Home » Fekah jenazah

Category Archives: Fekah jenazah

HUKUM DIAM BERTAFAKUR SEBENTAR UTK MENGHORMATI JENAZAH

Hukum diam bertafakur  untuk menghormati jenazah tertentu

Pu salman menjawab:

Ulama berbeza pendapat kepada dua:

Pendapat pertama :

Haram kerana Nabi saw tidak melakukannya dan mereka mengatakan budaya ini diambil dari orang kafir sedangkan Nabi saw bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“ Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari kaum tersebut.”

Hr Abu daud

(Fatwa ulama kerajaan Saudi)

Pendapat kedua:

Harus selagi mana tidak ada ritual keagamaan.

Antara hujjah mereka:

  1. Islam menggalakkan ketika berdiri kepada orang yang mulia yg datang:

قوموا إلى سيدكم

“ Berdirilah untuk pemimpin kamu”

Hadis sahih Bukhari.

Berdiri sebentar untk kematian juga adalah tanda menghormatinya.

  1. Nabi saw berdiri utk jenazah:

مرت به جنازة فقام فقيل له إنها جنازة يهودي فقال أليست نفسا

“ Lalu satu jenazah pada Nabi saw lalu Nabi saw berdiri. Kemudian dikatakan “ itu jenazah yahudi.” Nabi saw menjawab “ bukankah ia satu jiwa (perlu dihormati).”

Hadis sahih Bukhari.

Hadis ini menunjukkan berdiri menghormati mayat adalah dituntut.

3.Adapun berkenaan larangan meniru orang kafir ialah tidak semua perkara yang dari orang kafir itu dilarang.

Ibnu Najim alhanafi berkata dalam kitab البحر الرائق شرح كنز الدقائق

اعلم أن التشبيه بأهل الكتاب لا يكره في كل شيء وإنا نأكل ونشرب كما يفعلون إنما الحرام هو التشبه فيما كان مذموما وفيما يقصد به التشبيه

 

“ Ketahuilah sesungguhnya menyerupai ahli kitab bukanlah dilarang pada semua perkara. Sesungguhnya kita makan, minum seperti mereka. Perkara yang haram ialah menyerupai perkara yang tercela dlm Islam dan dengan niat untuk meniru mereka.”

Contohnya ialah makan pakai sudu, pakai tali leher, selagi mana ia tidak dicela dan tidak niat tiru maka ia diharuskan.

(Fatwa ulama kerajaan Mesir).

Perkara ini ialah diantara perkara yang menjadi masaalah khilafiah yang tidak perlu kita berbalah. Hormatilah pandangan yang lain. Utk jemputan ceramah pu salman (013 3533 248)

 

hukum menghadiri upacara kematian orang kafir

1. Asalnya adalah dilarang menghadiri urusan jenazah orang kafir kerana ia adalah satu bentuk urusan agamanya. Dalilnya:

( ولا تصل على أحد منهم مات أبدا ولا تقم على قبره ) التوبة 84

“Dan janganlah kamu menyembahyangkan mana-mana orang munafik yang telah mati, dan janganlah kamu berdiri pada kuburnya.”

Ayat ini untuk orang2 munafik yang telah disahkan kekufurannya.

2. Dibolehkan untuk memberi ucapan takziah kepada mereka berdasarkan firman Allah:

وقولوا للناس حسنى ) البقرة 83

“Dan berkatalah dengan kata yang baik kepada manusia.”

Allah tidak menghadkan membuat ucapan yg elok kepada orang Islam. Ianya untuk semua.

3. HArus menghadirinya sekiranya yang meninggal adalah kaum kerabat seperti ibu atau ayah yang kafir. Ini berdasarkan hadis dari Ali ra berkata:

لما توفي أبو طالب أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت : إن عمك الشيخ الضال قد مات فمن يواريه ؟ فقال : ” اذهب فواره , ثم لا تحدث شيئا حتى تأتيني ” فقال : انه مات مشركا ؟! فقال :” اذهب فواره ” , قال : فواريته ثم أتيته , قال :” اذهب فاغتسل ثم لا تحدث شيئا حتى تأتيني ” قال : فاغتسلت ثم أتيته , قال : فدعا لي بدعوات ما يسرني أن لي بها حمر النعم وسودها “. [رواه احمد وأبو داود والبيهقي وإسناده صحيح ].

Apabila kematian Abu talib aku jumpa Nabi saw dan berkata: Sesungguhnya pakcik kamu yg sesat telah mati, siapa yg hendak kafankanya? Nabi jawab “ Pergi kamu segera dan jangan cakap apa2 sampai kamu datang semula.” Ali brkata “DIa mati kafir.” Nabi kata “ Pergi cepat.” LAlu aku pergi mengkafankannya , kemudiannya berjumpa dgn Nabi saw. “ Nabi kata “ Pergi mandikannya dan jangan cakap apa2.” Lalu ali ra pergi memandikannya dan berjumpa dgn Nabi saw semula. Nabi saw pun berdoa kebaikan untukku yg mana aku tidak suka diganti doa tadi dengan unta yang mahal.”

Ini adalah mazhab Syafie dan Hanafi. Imam Nawawi berkata dalam Majmuk:

لا يكره للمسلم اتباع جنازة قريبه الكافر ونص عليه الشافعي في مختصر المزني “

Tidak makruh orang Islam mengiringi jenazah saudaranya yg kafir.”

Fatwa dari المجلس الأوروبي للإفتاء والبحوث (majlis fatwa dan kajian eropah):

فإنه يجوز للمسلم أن يحضر تشييع جنازة والديه أو أحد أقربائه غير المسلمين، ولا حرج في حضوره للمراسم الدينية التي تقام عادة للأموات في الكنائس والمعابد، على أن لا يشارك في الصلوات والطقوس وغيرها من الأمور الدينية، وكذلك يجوز له حضور الدّفن، ولتكن نيته في ذلك وفاءً بحق البر والصلة،

“Harus orang Islam menghadiri penyelenggeraan jenazah ayahnya atau saudaranya yg bukan Islam. Tidak mengapa hadir pada upacara agama yg diadakan utk mayat bukan islam (saudaranya) yg diadakan di gereja atau temple. Tetapi tidak menyertai dalam doa, sembahyang atau bunyi2an dan lain2 yg dari agamanya. Demikian juga harus menghadiri pengkebumiannya. Hendaklah niatnya utk melaksanakan kebaikan dan menjaga silaturrahim.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 60 other followers