Darulilmi

Home » 2012

Yearly Archives: 2012

Hukum Pertandingan yang menawarkan hadiah dari bayaran peserta

قد سألني صديقي الكريم الشيخ أمين الدين عبد الرحيم عضو مجلس الفتوى بمحافظة قدح ومساعد في KUIN  – عندما أزوره يوم الثلاثاء – عن أقوال العلماء في حكم المسابقة بالعوض من المتسابقين فيسرني أن أجيبه كما يلي

TERJEMAHAN: Sahabatku syeikh aminuddin abdul rahim ahli majlis fatwa kedah dan juga tutor di Insaniah – semasa aku menziarahinya pada hari selasa –bertanya tentang pandangan para ulama tentang hukum pertandingan dengan hadiah dari peserta, maka aku menjawabnya seperti berikut:-

ULAMA BERSEPAKAT HARUSNYA HADIAH SEKIRANYA DARI PIHAK YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PERTANDINGAN

Khilaf Ulama: Ulama berselisih pendapat pada hukum pertandingan yang mana hadiah dari setiap peserta yang bertanding. Ada empat pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Harus pertandingan yg ada hadiah dari duit peserta sekiranya ada muhallil (peserta yang tidak membayar duit tetapi mendapat hadiah yg sama sekiranya dia menang). Ini pendapat Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali.

Dalil mereka:

مَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ يَعْنِي وَهُوَ لَا يُؤْمَنُ أَنْ يَسْبِقَ فَلَيْسَ بِقِمَارٍ ، وَمَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ وَقَدْ أُمِنَ أَنْ يَسْبِقَ فَهُوَ قِمَارٌ

Siapa bertanding kuda yang mana salah satu peserta tadi tidak membayar tidak dianggap sebagai pertaruhan dengan syarat peserta yang tidak membayar itu mampu untuk menandingi peserta lain. Sekiranya peserta dan kudanya lemah dan tidak mampu menandingi peserta lain itu dianggap pertaruhan.

Hadis riwayat Abu Daud (2579)

PENDAPAT KEDUA: hARAm pertandingan yang mana peserta-pesertanya membayar duit hadiah samada ada muhallil atau tidak. Ini Mazhab Maliki

Dalilnya adalah ini adalah termasuk pertaruhan dan perjudian yang diharamkan tuhan dalam ayat 90 surah al-Maidah:

 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

PENDAPAT KETIGA: hARam pertandingan yang mana hadiahnya dari peserta kecuali pertandingan sahaja berdasarkan hadis Abu Daud yang telah lepas. Ini pendapat Ibnu Hazm Az-Zahiri.

PENDAPAT KEEMPAT: harus pertandingan dengan adanya hadiah yang datang dari peserta. Ini pendapat Ibnul Qayyim dan Ibnu Taimiah.

Dalilnya:

حديث أبي لبيد : أتينا أنس بن مالك فقلنا : أكنتم تراهنون على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : نعم لقد راهن رسول الله صلى الله عليه وسلم على فرس يقال لها : سبحة جاءت سابقة ، فبهش لذلك ، وأعجبه

Hadis dari Abu Labid: Kami berjumpa dengan Anas bin Malik dan bertanya “ Adakah kamu bertaruh di zaman Rasulullah saw? Anas menjawab “ Ya, sesungguhnya Rasulullah saw bertaruh terhadap kuda yang dinamakan yang bernama sabhah. Kuda itu mendahului yang menyebabkan baginda gembira dan kagum dengannya.”

Hadis riwayat imam Ahmad (12564) Haithami berkata perawi2nya semuanya dipercayai.

KESIMPULAN

PENDAPAT JUMHUR YANG MENGHARAMKAN PERTANDINGAN YANG ADA HADIAH DARI BAYARAN SEMUA PESERTA ADALAH DIHARAMKAN. ADAPUN HADIS YANG DIGUNAKAN OLEH PENDAPAT KEEMPAT IALAH QIMAR YANG BERMAKSUD PERLUMBAAN DAN BUKANNYA PERTARUHAN.

إن شاء الله ساقوم بإلقاء الدورة الكثفة عن الأربعين النووية مع إجازة السند في KUIS  بدأ من التاسعة صباحا يوم السبت إلى الساعة الحادية عشر ليلا يوم الأحد. للمعلومات افتح موقع Face book pusat pengajian darul ilmi

Insyaallah saya akan menyampaikan pengajian intensif hadis 40 beserta sanad di kolej university Islam Selangor bermula 9 pagi sabtu 22/12 sehingga ahad 11 malam. Utk maklumat berkaitan sila buka facebook pusat pengajian darul ilmi.

Hukum mengulang solat fardu

SEPAKAT ULAMA EMPAT MAZHAB: Ulama bersepakat sunat mengulang solat fardu dalam berjemaah selepas menunaikan solat secara bersendirian

DALIL IANYA SUNAT:

Hadis dari Abu zar:

صَلِّ الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا ، فَإِنْ أَدْرَكْتَهَا مَعَهُمْ ، فَصَلِّ ، فَإِنَّهَا لَكَ نَافِلَةٌ “

“ Solatlah pada awal waktu (berseorangan), sekiranya kamu dapati jemaah solat hendaklah solat kali kedua dengan jemaah itu. Ianya dianggap sunat.
Hadis sahih Muslim (648)

KHILAF ULAMA

Ulama berselisih pendapat terhadap hukum mengulang solat yang sudah dilakukan secara dan mengulang kembali solat dengan jemaah lain, kepada tiga pendapat:

Pendapat pertama: Boleh mengulang solat yang sudah dilakukan secara jemaah. Ini mazhab Syafie, Hambali.

Dalil2 dan keadaan yang disunatkan mengulang solat kali kedua walaupun sudah menunaikannya pertama dalam keadaan berjemaah.

1. Apabila kita balik kampong atau rumah kita dan kita nak menghidupkan jemaah di kampong atau rumah kita. Ini berdasarkan hadis Muaz bin Jabal ra:

أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ كَانَ يُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ الآخِرَةَ ، ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى قَوْمِهِ ، فَيُصَلِّي بِهِمْ تِلْكَ الصَّلَاةَ

“ Muaz bin jabal ra solat isya bersama Rasulullah saw kemudian dia balik kepada kaumnya dia menjadi imam kepada kaumnya.”

Hadis sahih Muslim (716)

2. Apabila kita dah solat jemaah dengan kelompok yg sedikit atau kita solat jemaah di bukan masjid utama seperti masjid haram, sunat solat dengan jemaah yang kedua yang lebih ramai atau jemaah di masjid utama. Ini berdasarkan dua orang sahabat yang dah solat jemaah ketika dalam perjalanan ke masjid Nabi kemudian mereka hanya duduk sahaja bila sampai masjid Nabi ketika solat jemaah sedang berjalan. Nabi saw bersabda :

فَلا تَفْعَلا ، إِذَا صَلَّيْتُمَا فِي رِحَالِكُمَا ثُمَّ أَتَيْتُمَا مَسْجِدَ جَمَاعَةٍ ، فَصَلِّيَا مَعَهُمْ ، فَإِنَّهَا لَكُمْ نَافِلَةٌ “

“ Janganlah buat begitu, apabila kamu berdua telah solat dalam perjalanan, kemudian kamu datang ke masjid yang ada jemaah , hendaklah kamu berdua solat lagi bersama mereka. Sesungguhnya yg kedua itu sunat.”
Hadis Abud Daud dan Tirmizi

3. Untuk membantu orang yang datang lambat ke masjid . Jemaah sudah pun selesai. Sunat sorang yang dah solat jemaah untuk solat jemaah kali kedua dengan lelaki yg belum solat ini. Ini berdasarkan hadis:

أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ الْمَسْجِدَ ، وَقَدْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَصْحَابِهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ يَتَصَدَّقُ عَلَى هَذَا فَيُصَلِّيَ مَعَهُ ؟ ” , فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ فَصَلَّى مَعَهُ .

