Darulilmi

Home » FEKAH MASJID » HUKUM BERCAKAP HAL DUNIA DI MASJID

HUKUM BERCAKAP HAL DUNIA DI MASJID

HUKUM BERCAKAP HAL DUNIA DI MASJID

Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini:

PERTAMA : Mazhab syafie mengharuskan bercakap hal dunia di masjid selagi tidak mengganggu orang ibadat.

Imam nawawi berkata:

يَجُوزُ التَّحَدُّثُ بِالْحَدِيثِ الْمُبَاحِ فِي الْمَسْجِدِ وَبِأُمُورِ الدُّنْيَا وَغَيْرِهَا مِنَ الْمُبَاحَاتِ وَإِنْ حَصَل فِيهَا ضَحِكٌ وَنَحْوُهُ مَا دَامَ مُبَاحًا. {انظر: المجموع شرح المهذب 2/180)}

“Harus bercakap dengan perkara yg harus dan urusan dunia di masjid sekalipun ada diselangi ketawa dan sebagainya selagimana dalam ruang lingkup yg harus.

Dalil mereka:

كَانَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَقُومُ مِنْ مُصَلاَّهُ الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ الصُّبْحَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، فَإِذَا طَلَعَتِ الشَّمْسُ قَامَ، وَكَانُوا يَتَحَدَّثُونَ فَيَأْخُذُونَ فِي أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ فَيَضْحَكُونَ وَيَتَبَسَّمُ {أخرجه مسلم}.

“ Rasulullah saw tidak bangun dari tempat solatnya selepas subuh sehinggalah terbit matahari. Apabila terbit matahari baginda bangun dan mereka bersembang tentang perkara jahiliah sehingga ketawa dan tersenyum

KEDUA: mazhab hanafi mengatakan makruh tahrim (haram) bercakap di masjid. Dalil mereka:

الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل البهائم الحشائش
“ Bersembang di masjid menyebabkan dimakan pahala kebaikannya seperti binatang memakan rumput.”

Namun hadis ini adalah tidak ada sumber rujukannya dan bukan dari kalam Nabi saw.

KETIGA: mazhab Hambali dan Maliki mengatakan makruh.

Ibnu Qudamah berkata:
وَيُكْرَهُ أَنْ يَخُوضَ فِي حَدِيثِ الدُّنْيَا

“ Makruh bercakap pasal dunia.”

أخرج الحاكم في المستدرك 4/359 بسنده إلى أنس بن مالك رضي الله تعالى عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يأتي على الناس زمان يتحلقون في مساجدهم وليس همتهم إلا الدنيا ، ليس لله فيهم حاجة فلا تجالسوهم ، هذا حديث صحيح ولم يخرجاه . قال : الذهبي في التلخيص :صحيح.

“ Akan tiba satu masa dimana manusia akan berkumpul di masjid dan keinginan mereka hanya dunia semata2. Allah tidak memerlukan kepada apa yg mereka buat dan janganlah kamu duduk bersama mereka.” Hadis sahih riwayat Hakim

KeSIMPULAN:

Pendapat yg kuat ialah : Syeikh Atiah Saqr dan Fatwa ulama Quds menyatakan harus bercakap pasal dunia selagi tidak mengganggu orang yang beribadah.

SEGALA PERSOALAN BOLEH DIAJUKAN DI salman_almisri@yahoo.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: