Darulilmi

Home » 2012 » June » 19

Daily Archives: June 19, 2012

HUKUM HAKAM ASAP

HUKUM HAKAM ASAP

1. ADAKAH ASAP NAJIS ITU NAJIS?

Ulama berselisih pendapat tentang najisnya asap yang berasal dari najis kepada dua:-

Pertama: Ulama mazhab Hanafi, yang difatwakan dalam mazhab Maliki dan sebahagian mazhab Hambali adalah BERSIH

Dalilnya:

قال الحنفيّة‏:‏ إنّ ذلك على سبيل الاستحسان دفعاً للحرج، وللضّرورة وتعذّر التّحرّز‏.

Ulama hanafi berkata: Bersihnya asap najis adalah melalui dalil istihsan kerana mengelakkan dari kesusahan, kemudaratan dan susah untuk dijaga (alMausuatul Feqhul kuwaitiah)

Kedua: Ulama mazhab syafie , pendapat yang lebih tepat dlm mazhab hanafi mengatakan najisnya asap najis. Ini juga pendapat Abu Yusuf dari mazhab Hanafi.

Imam Ramli dan Ibnu Hajar mengatakan dimaafkan asap najis yang sedikit.

2. BATAL PUASA DENGAN MASUKNYA ASAP

ذهب الفقهاء إلى أنّ الصّائم لو أدخل في حلقه الدّخان أفطر،

Para Fuqaha mengatakan orang yg berpuasa sekiranya memasukkan asap ke dalam halkumnya batal puasanya.

3. MEMBUNUH DENGAN ASAP

من حبس شخصاً في بيت وسدّ منافذه فاجتمع فيه الدّخان وضاق نفسه فمات، ففيه القصاص عند الشّافعيّة والحنابلة، وهو مقتضى قواعد المالكيّة إن قصد بذلك موته، أمّا إن قصد مجرّد التّعذيب فالدّية‏.

Sesiapa yang menahan seseorang di dalam rumah dan menutup ruang udara dan berkumpul asap dalamnya sehingga mati akan dikenakan qisas (balas bunuh) menurut ulama Syafie dan Hambali. Ia juga sama dengan pendapat mazhab Maliki sekiranya berniat untuk membunuhnya. Jika hanya niat untuk menyeksa maka kena diat .

4. HUKUM ASAP MASAKAN KE RUMAH JIRAN

أمّا دخان التّنّور المعتاد في البيوت، ودخان الخبز والطّبيخ فلا خلاف في أنّه لا يمنع، لأنّ ضرره يسير، ولا يمكن التّحرّز عنه، فتدخله المسامحة‏.‏

Adapun asap dapur biasa di rumah2, asap masak roti dan masakan yg lain tidak khilaf dikalangan ulama bahawa tiada tegahan perkara tersebut kerana kemudaratannya kecil dan tidak mungkit mengelakkan darinya. Oleh itu ia termasuk perkara yg perlu ada tolak ansur.

Rujukan: الموسوعة الفقهية الكويتية