Home » FEKAH SOLAT » HUKUM MENGGERAKKAN JARI SEMASA TASYAHUD

HUKUM MENGGERAKKAN JARI SEMASA TASYAHUD

HUKUM MENGGERAKKAN JARI KETIKA TASYAHHUD

ULAMA BERSEPAKAT BAHAWA MENGGERAKKAN JARI SEMASA TASYAHHUD TIDAK WAJIB

Ulama berselisih pendapat terhadap ADAKAH DISUNATKAN PERKARA INI kepada DUA PENDAPAT:

PENDAPAT PERTAMA: Tidak disunatkan menggerakkan jari semasa tasyahhud. Ini adalah pendapat utama dalam mazhab SYafie, Hambali dan Maliki.

MAZHAB SYAFIE:

Imam nawawi telah menerangkan dalam kitabnya 301/3 al-Majmuk :

“ Pendapat Sahih oleh kebanyakan ulama syafie ialah tidak sunat menggerakkan jari dan tidak batal sekiranya menggerakkan jari kerana ia adalah amalan sedikit.”

Dalam kitab mazhab al-Fiqh ala mazahibil arbaah disebut:

الشافعية قالوا: يشير المصلي بالسبابة عند قوله: إلا الله، ويديم رفعها بلا تحريك إلى القيام في التشهد الأول، والسلام في التشهد الأخير، ناظرا إلى السبابة في جميع ذلك.

Ulama syafie berkata : Orang yang solat menunjukkanjari tulunjuknya semasa perkataan : إلا الله dan sentiasa mengangkatnya sehingga bangun pada tasyahhud pertama dan sehingga salam pada tasyahhud akhir sambil memandang ke jari telunjukknya disepanjang mengangkat jari itu.”

MAZHAB HAMBALI:

Disebut dalam kitab Mughni bahwa tidak sunat menggerakkan jari dan juga dalam kitab fiqh ala mazahibil arbiah:

ويشير بسبابته في تشهده ودعائه عند ذكر لفظ الجلالة، ولا يحركها.

“ Menunjukkan jarinya dalam tasyahhud dan doanya semasa menyebut nama Allah dan tidak menggerakkannya.”

MAZHAB HANAFI

Disebut dalam kitab addurrul Mukhtar:

والمعتمد أنه يشير بسبابة يده اليمنى عند الشهادة يرفعها عند نفي الألوهية عما سوى الله تعالى بقوله (لا إله) ويضعها عند إثبات الألوهية لله وحده بقوله (إلا الله)

Pendapat muktamad adalah memberi isyarat dgn telunjuk jari kanan semasa mengucap dengan mengangkatnya semasa menafikan ketuhanan selain allah iaitu ketika (la ilaha ) dan meletakkannya semasa menetapkan ketuhanan hanya pada Allah iaitu ketika (illallah )

DALIL MEREKA

HADIS 989 RIWAYAT ABU DAUD DAN NASAIE (NO 1194) DENGAN SANAD SAHIH:

ABDULLAH BIN ZUBAIR BERKATA:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يشير بأصبعه إذا دعا ولا يحركها”

“ Sesungguhnya Nabi saw menunjukkan isyarat dgn jarinya (semasa tasyahhud) dan tidak menggerakkan jari itu.”

Imam nawawi mengatakannya sahih dan juga Syuaib al-Arnaut ketika mentahqiq hadis ini.

PENDAPAT KEDUA: DISUNATKAN MENGGERAKKAN JARI SEMASA TASYAHHUD.

INI ADALAH PENDAPAT MAZHAB MALIKI, ULAMA SAUDI DAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIE SEPERTI SYEIKH ABU HAMID, AL-ALBANDANIJI DAN ABUT TAIYYIB.

DISEBUT DALAM KITAB SYARAH SAGIR (MALIKI):

“ Dan disunatkan sentiasa menggerakkan telunjuk dengan gerakan sederhana dari awal tasyahud sehingga akhir kekanan dan kekiri bukannya keatas dan kebawah.”

DALIL MEREKA

Hadis riwayat Ahmad, Nasaie (1192) dan Abu daud dari sahabat وائل بن حجر ra berkata dalam sifat solat Nabi saw:

ثم رفع إصبعه فرأيته يحركها يدعو بها.

” Kemudian baginda mengangkat jarinya dan aku melihat baginda saw menggerakkannya dan berdoa dengannya.”


Imam baihaqi berkata :

يحتمل أن يكون مراده بالتحريك الإشارة بها لا تكرار تحريكها، حتى لا يعارض حديث ابن الزبير

“ Mungkin maksud kpd gerak ialah mengisyaratkannya dan bukan mengulangi gerakan supaya tidak bercanggah dgn hadis ibnu Zubair.

Syuaib al-Arnaut berkata:

Hadis ini walaupun sahih tetapi lafaz “ maka aku melihat nabi saw menggerakkannya dan berdoa dgnnya” adalah lafaz yg syaz yg hanya disebut oleh Zaidah bin Qudamah tanpa disebut oleh anak murid asim bin kalib iaitu sufyan bin uyaynah, Khalid alwasiti , sufyan asthauri dan lain2.

KESIMPULAN

KEDUA2NYA ADALAH PENDAPAT ULAMA DAN MEMPUNYAI DALIL YG KUKUH . OLEH ITU KITA TIDAK BOLEH MERENDAHKAN MANA2 PENDAPAT. SAYA MEMILIH PENDAPAT PERTAMA IAITU JUMHUR ULAMA.

APA2 SOALAN BOLEH POST PD KOMEN ATAU EMAIL salman_almisri@yahoo.com


5 Comments

  1. dzulkifli says:

    Assalamualikum, saya cadangkan Tuan nyatakan pendapat Imam2 Hadith selain daripada Imam2 Fiqh. Baru balance view terutama pendapat Imam Ibnu Qayim dan juga Imam Hadith zaman sekarang Sheikh Albani, Usaimin dan Bin Baz.

  2. waalaikumsalam . pendapat kedua yang saya sebut ulama saudi itulah mereka, walaupun saya tidak sependapat mereka dalam banyak hukum tapi saya tidak menyembunyikan pendapat mereka.

    • dzulkifli says:

      yang sabenarnya semua imam empat mazhab berbeza pendapat bab kedudukan jari masa tasyahud. sebab tu kita kena refer balik pada hadith. kalau kita buka minda dengan jujur, insyaallah kita akan bertemu hadith yang kuat dalam hal ini. wallahua’lam.

  3. irhafiz says:

    Ustaz, adakah di sini ada kesilapan typoerror?- “PENDAPAT PERTAMA: Disunatkan qunut subuh. Ini pendapat Mazhab Maliki dan Maliki.”

    • Abu Hufadz says:

      ..Tuan dzul..!!..ke empat imam (ulama salaf) tersebut sudahlah cukup.. tak payah lagi masukan ulama2 mutakhirin (khalaf)….dari segi apapun sheikh Albani tidaklah se level dgn para imam mazhab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: