Darulilmi

Home » Uncategorized » HUKUM MEMBELI DAN MENJUAL UNDI

HUKUM MEMBELI DAN MENJUAL UNDI

Hukum membeli undi

Para ulama MENGHARAMKAN MEMBELI UNDI DENGAN APA CARA SEKALIPUN.

KENYATAAN PARA ULAMA

Syeikh Abdullah alkhatib (Ulama Azhar) berkata:

وعملية شراء الأصوات، حرام شرعًا، بل خسة

Urusan pembelian undi adalah haram menurut syarak malahannya ianya keji.

وأجمع العلماء والفقهاء على تحريمِ هذه الأعمال ولعن من يتصف بها،

Ulama bersepakat pengharaman kerja2 ini dak melaknat siapa yg melakukannya.

والصوت أمانة وشهادة وتزكية، والمشاركة في الانتخاب واجب وطني وشرعي،

Sedangkan undian adalah satu amanah, penyaksian dan pemilihan. Mengundi dlm pilihan raya adalah wajib dr sudut syara’ dan Negara.

Syeikh Faisal Maului (ajk kesatuan ulama Islam sedunia) berkata:

لا يجوز شراء الأصوات من أي واحد من المرشحين، ولا يجوز لأي ناخب بيع صوته لأي واحد من المرشحين؛ لأن الانتخاب أمانة وشهادة، والمطلوب من المسلم أن يؤدي الشهادة لله وبما يرضيه سبحانه، فإذا أخذ مبلغا من المال فهو يعطي صوته لمن دفع المبلغ، وهي حينئذ شهادة لا ترضي الله عز وجل .

Haram membeli dan menjualnya kerana pemilihan adalah amanah dan juga penyaksian. Dituntut kpd muslim supaya menunaikan penyaksiannya menurut apa yg diredai Allah. Sekiranya mengambil duit untuk memilih orang yang memberinya adalah suatu penyaksian yg tidak diredai Allah.

Majlis Fatwa Mesir berkata:

أن شراء الأصوات في الانتخابات حرام شرعًا، لأنها من قبيل الرشوة التى نهى عنها الشرع

Sesungguhnya membeli undi dalam pilihanraya adalah haram menurut syara’ kerana dikira rasuah yg ditegah syarak.

PENTING

لا يجوز أن يأخذ أحد من الناس هذه الأموال ثم لا ينفذ ما اتفق عليه، لأن ذلك من باب السُحت وأكل أموال الناس بالباطل، بالإضافة إلى الخداع والكذب، وبالتالي شددت الفتوى على ضرورة أن يرد المال للمرشح حيث إن تنفيذ المتفق عليه حرام، وأخذ المال أيضا حرام.

HARAM AMBIL DUIT INI KEMUDIAN TIDAK MELAKSANAKAN APA YG TELAH DISEPAKATKAN KERANA IA HASIL YG HARAM DAN MEMAKAN HARTA MANUSIA DGN CARA YG SALAH, DITAMBAH LAGI DGN MEMPERDAYA DAN MENIPU. OLEH ITU MESTILAH DIKEMBALIKAN KPD CALON KERANA MENGUNDI CALON YG MERASUAH ADALAH HARAM DAN MEMAKAN DUIT ITU TANPA MENGUNDI JUGA HARAM.

وأوضحت الفتوى أن الوسطاء في تلك العملية المحرمة والذين يطلق عليهم سماسرة الأصوات، آثمون شرعاً، لأنهم يسهلون حدوث فعل حرام.

Fatwa ini juga mengharamkan orang tengah kerana ia membantu kpd perbuatan yg haram.

DALIL DAN HUJJAH

لا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (188)﴾ (البقرة)

“Janganlah kamu makan harta sesame kamu dengan cara yang salah dan kamu memberi rasuah kepada pemerintah supaya mereka membantu kamu untuk memakan sebahagian harta manusia dgn cara yg berdosa sedangkan kamu mengetahui.

وفي رواية للإمام أحمد والحاكم عن ثوبان قال: “لعن رسول الله- صلى الله عليه وسلم- الراشي والمرتشي والرائش”،

Rasulullah saw melaknat perasuah , penerima rasuah dan orang tengahnya. (Hr Ahmad dan hakim)

(( يا أيها الذين آمنوا لا تخونوا الله والرسول وتخونوا أماناتكم وأنتم تعلمون)) “الأنفال – 27

Wahai orang-orang beriman janganlah kamu mengkhianati amanah Allah , amanah Rasul dan Amanah sesame kamu sedangkan kamu mengetahui.

Kesimpulan

Apa saja bentuk rasuah adalah haram seperti mana yang disebut oleh ulama mesir Dr Tal’at Afifi:

ومن أن يقوم الناخب ببيع صوته بعرض من الدنيا قليل، لقاء بضعة جنيهات أو دولارات، أو لقاء دعوة إلى طعام أو شراب أو نحو ذلك، فإن هذه رشوة؛

Mana2 pengundi yang menjual undinya dengan harta dunia seperti duit pound mesir, dolar amerika, jemputan makan dan minum dan sebagainya itu adalah rasuah.

INI ADALAH DOSA BESAR KERANA LAKNAT DARI RASUL

SEGALA PERSOALAN SILA EMAILKAN salman_almisri@yahoo.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: