Darulilmi

Home » 2012 » June » 28

Daily Archives: June 28, 2012

HUKUM MENGAMBIL UBAT MENAHAN HAID UNTUK PUASA ATAU HAJI

Ulama bersepakat wanita yang berhaid tidak wajib berpuasa dan wajib menggantikannya berdasarkan:

كنا نحيض على عهد رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فنؤمر بقضاء الصوم، ولا نؤمر بقضاء الصلاة” (متفق عليه ).

“ Dulu kami berhaid dizaman Rasulullah saw , kami disuruh untuk ganti puasa dan tidak disuruh ganti solat. “ Sahih Bukhari dan Muslim.

Ulama juga bersepakat haram menggunakan ubat penahan haid sekiranya ia memberi kemudaratan pada tubuh. Ini berdsarkan:

{… وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ …} ( البقرة 195 )

“ Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan.”

Kebanyakan ulama masa kini membenarkan wanita mengambil ubat penahan haid untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan diantaranya ialah Dr Yusuf Qardawi, Dr Ali JUmaah, DR Wahbah Az-Zuhaili, pusat fatwa mesir dan Fatwa ulama Quds.

INi nas fatwa ulama Quds :

يجوز تناول الحبوب التي تؤخر الحيض ما لم يترتب على تناولها ضرر

“ Harus mengambil pil melewatkan haid selagi tidak memberi kemudaratan.”

Ini Nas fatwa Wahbah az zuhaili dlm fatwanya:

هذه المرأة وأمثالها أن تفعل ذلك في رمضان أو في رحلة الحج‏،‏ لكنها لا تكلف ولا تلزم بذلك

Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti .

Ulama silam pun ramai yang membenarkannya daintaranya mazhab Syafie dan mazhab Hambali.

Imam Ahmad berkata:

لا بأس أن تشرب المرأة دواء يقطع عنها الحيض إذا كان دواء معروفاً “(كما في المغني 1/221

“ Harus seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat yg dikenali .”

KESIMPULAN: RAMAI ULAMA YG MEMBENARKAN MENGAMBIL UBAT MENAHAN HAID UNTUK PUASA DAN JUGA HAJI SELAGI TIDAK MEMBERI KEMUDARATAN