Darulilmi

Home » Uncategorized » HUKUM MUSAFIR UNTUK ZIARAH KUBUR NABI DAN PARA ULAMA

HUKUM MUSAFIR UNTUK ZIARAH KUBUR NABI DAN PARA ULAMA

Bermusafir untuk menziarahi Kubur Nabi dan orang soleh

Ulama dahulu dan kini bersepakat menziarahi kubur adalah sunat yang digalakkan berdasarkan hadis:

زوروا القبور فإنها تذكركم الآخرة

Ziarahlah kubur , sesungguhnya ia mengingatkan kamu kepada akhirat. (Hr Muslim)

Ulama berselilisih pendapat berkenaan dengan pendapat terhadap hukum bermusafir dengan tujuan menziarahi gubur nabi dan orang soleh.

Pendapat pertama: Ibnu taimiah, ibnul qyyim (anak muridnya), Muhammad bin abdul wahab (wahabi dinisbahkan kepadanya) dan beberapa ulama lain seperti bin bazz.

MEREKA MENGATAKAN HARAM BERMUSAFIR DENGAN TUJUAN HANYA UNTUK MENZIARAHI KUBUR NABI DAN ORANG-ORANG SOLEH LAIN.

DALIL MEREKA:

( لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد : المسجد الحرام ومسجدي هذا والمسجد الأقصى

“Tidak boleh bersungguh untuk bermusafir melainkan kepada tiga masjid 1. masjid haram, 2. masjid ku ini 3. masjid aqsa. (hadis sahih bukhari dan muslim)

Pendapat kedua: Kebanyakan ulama2 empat mazhab. Dikalanagan ulama semasa termasuklah syeikh atiah saqr. TIDAK HARAM BERMUSAFIR UNTUK MENZIARAHI QUBUR NABI DAN LAIN-LAIN.

Dalam sahih bukhari (1193) Nabi saw pergi masjid Quba setiap sabtu berjalan kaki dan menunggang kenderaan. Ibnu Umar juga melakukannya perkara yang sama.

Imam Ibnu hajar alaasqalani berkata:

Ini menunjukkan tegahan bermusafir selain dari masjid yang tiga itu bukanlah tegahan haram.

Imam Nawawi berkata:

Pendapat yg sahih disisi ulama kami dan juga dipilih oleh imam haramain ialah tidak haram musafir selain 3 masjid ini dan tidak makruh. Mereka berkata: Maksud hadis ini adalah kelebihan sempurna hanya diperolehi bagi yg menziarahi ketiga-tiga masjid ini sahaja.

Imam Muhammad bin quddamah almaqdasi (pengarang kitab mughni) berkata:

Pendapat yg sahih adalah harus bermusafir (ke kubur Nabi dan orang soleh) dan harus melakukan solat qasar kerana Nabi saw pergi ke quba untuk menziarahi kubur dalam keadaan berjalan kaki dan menunggang kenderaan. Dan juga nabi bersabda “ziarahilah kubur.” Adapun hadis “Tidak boleh bermusafir melainkan tiga masjid .” ditafsirkan kepada kurangnya kelebihan (bermusafir selain tiga masjid ini)  dan bukannya haram.  Adanya kelebihan pada tempat yang dituju bukanlah syarat pada pengharusan qasar solat.”

Fatwa dari Pusat Fatwa Mesir oleh syeikh Atiah Saqr pd tahun 1997:

أما الذهاب لزيارة الصالحين أحياء أو أمواتاً فلا بأس من شد الرحال والسفر إليها

Adapun pergi ziarah orang soleh samada hidup atau mati adalah harus untuk bermusafir kepadanya.

PENDAPAT SAYA PEGANG IALAH PENDAPAT KEDUA TANPA MEMBURUKKAN PENDAPAT PERTAMA. SAYA DAN PELAJAR DARUL ILMI INSYAALLAH AKAN BERMUSAFR BERTEMU ORANG SOLEH YANG HIDUP DAN YANG MENZIARAHI  KUBUR ORANG SOLEH DI KEDAH PD HARI JUMAAT INI. JAGALAH ADAB BERKHILAF DAN JANGAN MEROSAKKAN HUBUNGAN UKHUWAH ISLAMIAH.

BOLEH EMAILKAN KPD salman_almisri@yahoo.com utk sebarang pertanyaan. Kami akan merungkai segalah isu dan masalah berpandukan Quran dan Hadis serta pendapat ulama muktabar.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: