Darulilmi

Home » 2012 » June » 23

Daily Archives: June 23, 2012

HUKUM SOLAT JAMAK KERANA HUJAN

HUKUM SOLAT JAMAK KERANA HUJAN

Mazhab Syafie , Maliki dan Hambali berpendapat harus jamak untuk hujan.

DALIL PENGHARUSAN

عن ابن عبّاس رضي الله عنهما قال‏:‏ «صلّى رسول اللّه صلى الله عليه وسلم بالمدينة الظّهر والعصر جميعاً والمغرب والعشاء جميعاً» زاد مسلم «من غير خوف ولا سفر»‏.‏

“ Rasulullah saw sembahyang zuhur dan Asar secara jamak di Madinah dan magrib serta isya secara jamak. (Hadis sahih Bukhari) dalam riwayat muslim ditambah “ Tanpa ada sebab takut atau bermusafir.”

Imam Syafie dan Malik berkata:

أرى ذلك بعذر المطر

“Aku berpendapat ini disebabkan hujan.”

HUKUM HAKAM YG BERKAIT

1. Mazhab maliki dan Hambali tidak membenarkan jamak untuk bagi solat zuhur dan asar berdasarkan kata2 Abi salamah bin abdur rahman:-

«إنّ من السّنّة إذا كان يوم مطير أن يجمع بين المغرب والعشاء»‏.

“ Sesungguhnya daripada sunnah ialah menjamakkan solat magrib dan Isya ketika hujan.”

ADAPUN MAZHAB SYAFIE MEMBOLEHKAN JAMAK BAGI ASAR DAN ZUHUR SEPERTI MANA DIBOLEHKAN MAGRIB DAN ISYA.

2. MAZHAB SYAFIE DAN MALIKI HANYA MEMBENARKAN JAMAK TAKDIM UNTUK HUJAN.

Adapun mazhab hambali dan juga qaul qadim bagi imam Syafie membenarkan jamak takdim dan jamak takhir.

SYARAT2 JAMAK HUJAN BAGI MAZHAB SYAFIE ADALAH SAMA DGN SYARAT JAMAK TAKDIM SEMASA MUSAFIR IAITU MULAKAN DGN SOLAT YG PERTAMA (MAGRIB ATAU ZUHUR), NIAT JAMAK PADA SOLAT PERTAMA DAN BERTURUT2.

DITAMBAH SYARAT KHAS UNTUK JAMAK KERANA HUJAN:

1. ADANYA HUJAN SEMASA TAKBIRATUL IHRAM SOLAT YANG PERTAMA DAN KEDUA DAN SEMASA SALAM SOLAT KEDUA.

2. RUKHSAH INI HANYA UNTUK YANG SOLAT JEMAAH DI MASJID. Ini pendapat mazhab Syafie dan Maliki. Mazhab Hambali mengharuskan untuk solat jamak kerana hujan di rumah atau dimasjid, bersendirian atau berjemaah.

3. MAZHAB SYAFIE DAN MALIKI TIDAK MEMBENARKAN JAMAK UNTUK ANGIN YANG KUAT. Mazhab hambali membenarkannya.

Rujukan : الموسوعة الفقهية الكويتية