“ Seorang lelaki masuk masjid dan Rasulullah saw sudah selesai solat bersama sahabatnya. Rasulullah saw pun bersabda “ Siapa yang bersedekah (jemaah) kepada dia dengan solat jemaah bersamanya?” Seorang lelaki pun bangun dan solat bersamanya.”
Hadis ahmad (11016)

Pendapat kedua: Tidak dibenarkan sesiapa yang dah solat jemaah untuk mengulang solatnya. Ini mazhab hanafi.

Pendapat ketiga: Mazhab maliki hanya membenarkan diulang di masjid haram mekah , masjid Nabi dan masjid Aqsa.

KESIMPULAN

Pendapat yang kuat pendapat pertama iaitu sunat kita mengulang solat kali kedua berjemaah dengan sebab2 yang sudah disebut diatas. Hendaklah solat kedua itu dilakukan berjemaah bukan bersendirian.

PENGAJIAN BERKITAB SIANG LENGKAP UNTUK DEWASA AKAN BERMULA PADA JANUARI . PENGAJIAN DARI PKL 9.30 – 12 siang DAI ISNIN HINGGA JUMAAT. DIANTARA KITAB DIBACA IALAH 1. MATAN ABI SYUJAK (FEKAH SYAFIE) 2. MATAN WARAQAT (USUL FEKAH) 3. HADIS RINGKASAN SAHIH BUKHARI IBNU ABI JAMRAH BERSANAD 4. MATAN BAIQUNIAH (ULUMUL HADIS) 5. TAFSIR JALALAIN 6. MATAN UMMUL BARAHIN (TAUHID) 7. RINGKASAN IHYA ULUMUDDIN (TASAUF). 8. MATAN AJRUMIAH BERSANAD (NAHU) 9. FATWA SEMASA (ULAMA ARAB ANTARABANGSA) 10. ULUMUL QURAN. TEMPAT ESKLUSIF (AIRCOND DAN KERUSI EMPUK). TERHAD 22 ORANG. TERBUKA UTK SEMUA TERUTAMANYA PESARA, SURI RUMAH, PEKERJA YG MEMPUNYAI MASA YG FLEKSIBEL. YURAN BULANAN RM250

.
DISINI JUGA ADA PENGAJIAN SEPENUH MASA UTK 13 TAHUN KEATAS SEPENUH MASA DUDUK BELAJAR KITAB-KITAB DISINI.DDIDIK UTK UNTUK MEMAHAMI KITAB2 AGAMA ARAB DAN BERCERAMAH. SILA HUBUNGI 013 3533 248 USTAZ SALMAN

Hukum memberi zakat kepada saudara mara

ZAKAT KEPADA IBU BAPA, ANAK-ANAK DAN ISTERI

Ulama telah bersepakat mengatakan tidak sah zakat kepada ibu bapa. Ibnu dan isteri. Ini adalah pendapat ULAMA EMPAT MAZHAB.

Imam ibnul munzir berkata dalam kitabnya al-Ijmak:

وأجمعوا على أن الزكاة لا يجوز دفعها إلى الوالدين، والولد في الحال التي يجبر الدافع إليهم على النفقة عليهم

Ulama bersepakat bahawa zakat tidak boleh dibayar kepada ibu ayah, anak dalam keadaan pembayar diperintahkan untuk member nafakah kepada mereka.

(وأجمعوا على أن الرجل لا يعطي زوجته من الزكاة؛ لأن نفقتها عليه وهي غنية بغناه

Ulama telah bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh member zakat kepada isterinya kerana lelaki tersebut wajib membayar nafakah kepada isterinya dan wanita tadi sudah cukup dengan kekayaan suaminya.

DALIL DAN HUJJAHNYA

Mereka melarang membayar zakat kepada anak, ibu, bapa dan isteri sudah menjadi kewajipan kepada pembayar zakat menanggungnya.
IBNU ABBAS BERKATA:

إذا كان ذووا قرابة فأعطهم من زكاة مالك وإن كنت تعولهم فلا تعطهم ولا تجعلها لمن تعول

Berilah zakat kepada kaum kerabatmu dan jangan bagi zakat kepada kerabat yang wajib kamu tanggung mereka. Jangan bagi zakat kepada orang yang wajib kamu tanggung.

SEBAHGIAN ULAMA MEMBENARKAN BAYAR ZAKAT KEPADA MEREKA ATAS SEKIRANYA MEREKA ADALAH ASNAF SELAIN FAKIR DAN MISKIN
Mazhab Maliki dan syafie mengharuskan bayar zakat kepada anak, ibu dan bapa sekiranya mereka adalah termasuk asnaf selain dari fakir dan miskin
Imam Nawawi berkata dalam kitab majmuk:

قال أصحابنا ويجوز أن يدفع إلى ولده ووالده من سهم العاملين والمكاتبين والغارمين والغزاة ، إذا كان بهذه الصفة

“Ulama2 kami (mazhab Syafie) berkata harus member zakat kepada anak dan ayah dari asnaf amil zakat, hamba mukatib, orang yang berhutang dan orang yang pergi berjihad sekiranya mereka benar bersifat dgn sifat ini.”
Namun seeloknya kita tidak membayar kepada mereka kerana ada ulama yang melarangnya iaitu mazhab Hambali dan Hanafi.

KHILAF TERHUDUP HUKUM MEMBERI ZAKAT kepada SUAMI

Ulama berselisih pendapat tentang hukum seorang wanita member zakat kepada suaminya yang miskin kepada dua pendapat:
PENDAPAT PERTAMA: Harus memberi zakat kepada suami yang miskin. Ini pendapat mazhab Syafie, dua anak murid imam abu hanifah dan sebahagian ulama hambali dan maliki dan imam as-thauri.

DALIL PENDAPAT INI:

Hadis Nabi saw kepada zainab isteri ibnu Mas’ud:

صدق ابن مسعود، زوجك وولدك أحق من تصدقت به عليهم

“ Betullah kata-kata ibnu mas’ud, suami dan anakmu lebih berhak untuk kamu berikan sedekah kepada mereka.”Hadis sahih Bukhari
Ulama mentafsirkan sedekah disini sebagai zakat.

PENDAPAT KEDUA: Tidak boleh bayar zakat kepada suami. Ini pendapat mazhab Hanafi , sebahagian ulama hanafi dan sebahagian ulama maliki.

ZAKAT KEPADA SAUDARA SELAIN DARI BAPA, IBU, ANAK DAN ISTERI

Kebanyakan ulama membenarkan zakat kepada selain dari ibu , bapa, anak dan isteri sekiranya mereka layak untuk menerima zakat.
Disebut dalam fatwa al-Azhar:

يجوز للمزكي أن يدفع زكاته إلى أخوته وأقاربه – عدا أصله وفرعه – ما لم يكن ملزما بنفقتهم

Harus bagi pembayar zakat untuk membayar zakat kepada adik beradiknya atau saudara maranya –kecuali bapa ibu dan anaknya – selagi mana mereka tidak diwajibkan member nafakah kepada mereka.
Malahan ini lebih baik dari member kepada yang lain disebabkan dua pahala iaiu pahala zakat dan silatur rahim. Nabi saw bersabda:

وإنها على ذي الرحم اثنتان صدقة وصلة

“ Sedekah kepada manusia yang mempunyai hubungan persaudaraan mendapat pahala sedekah dan silaturrahim.” Hr Thabrani

Kesimpulan

Hendaklah tidak helah apabila membayar zakat kepada suami dan sedara mara untuk dikembalikan harta tersebut kepada pembayar zakat. Helah dalam syariah adalah dosa besar seperti helah yahudi dalam hukum hari sabtu dan pengharaman lemak

Hukum solat qabliah jumuat

Synopsis: Seorang sahabat lama saya call dan Tanya pasal hukum ni. Kawan dia ada cakap ada dengar kat tv tak boleh solat sunat semasa khutbah.

Salman al-misri menjawab:

Prof Dr abdul malik as-sa’di (ulama Iraq) Dr syed Ali nuh (mufti Jordan) berkata solat ini tidak boleh dikategori bid’ah kerana ulama bersepakat bahwa disyariatkan solat sunat sebelum jumaat. Cuma ulama berselisih pendapat adakah itu solat mutlak atau solat sunat rawatib.

DALIL MENGATAKAN ADA SOLAT SUNAT SEBELUM JUMAAT

لا يغتسل رجل يوم الجمعة ويتطهر ما استطاع من طهر، ويدهن من دهنه، أو يمس من طيب بيته ثميخرج فلا يفرق بين اثنين، ثم يصلي ما كتب له، ثم ينصت إذا تكلم الإمام: إلا غفر له ما بينه وبين الجمعة الأخرى

“ Seseorang yang mandi pada hari jumaat dan bersuci sekadar mana dia mampu, meminyak rambutnya atau memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid dgn tidak memisahkan diantara orang yg hadir solat, kemudian solat sunat dan diam mendengar khutbah pasti akan diampunkan dosanya sehingga jumaat akan datang.” Hadis sahih Bukhari

Malahan ketika sedang khubah pun disunatkan untuk solat sunat berdasarkan hadis:

عن جابر بن عبد الله قال جاء رجل والنبي صلى الله عليه وسلم يخطب الناس يوم الجمعة فقال أصليت يا فلان قال لا قال قم فاركع ركعتين

Dari Jabir bin Abdullah ra berkata “Seorang lelaki datang ke masji ketika Nabi saw sedang berkhutbah hari jumaat. Nabi saw bersabda “ Adakah engkau sudah solat?” Dia menjawab “ Belum” Nabi saw bersabda “ Bangun solat dua rakaat.” Hadis sahih Bukhari 888

Dari Hadis ini , CUBA KITA LIHAT APA YANG DISEBUT IMAM IBNU RAJAB:

بعد زوال الشمس وقبل خروج الإمام – يعني يوم الجمعة -: هذا الوقت يستحب الصلاة فيه بغير خلاف نعلمه بين العلماء سلفا وخلفا، ولم يقل أحد من المسلمين إنه يكره الصلاة يوم الجمعة، بل القول بذلك خرق لإجماع المسلمين

Selepas gelincir matahari pada hari jumaat adalah waktu yang disunatkan solat  tanpa ada khilaf dikalangan ulama salaf dan khalaf. Tidak ada mana-mana ulama mengatakan makruh solat sunat hari jumaat. Bahkan jika ada , ini pendapat menyalahi ijmak ulama islam.

Ibnu taimiah pun tidak menafikan adanya solat sunat sebelum jumaat dalam kata2nya:

المأثور عن الصحابة أنهم كانوا إذا أتوا المسجد يوم الجمعة يصلون من حين يدخلون ما تيسر فمنهممن يصلي عشر ركعات ومنهم من يصلي اثنتي عشرة ركعة ومنهم من يصلي ثمان ركعات ومنهم من يصلي أقل من ذلك

“Sahabat2 NAbi saw apabila masuk ke masjid mereka akan solat apa yang mereka nak buat, ada yg solat 10 rakaat, 12 rakaat, 8 rakaat dan ada yang kurang dari itu.

KHILAF ULAMA

ADAKAH SOLAT SUNAT INI ADALAH RAWATIB MENGINGI JUMAAT ATAU SOLAT SUNAT MUTLAK. Inilah yang menjadi khilaf di kalangan ulama kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan solat sunat rawatib dua atau empat rakaat sebelum jumaat. Ini pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi. Ini pendapat Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Thauri, Nakhaie dan Ibnu Mubarak.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Hadis Nabi saw:

بين كل أذانين صلاة

“ Diantara azan dan iqamah ada solat sunat.”
Hadis sahih Bukhari (624) Muslim (838)

2. Hadis Nabi saw:

ما من صلاة مفروضـة إلا وبين يديها ركعتان
“ Mana-mana solat fardu pasti ada solat sunat sebelumnya.” Hr Ibnu Hibban

PENDAPAT KEDUA: Tidak disunatkan solat sunat ratibah sebelum jumaat. Ini adalah pendapat mazhab Hambali dan Maliki. Ini juga pendapat ibnu Taimiah dan Ibnu qayim

DALIL PENDAPAT INI:

Mereka pendapat tidak ada solat sunat ratib sebelum jumaat kerana Nabi saw tidak pernah melakukanya. Imam al-Hafiz al-Iraqi berkata:

لم ينقل عن النبي أنه كان يصلي قبل الجمعة لأنه كان يخرج إليها فيؤذن بين يديه ثم يخطب

Tidak dinukilkan dari Nabi saw solat sebelum jumaat kerana baginda keluar ke masjid dan dilaungkan dan terus Nabi saw solat.

KESIMPULAN

Ini adalah perkara khilafiah dalam perkara furu’. Walaupun saya berpegang pendapat yang mengtakan adanya solat sunat qabliah jumaat kita perlu menghormati pendapat yang lain.

IKLAN: DAURAH HADIS 40 BERSANAD AKAN DIADAKAN DI KUIS BANGI PADA 22 DAN 23 DISEMBER INI. SILA LIHAT IKLAN DALAM FACEBOOK PUSAT PENGAJIAN DARUL ILMI ATAU FACE BOOK MASJID AL-AZHAR KUIS.

PENGAJIAN BERKITAB SEPENUH MASA UNTK YG BERUMUR 13 KEATAS, MEMPELAJARI 10 SUBJEK AGAMA DARI KITAB ULAMA MUKTABAR DAN HAFAZAN HUKUM DAN DALIL SEHINGGA MENJADI ALIM. SILA HUBUNGI US SALMAN 013 3533248

Hukum melantik wanita sebagai Hakim

Ulama telah berselisih pendapat tentang perkara ini kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA: Dilarang sama sekali wanita menjadi hakim dalam apa jua kes. Ini pendapat mazhab Syafie, Maliki dan Hambali.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Firman Allah swt:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.”

Sebahagian ayat 34 an-nisaa

Ibnu katsir mentafsirkan: ( أي هو رئيسها ، وكبيرها و الحاكم عليها “ Lelaki adalah ketua, pemimpin dan hakim kepada wanita.”

2. Tidak pernah dilantik wanita sebagai hakim sepanjang zaman Nabi saw dan Khulafa ar-Rasyidin.

PENDAPAT KEDUA: Dibenarkan wanita menjadi Hakim bagi semua kes kecuali hudud dan qisas. Ini pendapat imam Abu Hanifah dan ibnu qasim dari mazhab Maliki.

DALIL PENDAPAT KEDUA:

1.Firman Allah swt:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. 58 : an-nisaa

Ayat ini menunjukkan bahwa umumnya amanah yg dipukul oleh lelaki dan perempuan dan penghakiman termasuk amanah ini

2. Ulama ini mengecualikan kes hudud dan qisas kerana mereka menyamakan dgn hukum wanita menjadi saksi dalam kes hudud dan qisas. Wanita tidak dibenarkan menjadi saksi pada kes hudud dan perempuan.

PENDAPAT KETIGA: Harus wanita menjadi hakim. Ini pendapat Ibnu Hazm az-zahiri, ibu Jarir at-Tabari dan sebahagian pendapat mazhab Hanafi.

DALIL PENDAPAT KETIGA:

1. Asal kepada sesuatu adalah diharuskan selagi tidak ada dalil yang jelas yang melarangnya.

2. Aisyah mengepalai tentera di peperangan Jamal.

3. Umar melantik as-Syifa menjadi pegawai amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam urusan perdagangan dan perniagaan.

KESIMPULAN

Ketiga-tiga pendapat memiliki dalil yang kuat dan tiada larangan khusus dari Nabi saw terhadap pelantikan wanita sebagai hakim. Namun pendapat jumhur lebih baik untk diikuti

Hukum menutup aurat semasa bersendirian

SINOPSIS: baru-baru ni ada terdengar dari penceramah di tv menyatakan tidak wajib menutup aurat semasa berseorangan (tiada orang lain melihatnya). Ia juga ditanya oleh seorang di dalam kelas pondok moden.

Salman almisri menjawab:

Ulama telah bersilisih pendapat tentang hukum ini kepada dua pendapat utama:

PENDAPAT PERTAMA: Wajib menutup aurat semasa bersendirian. Ini pendapat utama mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali. (Disebut dalam kitab الموسوعة الفقهية الكويتية )

DALIL PENDAPAT INI:

{ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بَهْزُ بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ جَدِّي قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ قَالَ إِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ قُلْتُ وَالرَّجُلُ يَكُونُ خَالِيًا قَالَ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ قَالَ أَبو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَجَدُّ بَهْزٍ اسْمُهُ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِيُّ وَقَدْ رَوَى الْجُرَيْرِيُّ عَنْ حَكِيمِ بْنِ مُعَاوِيَةَ وَهُوَ وَالِدُ بَهْزٍ *

Seorang sahabat (Muawiyah bin Haidah) bertanya “ Aurat kami apa yang boleh buat dan apa yang boleh kami tinggalkan? Nabi saw bersabda “ Jagalah auratmu kecuali dengan isterimu atau hamba sahaya mu. Beliau bertanya lagi “Bagaimana aurat lelaki dengan lelaki?” Nabi saw menjawab “ Sekiranya kamu mampu untuk supaya tiada siapa yang melihat auratmu, maka buatlah.” Beliau bertanya lagi “ Bagaimana Aurat semasa bersendirian?” Nabi saw menjawab “ Allahlah yang patut lebih kamu rasa malu.”

Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud , Tirmizi dan Ibnu Majah

PENDAPAT KEDUA: Hanya sunat menutup aurat semasa bersendirian. Ini pendapat mazhab Maliki.

BATASAN AURAT SEMASA BERSENDIRIAN

Mazhab Maliki : Disunatkan bagi lelaki dan perempuan dan lelaki menutup qubul dan dubur dan kawasan berhampirannya semasa bersendirian. Makruh membukanya.

Mazhab Syafie : Wajib menutup hanya qubul dan dubur sahaja bagi lelaki dan diantara pusat dan lutut bagi perempuan ketika bersendirian. (Hasyiah bajuri dan I’anatut Talibin)

BILA HARUS TELANJANG SEPENUHNYA

Ulama bersepakat mengharuskan untuk telanjang semasa bersendirian bila ada keperluan seperti bersama isteri, mandi, buang air besar dan keperluan yang lain.

KESIMPULAN: Kebanyakan ulama2 sekarang memilih pendapat pertama yang lebih kuat dari segi dalil.

Hukum pemindahan rahim

Synopsis: saya sedang menyiapkan buku isu2 perubatan. Antara yg membantu memeriksa buku ini ialah dr zainal pakar O&G HUKM. Beliau ada memberitahu pegawai agama kerajaan melarangya melakukan pemindahan rahim dgn alasan boleh membawa sifat genetic kepada bayi.

Salman (khadam ilmu) menjawab: Ada dua pendapat disini.

Pendapat pertama: Harus pemindahan rahim bersyarat.

Keputusan No 57 (8/6) {1} dari majlis Akademi Fekah Islam pada persidangan kali ke6 di Jeddah di Arab Saudi pada 14-20 mac 1990 dan kajian dan keputusan dari seminar fekah perubatan di Kuwait pada 26 / 10 / 1990 telah membuat keputusan seperti berikut (sebahagiannya):

ثانياً: زرع أعضاء الجهاز التناسلي: زرع بعض أعضاء الجهاز التناسلي التي لا تنقل الصفات الوراثية – ما عدا العورات المغلظة – جائز لضرورة مشروعة ووفق الضوابط والمعايير الشرعية المبينة في القرار رقم 26(1/4) لهذا المجمع.

Kedua: Tanam anggota peranakan yang tidak membawa sifat genetic (rahim) – kecuali aurat yang berat (zakar dan faraj) – adalah harus kerana kemudaratan dari segi syara’ mengikut etika2 dan standard syariah berdasarkan keputusan No 26 (1/4) bagi akademi ini.

Majlis akademi ini adalah dianggotai 114 ulama pakar sedunia dan keputusan ini ini adalah mendapat pandangan dari pakar2 perubatan. Fatwa ini disokong oleh jumhur (kebanyakan ulama sekarang, diantaranya:

Dr Ahmad Kan’an berkata:

زراعة الرحم جائزة لأن الرحم يختلف عن الخصية والمبيض الذين يحملان الصفات الوراثية و تؤدي زراعتهما إلى ما يعرف شرعا باختلاط الأنساب.

Tanam rahim adalah harus kerana ia berbeza dengan testis dan ovary yang boleh membawa sifat genetic dan keduanya boleh membawa percampuran nasab.
Kemudian beliau membawa keputusan majmak ini.

Fatwa syeikh ahmad Na’san, Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab zira’atul a’do dan Dr Muhammad Jawwad dalam kitab Masail Tibbiah Mustajadat juga mengutarakan yg sama.

Fatwa dari Islam.qa (ulama Saudi) dan islam web.net juga menunjukkan rahim adalah diharuskan utk dipindahkan kerana tidak membawa sifat genetic.

Pendapat kedua: Haram pemindahan rahim. Ini pendapat ulama Jordan syeikh Ali Nuh.

Kesimpulan: Samda rahim itu membawa kepada sifat genetic terhdap bayi atau tidak adalah merujuk kepada pakar perubatan bukannya pakar agama. Apabila pakar perubatan telah mengesahkan rahim (uterus) yg diberikan oleh penderma (donor) kepada pesakit penerima (recipient) itu tidak membawa sifat genetik (genetic traits) maka dengan itu kuatlah pendapat yg mengharuskan pemindahan rahim. Kita sepatutnya merujuk kepada fatwa yg dikeluarkan oleh akademi fekah islam antarabangsa ini kerana ianya dianggotai oleh wakil dari Malaysia (datuk Abdul Syukur) dan ia melibatkan pakar2 ulama dunia (tiada dari Malaysia). Fatwa berkumpulan ini lebih kuat dari fatwa individu. Segala dalil dan hujjah boleh didapati buku yg akan muncul tulisan saya tentang isu ini.

NANTIKAN BUKU TERBARU SAYA (INSYAALLAH) ISU2 PERUBATAN MODEN YG MEMBINCANGKAN DGN MENDALAM TENTANG KLON, TRANSPLANT, HERMAPHRODITE (KHUNSA) DAN BRAIN DEATH. TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT PERUBATAN DI MESIR DAN KPD DR AWANG SARIYAN DAN DR ZAINAL KERANA MEMBANTU.