Darulilmi

Home » Fekah jenazah » hukum menghadiri upacara kematian orang kafir

hukum menghadiri upacara kematian orang kafir

1. Asalnya adalah dilarang menghadiri urusan jenazah orang kafir kerana ia adalah satu bentuk urusan agamanya. Dalilnya:

( ولا تصل على أحد منهم مات أبدا ولا تقم على قبره ) التوبة 84

“Dan janganlah kamu menyembahyangkan mana-mana orang munafik yang telah mati, dan janganlah kamu berdiri pada kuburnya.”

Ayat ini untuk orang2 munafik yang telah disahkan kekufurannya.

2. Dibolehkan untuk memberi ucapan takziah kepada mereka berdasarkan firman Allah:

وقولوا للناس حسنى ) البقرة 83

“Dan berkatalah dengan kata yang baik kepada manusia.”

Allah tidak menghadkan membuat ucapan yg elok kepada orang Islam. Ianya untuk semua.

3. HArus menghadirinya sekiranya yang meninggal adalah kaum kerabat seperti ibu atau ayah yang kafir. Ini berdasarkan hadis dari Ali ra berkata:

لما توفي أبو طالب أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت : إن عمك الشيخ الضال قد مات فمن يواريه ؟ فقال : ” اذهب فواره , ثم لا تحدث شيئا حتى تأتيني ” فقال : انه مات مشركا ؟! فقال :” اذهب فواره ” , قال : فواريته ثم أتيته , قال :” اذهب فاغتسل ثم لا تحدث شيئا حتى تأتيني ” قال : فاغتسلت ثم أتيته , قال : فدعا لي بدعوات ما يسرني أن لي بها حمر النعم وسودها “. [رواه احمد وأبو داود والبيهقي وإسناده صحيح ].

Apabila kematian Abu talib aku jumpa Nabi saw dan berkata: Sesungguhnya pakcik kamu yg sesat telah mati, siapa yg hendak kafankanya? Nabi jawab “ Pergi kamu segera dan jangan cakap apa2 sampai kamu datang semula.” Ali brkata “DIa mati kafir.” Nabi kata “ Pergi cepat.” LAlu aku pergi mengkafankannya , kemudiannya berjumpa dgn Nabi saw. “ Nabi kata “ Pergi mandikannya dan jangan cakap apa2.” Lalu ali ra pergi memandikannya dan berjumpa dgn Nabi saw semula. Nabi saw pun berdoa kebaikan untukku yg mana aku tidak suka diganti doa tadi dengan unta yang mahal.”

Ini adalah mazhab Syafie dan Hanafi. Imam Nawawi berkata dalam Majmuk:

لا يكره للمسلم اتباع جنازة قريبه الكافر ونص عليه الشافعي في مختصر المزني “

Tidak makruh orang Islam mengiringi jenazah saudaranya yg kafir.”

Fatwa dari المجلس الأوروبي للإفتاء والبحوث (majlis fatwa dan kajian eropah):

فإنه يجوز للمسلم أن يحضر تشييع جنازة والديه أو أحد أقربائه غير المسلمين، ولا حرج في حضوره للمراسم الدينية التي تقام عادة للأموات في الكنائس والمعابد، على أن لا يشارك في الصلوات والطقوس وغيرها من الأمور الدينية، وكذلك يجوز له حضور الدّفن، ولتكن نيته في ذلك وفاءً بحق البر والصلة،

“Harus orang Islam menghadiri penyelenggeraan jenazah ayahnya atau saudaranya yg bukan Islam. Tidak mengapa hadir pada upacara agama yg diadakan utk mayat bukan islam (saudaranya) yg diadakan di gereja atau temple. Tetapi tidak menyertai dalam doa, sembahyang atau bunyi2an dan lain2 yg dari agamanya. Demikian juga harus menghadiri pengkebumiannya. Hendaklah niatnya utk melaksanakan kebaikan dan menjaga silaturrahim.


2 Comments

  1. Aziz G says:

    Salam,

    Minta penerangan pd ustaz, yg dibenarkan hadir
    Hanya pada ziarah kematian saudara mara yg kafir. Bagaimana pula pd ziarah kepada kawan2
    yg kafir ( bukan saudara).? Seperti yg dilihat pd
    lazim masyarakat kita.
    Dalil ucap perkataan yg baik itu adakah termasuk menziarah sekali?

    Salam

  2. wassalam
    menziarahi rakan kafir yang tidak ada melibatkan urusan penyelenggaraan jenazah dirumahnya adalah dibenarkan. Ini kerana upacara pengururusan jenazah orang kafir adalah termasuk dalam urusan ibadah mereka. Kita dilarang untuk mengikutinya. Ucapan yg baik dalam ayat itu adalah untuk ucapan takziah. Dibolehkan ziarah tanpa melibatkan urusan ibadah mereka berdasarkan:

    كان غلام يهودي يخدم النبي صلى الله عليه وسلم فمَرض فأتاه النبي صلى الله عليه وسلم يعوده

    “Terdapat seorang budak Yahudi yang berkhidmat dgn Nabi saw, bila dia sakit Nabi saw melawatnya.” (Sahih Bukhari 1290) wallahu A’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: