Darulilmi

Home » FEKAH SOLAT » HUKUM SOLAT GAIB

HUKUM SOLAT GAIB

HUKUM SOLAT JENAZAH GAIB

ULAMA TELAH BERSELISIH PENDAPAT DALAM MASALAH INI.

PENDAPAT PERTAMA: DIHARUSKAN solat jenazah yang tidak ada (gaib) di tempat di solatkan jenazah. Ini pendapat mazhab HAMBALI dan mazhab SYAFIE.

PENDAPAT KEDUA: mengatakan solat jenazagh gaib khusus untuk Nabi saw dan para sahabat kepada mayat Najasyi dan TIDAK BOLEH SOLAT JENAZAH GAIB UNTUK KITA SEMUA.

PENDAPAT KETIGA: HANYA BOLEH SOLAT GAIB KETIKA MANA MAYAT TERSEBUT TIDAK DISOLATKAN .

DALIL PENGHARUSAN

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم نعى النجاشي في اليوم الذي مات فيه، وخرج بهم إلى المصلى، فصف بهم، وكبر عليه أربع تكبيرات، وقال: “استغفروا لأخيــكم”. [ متفق عليه: البخاري1245، ومسلم 951 ].

Nabi saw mewar2kan kematian Najasyi pada hari kematiannya dan keluar bersama sahabat ke tempat solat. Lalu dibuat sof dan baginda bertakbir empat takbir . Sabdanya: Minta ampunlah untuk saudara kamu. (sahih Bukhari dan Muslim)

وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن امرأة سوداء كانت تقم المسجد أو شاباً ففقدها رسول الله صلى الله عليه وسلم فسأل عنه أو عنها فقالوا: ماتت. قال: ( أفلا آذنتموني )؟ قال فكأنهم صغروا أمرها أو أمره. فقال : ( دلوني على قبرها ) فدلوه فصلى عليها ،ثم قال: ( إن هذه القبور مملؤة ظلمة على أهلها وإن الله ينورها لهم بصلاتي عليهم ). [ رواه البخاري

Seorang wanita hitam jadi sebagai tukang bersih masjid. Suatu hari Nabi saw rasa ketiadaannya, lalu Nabi saw bertanya dan mereka menjawab “Sudah mati.” Nabi bersabda “Kenapa tidak beritahu kepadaku?” Seolah2 mereka memperkecilkan wanita itu. Nabi bersabda “Tunjukkan aku kuburnya.” Lalu mereka menunjukkannya . Nabi pun solat disitu dan berkata “ Kubur ini asalnya dipenuhi dgn kegelapan dan solat ku menyebabkan Allah memberi cahaya kepada mereka.”

SOLAT DIBENARKAN SEHINGGA SEBULAN BERDASARKAN:

أن أم سعد ماتت والنبي صلى الله عليه وسلم غائب, فلما قدم صلى عليها وقد مضى لذلك شهر. [ رواه الترمذي حديث رقم (1038) , والبيهقي 4/48 , قال الحافظ في التلخيص : ورواه البيهقي وإسناده مرسل صحيح ].

“Ummu saad mati dan Nabi saw tidak ada . Apabila Nabi saw sampai , nabi menyembahyangkannya selepas berlalu sebulan.”

DALAM MAZHAB SYAFIE TIDAK BOLEH SOLAT JENAZAH GAIB SEKIRANYA DALAM BANDAR ATAU TEMPAT YANG SAMA WALAUPUN IANYA JAUH. SEKIRANYA DI LUAR KAWASAN KITA WALAUPUN TIDAK SAMPAI JARAK SOLAT QASAR DIBOLEHKAN SOLAT GAIB.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: