Darulilmi

Home » fekah isu semasa » HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA)

HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA)

HUKUM QAZA’ (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA DAN MEMBIARKAN YANG LAIN).

Definasi qaza seperti kata Imam Nawawi:

القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح

Qaza’ ialah mencukur sebahagian kepala.

Hukum Qaza’

ULAMA TELAH BERSEPAKAT MENYATAKAN MAKRUH QAZA’

Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):

وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه

Sepakat ulama bahawa makruh QAza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)

PENDAPAT EMPAT MAZHAB

MAZHAB HAMBALI

Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:

ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب

Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.

MAZHAB MALIKI

An-Nafrawi berkata:

يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه

Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.

MAZHAB HANAFI

Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:

ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”

MAZHAB SYAFIE

Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:

كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

DALIL MAKRUH

ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع

Ibnu Umar berkata “AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza’ ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]

عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].

Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”

PENTING

1. ULama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
2. Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
4. Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)

SEGALA PERTANYAAN HUKUM BOLEH POST DLM KOMEN


8 Comments

  1. amiin says:

    Syukran ustaz atas pencerahan… minta share ye ustaz..

  2. ThohaRasyid says:

    Terima Kasih Ustaz Salman di atas penjelasan ini…

  3. Hamba Allah says:

    salam admin sye adew satu Pengetahuan apew yg sye tahu,org lelaki tidak dibenarkan membuat rambut punk kerana zaman rom dulu oeg kristian pdew ketika tuh berambut punk ketika menyerang tentera islam.

  4. salam hukum makruh ini adalah asal. sekiranya qaza’ meniru cara agama orang kafir atau budaya khas orang jahat ia dilarang. Ini berdasarkan hadis :

    من تشبه بقوم فهو منهم

    ” Sesiapa yang meniru suatu kaum maka dia tergolong kaum tersebut. ” Hadis sahih riwayat abu daud

    Punk adalah budaya jahat yg perlu dijauhi.

    • Pejuang Rakyat Johor says:

      Ya benar hadith ini, maka “setiap perbuata dilalui dengan niat” jika niat nya salah maka hukum nya salah jika tujuan kebaikan maka Allah maha mengetahui setiap perbuatan anak adam didunia…

      عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال ” احلقوه كله أو اتركوه كله ” [رواه أبو داود 4195].

      Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata “ Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya.”

  5. ibnu zulkifli says:

    Assalamualaikum,ustaz minta share.

  6. wan44 says:

    Assalamualaikum,..bagaimana pula kalau rambut disiring telinga dicukur adakah ianya haram juga….hmm

  7. Citrus Leo says:

    Salam, sudah Nabi SAW sudah bersabda di dalam lebih 13 hadith mengenai hal ini. Nabi dah melarang. Kenapa jatuh makruh dan bukan haram?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: