Darulilmi

Home » 2012 » June » 21

Daily Archives: June 21, 2012

HUKUM GAMBAR FOTOGRAFI

HUKUM GAMBAR FOTOGRAFI

Hukum gambar fotografi berbeza dengan gambar yang dilakar dan dilukis. Gambar yang dilukis adalah haram menurut jumhur Ulama (Mazhab Syafie, hanafi dan Hambali) dan insyaallah saya bahaskan dalam artikel yang lain.

KEBANYAKAN ULAMA MASA KINI MENGHARUSKAN GAMBAR FOTOGRAFI SEPERTI mufti mesir DR Ali jumaah dlm fatwanya , bekas mufti mesir Syeikh Muhammad bakhit almuti’ie dalam kitabnya الجواب الشافي في إباحة التصوير الفوتوغرافي) , syeikh Muhammad hasanain makhluf dan syeikh ali sobuni dalam tafsir ayatil ahkam.

DALIL PENGHARUSAN:

فالأصل في الأشياء الإباحة؛ لأن الله سبحانه سَخَّر كل شيء في الأرض لمنفعة الإنسان فقال:{هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا}[البقرة: 29]،

ASal kepada sesuatu perkara adalah hukumnya harus kerana Allah mempermudahkan semua sesuatu di muka bumi untuk manfaat manusia berdasarkan firman :

“DIalah yang menjadikan apa sahaja dimuka bumi untuk manfaat kamu.” 29 : alBaqarah

KEBANYAKAN ULAMA SAUDI MENGHARAMKAN GAMBAR FOTOGRAFI DAN HUJJAH MEREKA DAN JAWAPANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PERTAMA: mereka mengharamkannya kerana hadis Nabi saw:

وروى البخاري عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النَّبي صلى الله عليه وسلم: “وَمَنْ صَوَّرَ صُورَةً عُذِّبَ وَكُلِّفَ أَنْ يَنْفُخَ فِيهَا وَلَيْسَ بِنَافِخٍ”

“ Sesiapa yang membuat gambar akan diazab dan suruh untuk meniup nyawa tetapi dia tidak akan mampu.” 7042 sahih Bukhari

JAWAPANNYA:

Syeikh muti’ie berkata:

أن أخذ الصور بالفوتغرافيا ليس إلا حبس الظل الناشئ بخلق الله تعالى من مقابلة الأجسام المظلة للضوء، علمت أن أخذ الصورة على هذا الوجه ليس إيجادًا للصورة,، ومعنى التصوير لغةً وشرعًا هو إيجاد الصورة وصنعها بعد أن لم تكن,

Sesungguhnya ambil gambar foto hanyalah menahan bayang yang dicipta oleh Allah dengan adanya sesuatu yang dinaungi dengan cahaya. Ambil gambar dengan cara ini bukanlah mengadakan gambar . Sedangkan TASWIR dari segi bahasa dan syara ialah membuat gambar yang tiada.

KEDUA : HADIS AISYAH:
حديث السيدة عائشة رضي الله عنها: “يا عَائِشَةُ أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللهِ يَوْمَ القِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللهَِ”

Wahai aisyah sesungguhnya azab yg paling dahsyat disisi allah pd hari kiamat ialah orang yang meniru ciptaan Allah.”

متفق عليه: أخرجه البخاري في كتاب «اللباس» باب «ما وطئ من التصاوير» حديث (5954)، ومسلم في كتاب «اللباس والزينة» باب «تحريم تصوير صورة الحيوان وتحريم اتخاذ ما فيه ممتهنة بالفرش ونحوه، وأن الملائكة عليهم السلام لا يدخلون بيتا فيه صورة أو كلب» حديث (2107).

JAWAPAN; syeikh Najib mutiie (pengarang takmilatul majmuk):

المضاهاة هي مشاكلة الشيء بالشيء، والتصوير المنهي عنه هو إيجاد صورة وصنع صورة لم تكن موجودة ولا مصنوعة من قبل تضاهي بها حيوانًا خلقه الله تعالى، وليس هذا المعنى موجودا في أخذ الصورة بآلة التصوير الفوتوغرافي

MUDOHAH adalah mmbentuk sesuatu untuk menyerupai sesuatu. TASWIR yg ditegah ialah membuat gambar dan mencipta yang belum ada yang meniru manusia atau haiwan yg dicipta Allah. Perkara ini tidak wujud pada alat fotografi.

KESIMPULAN; APAPUN INI MASALAH KHILAFIYAH DAN TIDAK PERLU BERBALAH PASALNYA. SETIAP ULAMA ADA HUJJAHNYA DAN SAYA MEMILIH ULAMA YANG MENGHARUSKANNYA. cuma dr yusuf qardawi (dlm kitab halal haram fil Islam) mengharamkan gambar digantung untuk memuja dan mengagungkannya samada pemimpin , mahaguru dan lain2.