Darulilmi

Home » 2012 » June » 18

Daily Archives: June 18, 2012

HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN SOLAT ASAR

HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN ASAR

– Orang yang bermusafir tidak wajib solat jumaat dan jika dia solat jumaat jumaat sah jumaatnya dan tidak perlu solat zuhur. Ini adalah ijmak ulama.
– Pada hari jumaat juga boleh bagi musafir melakukan solat jamak takdim atau takhir untuk solat zuhur dan asar.

ULAMA BERSELISIH TERHADAP HUKUM SOLAT JUMAAT DIJAMAK DGN SOLAT ASAR KEPADA DUA PENDAPAT:-

PENDAPAT PERTAMA: Mazhab hambali tidak membenarkan jamak diantara solat jumaat dengan Asar.

DALIL MEREKA:

1. Tidak ada dalil membolehkan, asal bagi hUkum ibadat adalah dilarang kecuali ada dalil.
2. Tidak boleh digunakan hukum qias dalam ibadat. Oleh itu tidak boleh samakan dengan zuhur.
3. Solat jumaat adalah solat yang berbeza dgn solat zuhur dr segi hukum hakamnya.

Ini disebut dlm kitab Kasyaful Qina’ dan Matalib ulun nuha.

PENDAPAT KEDUA: JUmhur ulama membenarkan jamak takdim diantara solat jumaat dengan solat asar.

Cuma bagi mazhab syafie hanya boleh jamak takdim diantara solat jumaat dan solat asar dan tidak boleh jamak takkhir dengan melakukan solat jumaat diwaktu asar. (MAjmuk Syarhul muhazzab)

Adapun mazhab maliki memboleh jamak takdim atau jamak takhir bagi solat jumaat dan asar. Harus jamak takhir dgn membuat solat jumaat diwaktu asar . (Manhul Jalil)

DALIL PENDAPAT JUMHUR

1. Solat jumaat adalah ganti kepada solat zuhur.
2. Tidak ada tegahan dr Nabi saw untuk melakukan jamak dgn jumaat walaupun terdapat banyak safar pd hari jumaat pd zaman Nabi saw.
3. Qias jumaat dgn zuhur pada jamak takdim adalah dari bab Rukhas yang dibenarkan oleh ulama usul fekah.

KESIMPULAN: Pendapat yg kuat ialah harus jamak takdim sahaja diantara jumaat dan asar. Adapun jamak takhir hendaklah diantara solat asar dan zuhur sahaja.

APA2 PERSOALAN HUKUM BOLEH HANTAR DI COMMENT ATAU salman_almisri@yahoo.com