Darulilmi

Home » FEKAH SOLAT » HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN SOLAT ASAR

HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN SOLAT ASAR

HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN ASAR

– Orang yang bermusafir tidak wajib solat jumaat dan jika dia solat jumaat jumaat sah jumaatnya dan tidak perlu solat zuhur. Ini adalah ijmak ulama.
– Pada hari jumaat juga boleh bagi musafir melakukan solat jamak takdim atau takhir untuk solat zuhur dan asar.

ULAMA BERSELISIH TERHADAP HUKUM SOLAT JUMAAT DIJAMAK DGN SOLAT ASAR KEPADA DUA PENDAPAT:-

PENDAPAT PERTAMA: Mazhab hambali tidak membenarkan jamak diantara solat jumaat dengan Asar.

DALIL MEREKA:

1. Tidak ada dalil membolehkan, asal bagi hUkum ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil.
2. Tidak boleh digunakan hukum qias dalam ibadat. Oleh itu tidak boleh samakan dengan zuhur.
3. Solat jumaat adalah solat yang berbeza dgn solat zuhur dr segi hukum hakamnya.

Ini disebut dlm kitab Kasyaful Qina’ dan Matalib ulun nuha.

PENDAPAT KEDUA: JUmhur ulama membenarkan jamak takdim diantara solat jumaat dengan solat asar.

Cuma bagi mazhab syafie hanya boleh jamak takdim diantara solat jumaat dan solat asar dan tidak boleh jamak takkhir dengan melakukan solat jumaat diwaktu asar. (MAjmuk Syarhul muhazzab)

Adapun mazhab maliki memboleh jamak takdim atau jamak takhir bagi solat jumaat dan asar. Harus jamak takhir dgn membuat solat jumaat diwaktu asar . (Manhul Jalil)

DALIL PENDAPAT JUMHUR

1. Solat jumaat adalah ganti kepada solat zuhur.
2. Tidak ada tegahan dr Nabi saw untuk melakukan jamak dgn jumaat walaupun terdapat banyak safar pd hari jumaat pd zaman Nabi saw.
3. Qias jumaat dgn zuhur pada jamak takdim adalah dari bab Rukhas yang dibenarkan oleh ulama usul fekah.

KESIMPULAN: Pendapat yg kuat ialah harus jamak takdim sahaja diantara jumaat dan asar. Adapun jamak takhir hendaklah diantara solat asar dan zuhur sahaja.

APA2 PERSOALAN HUKUM BOLEH HANTAR DI COMMENT ATAU salman_almisri@yahoo.com


4 Comments

  1. ambo abol; says:

    nama nenek rasulullah saw

  2. Saifuddin Abu Samah says:

    Assalammualaikum wbt, Ustaz, ana nak bertanya ustaz tentang isu semasa dan sebenarnya ianya perlu utk kita umat islam seluruhnya mengetahui agar akidah dah pegangan islam kita tidak terlucut, iaitu Bolehkah kita memilih atau menggangkat mana2 pemimpin yg mana kita sedia maklum dah ketahui bahawa pemimpin tersebut secara zahiriahnya mengeluarkan kenyataan yg mana menolak apa jua Hukum ALLAH swt utk dilaksanakan?? pemimpin yg senantiasa menjadikan Duniawi sebagai aspek atau corak dalam pemerintahannya….!!! seperti yg ana ketahui bahawa kita sebagai pemilih kepada pemimpin tersebut akan ditanya oleh ALLAH swt atas apa jua alasan kita utk terus memilih pemimpin tersebut…!!!! boleh tak Ustaz menghuraikan dari sudut perspektif hukum islam berkenaan pemimpin sebegini dan apakah hukumnya pada masyarakat biasa yang masih lagi terus menerus menggangkat pemimpin seperti yg dinyatakan tadi sebagai pemimpin?? kenapa tidak ada kenyataan yg jelas dalam memberikan penghuraian hukumnya kepada masyarakat……….kerana bagi ana ia melibatkan soal Akidah….
    minta tolong Ustaz jelaskan…………wassalam

  3. norain says:

    Assalamualaikum ustaz..saya nak tanya, sekiranya seorang lelaki itu tidak pergi ke solat jumaat boleh ke dia gantikan solat jumaat itu kepada solat zuhur?

  4. Fadzly says:

    Jika seorang yg bukan musafir,, tdk mengerjakan solat jumaat dgn sengaja…maka hukumnya berdosa besar…namun jika ia disaat itu jatuh sakit,,atau uzur jelasnya…makan dibolehkan ia menggantikan solat jumaat dgn solat zohor..Wallaualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: