beramal dengan hadis doif untuk kelebihan amalan.”

KETIGA: DIGUNAKAN PADA HUKUM HAKAM. TERDAPAT TIGA PENDAPAT DALAM MASLAH INI:

PENDAPAT PERTAMA: HADIS DOIF LANGSUNG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SAMADA PADA HUKUM HAKAM ATAU KELEBIHAN AMALAN.

Ini pendapat Bukhari , Muslim ,dan ibnu Hazm azzohiri.

قال الكوثري رحمه الله في “المقالات” (ص45): «والمنعُ من الأخذ بالضعيف على الإطلاق: مذهبُ البخاري، ‏ومسلم، وابن العربي شيخ المالكية في عصره، وأبي شامة المقدسي كبير الشافعية في زمنه، وابن حزم ‏الظاهري، والشوكاني.

Al-Kauthari berkata dalam kitabnya al-Maqalat (s45) : Ditegah mengambil hadis doif langsung ialah pendapat Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Arabi almaliki, Abu Syamah as syafie, Ibnu Hazm azzahiri dan assyaukani.

DALIL MEREKA:

ما رواه مسلم في صحيحه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ‏«مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ»

Dalam hadis sahih Muslim, Nabi saw bersabda: “ Sesiapa yang meriwayatkan hadis daripadaku dilihat dia adalah seorang yang bohong maka dia adalah salah seorang yang bohong.”

PENDAPAT KEDUA: HARUS BERAMAL HADIS DOIF SAMADA UNTUK HUKUM HAKAM ATAU KELEBIHAN AMALAN.

Ini pendapat kebanyakan ulama Hanafi dan ulama mutaakkhirin.

As-Sakhawi dalam kitab fathul mughis:

عن ابن حزم أن جميع الحنفية على أن مذهب إمامهم أيضاً أن ضعيف الحديث أولى عنده من الرأي والقياس”

Dari ibnu hazm bahawa semua ulama hanafi menyatakan hadis daif lebih baik digunakan dari ijtihad dengan pandangan sendiri dan qias.”

PENDAPAT KETIGA: HADIS DOIF HANYA DIGUNAKAN UNTUK KELEBIHAN AMALAN DAN TIDAK BOLEH UNTUK HUKUM HAKAM.

Imam nawawi berkata dalam kitabnya al-Azkar:

قال العلماء من المحدثين والفقهاء وغيرهم يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعاً ، وأما الأحكام كالحلال والحرام والبيع والنكاح والطلاق وغير ذلك فلا يعمل فيها إلا بالحديث الصحيح أو الحسن ،

Ulama hadis dan fekah berkata harus dan sunat beramal dengan hadis doif pada kelebihan amalan, hadis yang menggalakkan kebaikan dan menakutkan membuat kejahatan selagi tidak mauduk (hadis palsu). Adapun hokum hakam, halalharam, jual beli, pernikahan, cerai dan lain2 hanya diamalkan hadis sahih atau hasan.

PENDAPAT KETIGA INI LEBIH KUAT MENURUT KEBNYAKAN ULAMA.


2 Comments

  1. hanim abdul hamid says:

    Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya mengenai hukum perempuan bersalin di sambut oleh doktor lelaki..terima kasih ustaz

  2. waalaikumsalam

    Ulama mengharuskan lelaki mengubati wanita sekiranya tiada wanita ditempat itu dan ada keperluan yg penting untuk pengubatan. Ini berdasarkan:

    أن أم سلمة رضي الله عنها استأذنت رسول الله صلى الله عليه وسلم في الحجامة فأذن لها فأمر أبا طيبة أن يحجمها ” . [ أخرجه مسلم 2206 ]

    “Sesungguhnya Ummu salamah meminta izin Rasulullah saw untuk berbekam lalu baginda izinkan dan menyuruh Abu Taybah untuk membekamnya.” Hadis sahih Muslim

    Insyaallah saya menulis pasal tajuk pd masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: